BAB 1

132 3 0
                                    

Dalam keheningan malam. Matanya masih belum terlelap. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Hmm patut pun dia tidak boleh nak lelapkan mata. Masih awal rupanya. Niat dihati nak tidur awal tadi kerana esok dia kena lapor diri untuk praktikal di Megah Holding. Dicapai laptop lambang sebiji buah 'apple' di hujung meja lalu membuka facebook. Sudah lama dia tidak membuka laman muka buku kerana busy dengan assingnment yang bertimbun.

"Tak tidur lagi dik?" Tanya abang Amin yang sedang mengambil tempat di sebelah Isya.

Inilah satu-satunya abang yang aku ada Muhamad Asyraf Amin. Ibu selalu cerita pasal kami kecil dulu. Kami selalu bergaduh. Lepas gaduh boleh pulak main sama-sama. Kadang-kadang aku kenA main polis-polis dan adakalanya abang yang kena main masak-masak dengan aku. Pendek kata bergaduh pun dengan dia, berkawan pun dengan dia.

"Ooi!! Cik adik manis. Dah sampai mana kau berangan? Kalau sehari tak berangan tak mengelamun memang tak sah hidup kau ye dik." Bebel abang Amin mematikan lamunanku.

Membebel kalah mak nenek. Bisik hatiku

"Hah abang tanya apa tadi?"

"Abang tanya tak tidur lagi ke?"

"Belum lagi bang. Mata ni tak nak tidur. Duk pejam celik pejam celik tak tidur-tidur. Abang tu tak tidur lagi ni. Esok tak kerja ke?"

"Mesti la kerja. Walaupun abang tidur lambat tapi abang selalu bangun awal tau. Bukan macam budak tu, tidur mati. Dulu kalau ibu tak kejut memang tak bangun."

"Ishhhb abang ni. Tu dulu la masa sekolah. Adik saja je nak manja dengan ibu. Abang apa tahu. Sekarang tak macam dulu dah. People change bang."

"Yew ke tak macam dulu?"

"Yew la. Adik kan dah besar. Masa kat rumah adik yang selalu kejut housemate adik tau. Tengoklah bertapa hebatnya adik abang ni. Abang sepatutnya bangga tau mempunyai adik yang comel dan baik hati macam Isya nie tau."

Hambek kau. Masuk bakul angkat sendiri. Hihihi. Tapi bukan la nak puji diri sendiri. Memang betul pun kat rumah tu aku yang paling awal bangun pagi dan kerja sambilan aku setiap hari adalah kejutkan semua housemate aku yang liat bangun pagi.

"Tetiba rasa macam ngantuk pulak kan. Abang masuk tidur dulu yew adikku Nurul Nadia Aisya bt Amran. Nite and assalamualaikum."

Abang bangun daripada katil lalu meninggal bilik Isya. Malas nak layan kerenah adiknya itu. Tapi kenyataannya si Isya nie memang cantik orangnya. Dulu masa sekolah ramai kawan-kawannya ingin tackle si Isya tu. Tapi Isya jenis tak melayan.

"Tak nak layan adik laa tu. Okey la nite bang. Esok kejut adik tau. Takut terlanjur. Waalaikummussalam." Jerit Isya kepada abangnya

"InsyaAllah kalau rajin abang kejutkan." Balas abang Amin.

***********************************

Hari ni hari pertama praktikal dan dia telah lambat. Ni semua abang Amin punya pasal. Orang suruh kejut boleh pulak dia bagun lambat. Semalam bukan main lagi cakap tidur lambat tapi bangun awal la. Tadi nasib baik Ibu call. Kalau tak habis la aku.

Debukkk.

"Aduhhhh sakitnya bontot aku. Dalam bangunan besar pun ad tiang gol ke?" Jatuh semua fail ditangan Isya.

"Are u okey?" Tanya mamat tu sambil mengutip fail Isya yang terjatuh.

"Erkkk tak saya tak okey. Ehhh bukan mak. . mak. . maksud saya, saya okey je".

Apasal la penyakit gagap datang masa nie. Buat malu jew. Sebenarnya tadi bukan tiang gol. Tapi aku terlanggar mamat sado ni. Hensem gila weh. Macam Kamal Adli. Ahhhh boleh cair kalau tenung lelama nie. Aku pun dah lupa kesakitan akibat jatuh tadi.

C.I.N.T.AWhere stories live. Discover now