episod3(에비솓3)

24 1 0
                                    

#Di wad 3A
Kelihatan suzy sedang melihat-lihat laporan pesakit yang diletakkan oleh jururawat di hadapan katil bagi memudahkan doktor untuk memeriksa laporan tentang keadaan semasa pesakit,perkara itu memang menjadi kebiasaanya...Keadaan di wad tersebut memang sunyi kerana semua pesakit sedang tidur dan kebetulan wad yang dia lawati itu hanya mempunyai dua orang pesakit dan dua katil yang dibiarkan kosong tanpa sesiapa yang duduk kerana pesakit yang terakhir duduk di katil yang ketiga di hujung tepi tingkap kiri baru sahaja meninggalkan katil tersebut kerana pesakit itu sudah meninggal dunia akibat kanser peparu.Keadaan di situ sangat menyeramkan kerana tiada orang kelihatan lalu lalang di situ.Kaunter jururawat yang menjaga wad tersebut pon berada di hadapan sekali...amat jauh sedikit dengan wad tersebut
Semasa suzy sedang memeriksa laporan pesakit yang bernama kim shin ah dia merasa seram sejuk,seperti ada angin yang menyapa di lehernya begitulah perasaanya ketika itu."Hei..(suatu tangan menyapanya).Suzy tersentak dengan suatu tangan yang memegang bahunya."ahh..hoissh peranjatkan aku jela ko ni suho"."hahaha peranjat ke??..sorry la,tu la banyak berangan jela ko ni"."Mana ada aku berangan, ko tu yang peranjatkan aku haishhh"."hahahaha yela,macamana dengan keadaan pesakit ini."Ha??oh... pesakit ini. "Yela tu tengok berangan lagi"."Tak adalah ,yang saya pelik kenapa pesakit ini diberikan diberikan insulin poeusgouris(sejenis ubat yang dapat menghentikan penghasilan enzim)bukankah saya dah tukarkan kepada sefdosesus(sejenis ubat bagi menstabilkan penghasilan enzim)."haa??yela siapa yang bagi ubat ni bukankah saya dah beritahu supaya ubat ini tidak diberikan lagi sebab ubat ini hanya diberikan selepas pembedahan,kalau diberikan berterusan nyawa pesakit akan terancam kerana penghasilan enzim yang berterusan akan menyebabkan sel kanser akan berkembang"."Pesakit ini dibawah jagaan doktor mana"."Dalam laporan ini tulis doktor jin"."Ohh ini bukankah doktor pelatih yang baru itu"."Haah yela saya nak jumpa dia esok perbuatanya yang melalaikan ini boleh membuatkan nyawa pesakit ini terancam".

#di tempat parking

"Ha...suzy jom gi keluar minum dulu sebelum balik nak tak??."Ha??..ohhh ada lagi ke kedai buka dah pukul 2:00pagi ini,takpalah nanti awak penat pulak nak bangun esok pagi,awak baliklah dulu nanti besok kita jumpa lagi ok(sambil masuk ke dalam kereta)."Ohh oklah jumpa esok ye(tersenyum sambil memegang kepalanya)."bye jumpa esok ye..(vrooom..kereta volswagen suzy dipacu pergi)."haissh..baru ajak gi minum,takpalah lain kali ajalah..Semasa dia ingin ke tempat letak keretanya dia merasakan ada seseorang yang berjalan di belakangnya,sebaik sahaja dia menoleh belakang dia dapati tiada sesiapa yang berada di belakangnya, dengan laju dia berjalan menuju ke keretanya. (Vroom..vroom) sebuah kereta yang sedang mengganas bunyinya seperti ingin melanggar orang yang berada di hadapannya.Suho yang ketika itu melalui kereta  itu hampir dilanggar oleh kereta  yang tidak dikenali siapa pemandunya"Hoii...tak nampak ke,nasib baik tak terlanggar aku.Pemandu kereta yang ingin melanggar suho tadi menggengam erat tangannya kerana rancangannya untuk melanggar suho tidak berjaya.."ishhh"(suara mengeluh pemandu tadi)

#Di kondo milik suzy
Tit,tit,tit(bunyi nombor kod biliknya dibuka).Selepas itu dia terus masuk ke dalam,dia meletakkan barangnya di meja dan merebahkan badannya di sofa setelah penat bekerja di hospital manakan tidak dari pukul 7:30 pagi dia masuk kerja hingga lah sambungan dari pukul 8:00malam-2:00pagi dia bekerja membuatkan dirinya penat tetapi itu tidak pernah membuatkan dirinya putus asa kerana kerjayanya sebagai doktor memang merupakan impiannya sejak kecil lagi."Pufft...penatnya hari ini cit..cit. cit..miaw,miaw sini,sini
Ping ,mana ping ini."miaw,miaw,miaw"."Ha tu pon(sambil mendukung ping kucing),dah lama tak bermain ngan ping.Selepas itu dia terus ke dapur untuk mencari makan untuk mengisi perutnya yang lapar."huissh..makan mi segera  jelah..Selepas merendam mi segeranya dia terus ke depan dan membuka tv cerita drama "Heirs".Slurrpp..(bunyi makan mi)
"Aku mencintaimu cheon si,jangan tinggalkan aku."Aku pon mencintaimu juga tapi apa kan daya tiada jodoh antara kita...tidakk....
(BUNYI PELAKON DARI DRAMA HEIR'S DI TELEVISYEN)

Kelihatan suzy telah tertidur di atas sofa akibat kepenatan.Meja di hadapannya berselerak dengan makanan dan snek-snek yang dimakannya tadi,tv juga dibiarkan terpasang tanpa ditutup

......Tiba-tiba televisyennya tiada siaran dan bunyinya sangat kuat sehingga membuatkan suzy terjaga dari tidurnya. "Ahh...apa..ni.Dia terus bangun dan menutup tv nya dia kemudiannya bangun dan mengemaskan makanan yang berselerak di atas meja di hadapannya.Kemudian dia terus ke dapur untuk membuang sampah tersebut.Tiba-tiba dia merasakan ada suara yang memanggil namanya."suzy....suzy....
Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk mencari suara yang memanggilnya di situ
....  TIBA-TIBA AHHHHHH.....  (SUZY PON TERUS PENGSAN)

Bersambung (벨삼붕)...

Beautiful life'sWhere stories live. Discover now