5. Farewell Forever

258 13 2
                                    

Yoongi terjaga daripada tidurnya. Kelihatan Hana masih lagi dibuai mimpi di sebelahnya. Dia melihat jam di dinding. Sudah pukul 7 pagi. Selalunya Hana akan bangun awal pagi tetapi tidak hari ini. Mungkin Hana terlalu penat kerana terlalu banyak menangis semalam. Sebuah kucupan dihadiahkan di dahi Hana. Yoongi bangun dari katil dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

Beberapa minit kemudian Yoongi keluar lengkap berpakaian. Dia tersenyum apabila melihat isterinya masih lagi belum bangun. Yoongi sudah membuat keputusan yang dia takkan tinggalkan Hana. Dia sedar selama ini dia hanya bosan dengan sikap Hana yang terlalu baik dan langsung tidak mencabar kelakiannya. Hakikatnya itulah yang membuatkan dirinya jatuh cinta kepada Hana sebelum mereka berkahwin. Sekarang ape yang perlu dilakukannya ialah perbaiki hubungan mereka.

Yoongi menghampiri Hana. "Wake up, sayang" lembut sahaja suaranya cuba mengejutkan Hana. "Sayang?" Dia menyentuh tangan Hana. Sejuk.

Yoongi mula berasa tidak sedap hati. Dia kemudian menggoncangkan tubuh Hana dengan perlahan. Hana langsung tidak memberi sebarang reaksi kepadanya. Dia meletakkan jarinya di bawah hidung Hana. Mukanya berubah menjadi pucat. Dia langsung tidak dapat merasakan hembusan nafas milik Hana. Air matanya mula gugur. Satu persatu jatuh menimpa pipinya. "Sayang please wake up. Jangan buat I macam ni. Sayang?" Yoongi merayu sambil menangis. Dia memeluk erat jasad Hana. Kini satu-satunya insan yang dia sayangi telah meninggalkannya. Dia menangis meratapi pemergian Hana buat selama-lamanya.

....

Yoongi mengunjungi tanah perkuburan di mana jasad isterinya disemadikan. Dia meletakkan sejambak bunga kegemaran Hana di atas pusara. Tubir matanya mula bergenang. Kata-kata terakhir yang diucapkan Hana masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.

"I love you too, Hana." Ucapnya perlahan.

Dia tidak menyangka perpisahan yang di minta akhirnya berlaku. Cuma... perpisahan ini kekal. Dia tidak lagi dapat menatap wajah yang disayangi dan dirinduinya saban waktu. Ianya telah menjadi satu kenangan. Kenangan yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila. Dari awal perkenalan mereka sehinggalah saat Hana menghembuskan nafas terakhirnya. Setiap perkara yang dilalui dan dikongsi bersama. Takkan sesekali dia lupakan.

Yoongi menyapu sisa air matanya. Dia berdiri dan mula melangkah pergi. Terhenti langkah kakinya apabila terpandangkan seorang gadis yang berpakaian serba putih berdiri beberapa langkah di hadapannya. Gadis itu tersenyum ke arahnya sebelum perlahan-lahan dirinya hilang dari pandangan Yoongi.

"I will never forget you..."

~THE END~

A Fool Only TearsWhere stories live. Discover now