Ramdan mencapai iPhone 6 yang baru dibelinya 2 bulan lepas. Ramdan mengusap lembut screen yang sedikit retak akibat terlebih ghairah ketika double tap gambar makwe seksi di Instagram.
Ramdan segera klik whatsapp dan mencari mesej perbualan dengan ibunya yang jauh ke jatuh ke bawah. Dalam pencarian itu, Ramdan ternampak Chelsea. "Amboi jauh ke bawah Chelsea" Ramdan berseloroh sendiri. Nampaknya dah lama benar Ramdan tak whatsapp Puan Siti Junction Turn Left, nama yang agak English maklumlah Atuk Ramdan dulu driver kepada Mat Salleh.
Ramdan segera menghantarkan mesej. "Hi mak..." 3 titik menandakan Ramdan dalam mode bermanja dengan nada yang sedikit meleret.
Blue ticks. Ramdan tidak begitu kecewa kerana ini bukan kali pertama Ramdan mendapat layanan blue ticks dari wanita. Belum sempat Ramdan mencampakkan iPhone, whatsapp dari ibunya sampai.
"Kau tak tidur lagi? Kau nak apa? Kalau kau nak duit, mak tak boleh transfer, kan mak dah cakap mak lupa password Maybank2U mak" balas ibu Ramdan tegas tanpa ada satu smiley diselitkan.
Ramdan segera membalas "Mak, kenapa Titik?" soal Ramdan ringkas.
"Ramdan, masuk ini dah 600 kali kau tanya soalan sama" kali ini mesej ibu Ramdan disertakan gambar smiley botak merah.
Ramdan masih tak boleh menerima hakikat bagaimana arwah bapanya boleh menamakannya Ramdan Titik. Penjelasan arwah yang buta huruf ketika 26 tahun dulu ditanyakan oleh Pegawai JPN "Ramdan sahaja?" dibalas bapanya "Ramdan, titik" seakan akan satu rekaan yang tak masuk akal. Ramdan percaya ada sebab dan alasan di balik Titik tersebut.
Sempat mengucapkan selamat malam kepada ibunya sebelum Ramdan set alarm pukul 8 pagi untuk interview pagi esok. Blue ticks.
KAMU SEDANG MEMBACA
Ramdan Titik Mencari Titik
AdventureSiapa Ramdan Titik? Ramdan bukanlah seorang mangsa belasahan rakan sebaya ketika bermain dart yang selalu dititik atau mukanya yang berjerawat seperti dititik pen merah atau mempunyai adik kembar bernama Ramdan Koma. Ramdan agak popular apabila nam...