1. Cheating

360 15 1
                                    

Jam telah menunjukkan pukul 1 pagi namun bayangan Yoongi belum kelihatan. Sebuah keluhan milik Hana kedengaran di ruang tamu. Saban malam, Hana setia menanti Yoongi pulang dari kerja. Dia akan duduk di meja makan sambil minum coffee bagi menghilangkan rasa mengantuk. Dia masih sabar menanti kepulangan Yoongi. Hatinya berasa risau akan keselamatan suaminya itu

Di luar kedengaran bunyi pintu dibuka oleh seseorang. Seorang lelaki masuk ke dalam rumah dengan wajah yang keletihan. Lelaki itu membuka suis lampu di ruang tamu. Ruang tamu yang tadinya gelap kini menjadi cerah. Kelihatan isterinya berada di meja makan. Isterinya mula mengatur langkah menghampirinya.

"Oppa dh pulang?" Tanya Hana sambil mengambil briefcase dari tangan Yoongi dan bersalaman dengannya.

"Hmm" balas Yoongi pendek. Dia kemudian melonggarkan ikatan tali leher.

"Biar saya tolong" kata Hana. Dia menolong Yoongi menanggalkan tali leher.

....

Selesai membersihkan diri, Yoongi merebahkan badannya di atas katil. Beberapa minit kemudian Yoongi sudah terlena dibuai mimpi. Hana menatap wajah Yoongi yang sedang tidur. Tangannya mengusap lembut wajah Yoongi. Dia rindu akan lelaki itu. Dia rindu untuk meluangkan masa bersama dengannya seperti dahulu.

Sudah hampir setahun mereka begini. Yoongi selalu pulang lewat malam. Kadang-kadang langsung tidak pulang. Namun Hana setia menunggu kepulangan Yoongi. Mereka juga tidak banyak berbual. Yoongi lebih suka berdiam diri. Hana berasa curiga dengan Yoongi. Kemanakah Yoongi pergi sehingga lewat malam baru pulang. Pada hujung minggu pula, Yoongi selalu keluar. Langsung tak lekat di rumah. Hana pula tidak pernah bertanyakan kemana Yoongi pergi. Dia tidak mahu jika berlaku pergaduhan antara mereka. Lebih baik dia diamkan sahaja, fikir Hana.

....

Keesokkannya, seperti biasa Yoongi pergi ke tempat kerja tanpa menyentuh breakfast yang disediakan oleh Hana. Hana mengemas rumah semasa ketiadaan Yoongi di rumah. Lebih kurang dalam pukul 5.30 petang, Hana keluar rumah untuk ke sebuah restoran kegemarannya. Sudah lama dia tidak berkunjung ke sana.

....

Hana menapak keluar daripada keretanya. Dia mengatur langkah ke restoran itu. Tiba-tiba dia terpandang seseorang yang sangat familiar. Pasangan di hadapannya itu langsung tidak berasa malu mahupun kekok menunjukkan kemesraan mereka di hadapan orang ramai. Pasangan itu melangkah masuk ke dalam sebuah hotel berdekatan. Terkebil-kebil Hana di situ. Betul ke apa yang dia nampak? Adakah dia sedang bermimpi?

Tiba-tiba...

TO BE CONTINUE

A Fool Only TearsWhere stories live. Discover now