C
E
L
A
K
AKAU
IS
RA
EL!kata aku bila,
tiga tubuh comel terbujur kaku,
haru, aku terpaku,
kaca mataku pedih dan jernih,
melihat,
seorang ayah meraung hiba,
apa dosa mereka?
hingga senjata-senjata moden buatan amerikana,
menembus badan-badan comel mereka,
yang semalamnya berlari riang sambil bermain patung mainan,
atau tidur berpelukan kerana takutkan letupan.
jiwa mana yang tak terlintas rasa sedih,
melihat wajah pilu seorang ayah meratapi,
si along, si angah dan si bongsu kurnia ilahi...
bagaimana jika aku si ayah itu?
dan anak-anakku terbaring kaku?
pasti sumpah seranah, ratapan dan kesedihan
menghiasi ruang-ruang hidupku.
durian burung,
4:10 pagi
KAMU SEDANG MEMBACA
Budak Punk Kakinya Berdarah Di Tanah Anarki
Historia Corta" Budak Punk Kakinya Berdarah Di Tanah Anarki" merupakan sekumpulan sajak yang di tulis oleh Nor Hisham Mohamed atau Mat Tiara yang tidak mengikut peraturan bahasa melayu kelas tinggi.