Handphone berbunyi tiba-tiba saat dia sedang bersantai. Dia memandang ke arah handphone dan menjawab panggilan daripada sang eomma.
"Hello eomma, kenapa?" soal Minho dengan tenang.
"Minho...ada benda yang eomma na cakap."
"Cakap apa?" soal Minho. Dia melirik ke arah Jisung masih dengan movie mereka. Seketika wajah Minho berubah. Dia menelan ludahnya kasar, rasa yang kelat dan menyakitkan di tekak.
Minho membetulkan duduknya lalu berdehem perlahan, "hyung cakap dengan eomma kejap." Jisung hanya menganggukan kepala saja. Minho bangun dan berjalan sedikit menjauh.
"Eomma yakin?" soalnya dengan perlahan. Dia menggigit perlahan bibirnya. Terasa sedikit kaku dengan apa yang terjadi. Kepalanya tidak dapat berfikir dengan tenang sekarang ini. Dia melirik ke arah Jisung yang masih sibuk dengan movie itu.
Keluhan dilepaskan dengan perlahan. Cuba untuk memikirkan ini dengan jernih namun semuanya nampak samar. Minho mematikan panggilanya. Dia berjalan untuk ke depan semula, memberikan senyuman kecil kepada Jisung.
"You just for me. I will be back soon okay."
"How long?"
"Not long to make you replace me with someone."
"I'll not replace you."
"Promise?"
"Yes. If you back we will get married."
"Okay!"
Entah kenapa, perbualan yang sudah bertahun tahun lama dia simpan kini kembali. Menghantui dirinya sendiri. "Hyung." Bahunya di sentuh membuatkan dia tersentak. Memandang ke arah Jisung yang menegurnya. "Ada apa?" soal Jisung sebenarnya ikut terkejut.
Replace.
Minho menggeleng perlahan lalu bangun dan berjalan pergi. Meninggalkan Jisung dengan tanda tanya. Apa yang jadi? Kenapa eomma call?
Minho sendiri sudah keluar daripada rumah, membawa diri entah ke mana asalkan tidak bersama dengan Jisung. Sedangkan Jisung masih keliru sendiri. Dia menyentuh dadanya perlahan.
Masanya sudah tiba?
📌📌📌📌📌
Sudah seminggu berlalu, Minho seperti menjauhkan diri daripada Jisung. Bukan saja di pejabat, bahkan di rumah. Minho juga sudah tidak tidur sebilik dengan Jisung. Lelaki itu bahkan tidak ingin bercakap dengan Jisung. Jisung sendiri keliru dengan apa yang jadi.
Nak atau tidak, Jisung perlu melanggar peraturan yang mereka sendiri sepakat. "Kalau tak ada apa-apa, mesyuarat selesai dan boleh bersurai," ujar Minho tenang. Semua pekerja berkemas untuk keluar, Minho sendiri masih bermain dengan handphone.
Saat dia sedar Jisung tidak bergerak, dia bersiap untuk pergi namun Jisung menahan. "Ada...apa?" soal Jisung perlahan namun Minho masih boleh dengar.
"Hah?"
"Kenapa...menjauh?" soalnya lagi. Minho berdehem kecil. "Ini office, bukan rumah. Know your place."
"Rumah? Masih ada kita dekat rumah?" kini suara Jisung semakin jelas. Minho memandang Jisung berkerut. "Kenapa ni?"
"Itu sepatutnya soalan Jisung. Hyung kenapa? Apa yang Ji buat salah sampai hyung abaikan Jisung?" soal Jisung akhirnya. Minho melepaskan perlahan tangan Jisung daripada lengan dia.
"Tak ada apa-apa pun, jangan overthinking." Kata Minho dan ingin pergi. Namun sekali lagi Jisung menahan. "Tapi hyung abaikan Jisung."
Tanpa di sangka, Minho menepis kuat tangan Jisung sehingga tangan lelaki itu terlanggar meja. Dan itu tentu saja menyakitkan. Jisung tentu saja terkejut. "Know your place Mr.Han." Dan Minho pergi. Jisung terdiam kaku di situ. Terkejut dengan semua benda.
Minho itu pelik.
Dalam sekejap dia boleh jadi baik. Ingin berubah dan ingin menjadi keluarga bahagia bersama.
Dan dalam sekejap juga, lelaki itu kembali pada dirinya dulu. Jisung tak faham. Kini air matanya mengalir tanpa dia sedar.
Untuk Minho sendiri dia mengeluh kasar di office. Sejak berita mengejutkan itu, dia menjadi sangat marah kepada Qiyya dan Jisung. Baginya, mereka berdua adalah penggoda yang membuatkan Minho melupakan janjinya pada sang cinta pertama.
Amarahnya memuncak-muncak saat memandang Jisung. Lebih membuatkan dia akan membenci Jisung, saat dia sedar tentang perkahwinan ini.
"SIAL!" kesalnya dengan semua benda. Dia melirik keluar, Jisung sudah kembali ke meja sambil memegang pergelangan tangan sendiri. Keadaanya pun suram tidak seperti selalu.
"FUCK!" dia mencapai kunci kereta dan berjalan pergi daripada sana. Jisung hanya mampu melihat dan melirih dalam hati.
📌📌📌📌📌
Perubahan itu bukan Minho saja tunjukkan, bahkan Felix dan eomma nya juga melakukan benda yang sama. Jisung seperti tidak ada tempat mengadu. Keluarganya sudah terbang jauh daripadanya.
Jisung sendirian, Beomgyu tidak faham dengan masalah ini jadi dia tidak dapat menceritakan itu. Seperti sekarang, Jisung sendirian di pejabat menyelesaikan kerja. Atau sebenarnya sedang melarikan diri.
Dia mengeluarkan handphone, wallpaper gambar cincin perkahwinan mereka. Membuatkan Jisung merasa sesak di dada. "Where are we?" bisiknya dengan perlahan namun tidak ada yang menjawab sama sekali. Minho hilang, entah ke mana.
Bukan saja Minho, bahkan Felix juga sudah tidak berkomunikasi dengan dirinya lagi. Ada benda yang Jisung tidak faham.
Kerana terlalu lelah, dia akhirnya balik ke rumah dengan grab. Sampainya di rumah, Minho masih tidak ada. Dia terus berjalan ke bilik untuk menukar pakaian. Ternyata Minho ada di bilik bersama dengan handphone nya.
Dan Jisung sendiri nampak lelaki itu tersenyum. "Hyung..." Minho hanya melirik ke arah Jisung. Namun kembali dengan handphone nya membuatkan Jisung tersentak tentu saja.
Tidak mahu menyakitkan hati, dia berjalan ke tandas dan mula membersihkan diri. Saat dia keluar, Minho sudah tidak ada di sana. Jisung mengeluh dengan panjang.
Perlahan dia membaringkan diri dan menutup mata. Namun air matanya ikut keluar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Extraordinary Love || Minsung [END]
FanfictionAku atau dia sebenarnya pilihan kau??
![Extraordinary Love || Minsung [END]](https://img.wattpad.com/cover/363139480-64-k161176.jpg)