1

37 2 6
                                    

"Roti satu, air milo... okay semua sekali tiga ringgit"

"Pftt... tiga ringgit?"

Aku mengeluh sambil meraba-raba kocek belakang untuk mengeluarkan wallet yang terselit disitu. Lalu aku mengeluarkan wang kertas yang tertulis angka satu sebanyak tiga keping.

"Nahhh..."

Aku mengeluh bukan sebab tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan. Tapi, entahlah... angka 'Tiga' tu. Sudahlah, abaikan.

*buzzzz*

Phone atas meja vibrate. Ada terpampang logo whatsapp diruang notifikasi. Aku menghiraukan conversation yang lain dan segera klik di bahagian conversation yang tertera nama Alisya.

*Applikasi whatsapp*

Sudah makan?

Dah, makan roti tadi.
Hiks!

Bagus, lepas ni makan ubat.
Jangan hisap rokok.
Kau tu baru baik asthma.
Sayang kau.
Hiks!

Iye...
Kejap lagi aku makan ubat.
Sayang kau jugak :')

Aku masih di meja makan menyedut air milo ais yang masih berbaki, sambil tangan kiri tergantung rokok yang masih berasap. Habis sedut air, aku sambung hisap rokok yang masih menyala di tangan kiri. Sedut dua tiga pam aku jentik puntung ke dalam longkang. Kemudian aku aku menunggang motosikal ke rumah. Sepanjang perjalanan aku tersengih macam budak sakit mental mengenangkan conversation antara aku dengan Alisya tadi. Indah hari aku tiap kali dia sebut perkataan sayang tu.

Sampai dirumah aku segera menyiapkan kerja-kerja rumah yang tergendala; cuci pinggan, basuh kain, sidai kain. Macam orang gaji. Sudah menjadi kebiasaan nasib seorang pemuda bujang yang menganggur selama sebulan kerana cuti sem. Nak keluar bekerja? Siapa nak terima pekerja yang boleh bekerja selama sebulan? Baik aku membongkang kat rumah. Senang hidup aku.

Selesai menyiapkan kerja rumah aku melompat terbang ke atas katil. Baring meniarap sambil tangan memegang telefon bimbit.

*Applikasi whatsapp*

Joe, aku keluar dengan bf aku kejap.
Teman dia pergi site.
Macam-macam la dia ni.
Nanti aku free, aku ws kau balik.

Hmmm..
Okay Alisya, take care. Have fun.

Joe, aku sayang kau.
Remember that.

Iye, aku tahu.
Sayang kau jugak babi!
Dah bye bye.

Last seen 1.34pm

Remuk tak hati korang? Kau dapat tahu awek korang dibawa keluar oleh jantan lain. Tapi, siapa aku nak sentap sampai begitu sekali? By the way, siapa Alisya ni? Mesti kalian tertanya-tanyakan. Baik, biar aku terangkan.

TigaWhere stories live. Discover now