1

266 7 1
                                    

"APA lagi, Lia? Apa lagi yang tak puas hati?" Marah sekali Irfan kepadaMarlia isterinya.

"Sepatutnya Lia yang tanya abang. Apa lagi yang abang mahu Lia buat? Tak cukup lagi ke pengorbanan Lia sebagai seorang isteri?" Gugur juga airmatanya. Sudah tidak tertanggung lagi perasaannya saat ini. Terasabegitu menyakitkan hati.

"Pengorbanan?Beritahu sini, pengorbanan apa yang Lia dah buat untuk abang?"

"Liasanggup tinggalkan keluarga semata-mata nak bersama abang. Sanggupkahwin lari dengan abang. Itu bukan pengorbanan?" ujarMarlia.

"Itu bukan pengorbanan. Tapi kebodohan Lia. Lia yang rela hati nak ikut abang. Itu bukan salah abang. Semua tu pilihan Lia. Abang tak paksa untuk Lia ikut abang." Irfan langsung tidak pedulikan perasaan isterinya.

Sakit sungguh hati apabila mendengar kata-kata bisa Irfan. Kata-kata itu bagaikan belati tajam yang menghiris hati. Tergamak Irfan menggoreskan hatinya. Mana janji sumpah setianya? Semuanya sudah tidak dikotakan lagi. Tiada lagi kata sayang dan tiada lagi kata cinta yang diluahkan. Semua kata-kata manis itu hanya untuk seketika.Setelah setahun hubungan suami isteri itu termeterai, ia bagaikan sudah hilang. Makin lama ia makin luput begitu sahaja.

"Abang sedar tak, apa yang abang cakapkan pada Lia? Lia ni isteri abang.Tinggal satu rumah, tidur sebantal dengan abang. Abang kata Lia tak bermakna apa-apa? Sampai hati abang. Lia sanggup hidup susah bersama abang sebab Lia sayangkan abang." Bergetar badannya.

"Kalau Lia sanggup susah, kenapa Lia terima bantuan Kak Ida? Apa semua ni?Barang-barang ni, Lia ambil duit dari mana? Semuanya daripada Kak Ida,kan?"

Marlia menggelengkan kepalanya laju. Memang dia ada terserempak dengan kakaknya, Marlida. Itu tidak bererti barangan tersebut daripada pemberian Marlida. Ini semua atas usahanya mengambil upah sulaman.

"Abang tahu, abang tak mampu nak bagi Lia kesenangan dan kemewahan. Tapi abang ada harga diri." Irfan terasa tidak berguna kepada isterinya.Tidak suka orang luar mencampuri urusan rumah tangganya.

"Ini bukan duit Kak Ida. Ini duit Lia sendiri. Ini hasil jahitan sulaman yang Lia ambil. Lia tak minta daripada sesiapa pun. Abang pun tahu,kan? Kan Lia ada minta izin daripada abang sebelum ni..."Mendatar sahaja kata-kata Marlia.

"Argh!Jahit sulam tu berapa sangat yang nak dapat," dengusIrfan tidak percaya.

Marliamenelan air liur yang sudah mula rasa terlekat di kerongkongnya.Tidak terjawab. Sehelai pakaian yang disulamnya akan diberi upah sebanyak RM60. Baginya itu cukup banyak. Jika sepuluh helai baju yang disulam, sudah pun RM600 ada di tangannya. Mahu harapkan duit Irfan,tak mampu dia membeli perkakas rumah. Gaji Irfan hanya cukup-cukup makan untuk menampung kehidupan mereka berdua sahaja. Mahu kata suaminya tiada berpelajaran, tamat akhir pelajarannya dalam diploma kejuteraan mekanikal.Tapi entah kenapa sukar sekali untuk dia mendapat kerja yang selayak dengan kelulusan yang ada.

"Abang,percayalah, Lia tak pernah minta tolong Kak Ida atau sesiapa pun. Kak Ida pun tak tahu semua ni. Lia takpernah cerita sikit pun masalah kepada Kak Ida," terang Marlia.

"Tipu!Sudahlah. Abang tak percaya dengan Lia." Irfan terus meninggalkan Marlia sendiri. Ditempis rangkulan isterinya. Hampir terjatuh Marlia.Sikit pun dia tidak rasa bersalah.

Terjelepok Marlia di lantai kayu. Menangis sendiri. Sudah tiada pujuk rayu lagi yang didengar daripada suaminya. Irfan terus keluar dari rumah begitu sahaja. Sampai hati abang!



MARLIA melunjurkan badannya ke tilam. Reda sedikit tangisannya.Tertanya-tanya kepada diri sendiri. Apasalah yang telah dilakukannya sehingga Irfan sanggup melayannya sebegitu? Sudah hampir sebulan Irfan sering naik angin. Ada sahaja yang hendak dimarahkannya. Tegur sikit, bukan main lagi melenting.Naik angin tak tentu pasal. Bila diajak berbincang, diberi beribu alasan untuk mengelak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 07, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KAU ADALAH DIAWhere stories live. Discover now