Bab 4

65 3 0
                                    

Ketukan di meja mengganggu konsentrasi Isya yang sedang meneliti kerja-kerja di komputer. Kepala diangkat. Ingin melihat siapakah gerangan yang berani menggangguan ketenteraman hidupnya.

"Nak apa?" Soal Isya bersahaja.

Amani yang telah duduk dihadapannya melemparkan senyuman.

"Kau busy tak?" Amani menyoal walaupun dia sudah tahu jawapan yang bakal diterimanya nanti.

Amani adalah jiran sebelah meja kerjanya. Sebenarnya dia tua setahun daripada aku dah kahwin dah pu. Tapi tak bagi aku panggil kakak. Nampak tua katanya. Jadi kami ber'aku kau je.

"Sibuklah jugak. Kenapa?" Kalau datang mengadap kat meja aku ni mesti nak gosip. Bisik Isya dalam hati.

"Nak bergosip sikit. Gosip terhangat tebabom ni. Kau nak dengar tak?"

Hmm kan aku dah cakap dia nak bergosip.

"Cakap je la. Kalau aku cakap tak nak dengar gosip tebabom kau tu, nanti ada orang tu panggil aku kodok dibawah tempurung" balas Isya.

Terkena pulak. Ingat lagi dulu pernah sekali diajak Isya bergosip tapi Isya menolak. Seminggu dia panggil Isya 'si kodok dibawah tempuyung'. Amani tersengih.

"Unit atas akan terima bos baru. Dengar kata hensem. Ada yang siap tubuh fanclub lagi tau" terang Amani yang sedang membayangkan macam mana agaknya wajah lelaki itu. Macam Izzul Islam kot.

Isya menceberkan bibirnya. Ingatkan apa tadi. Gosip hangat tebabom lah sangat.

"Tu jew!" tanya Isya geram.

"Yew tu je la takat ni" jawab Amani

"Mana part yang kau cakap terhangat tebabom tu. Explain please mrs.Amani bt Ridzuan"

"Hensem tu laa partnya.. hehehe tak terbabom erk." Terang Amani

"tak langsung okey.. Kau tak ada kerja ke ni?" segera Isya menukar topik takut nanti dibuka cerita lain pulak. Bukannya dia tak kenal perangai Amani ni yang suka bergosip. Semua cerita dia tahu, cerita yang dia tak tahu dia akan siasat sampai dia tahu.

"Ada tapi bos tak masuk lagi. Jadi boleh la borak-borak dulu dengan kau dulu."

Hari ini En.Kamal lambat masuk pejabat, pergi jumpa client. Kak Maria pun pergi sekali. Sebab tu mereka semua beborak sakan.

Isya meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Tiba-tiba Zaty yang turut bergosip di meja hadapan itu berlari anak menuju ke mejanya.

"Wehh bos dah datang" sempat dia memberitahu Amani yang sedang bertenggek tidak sopan di meja Isya. Bertenggek buat kerja tak pe, ini bertenggek kerana ingin bergosip. Kelam kabuf Amani membetulkan kedudukannya. Dilihat semua kembali membuat kerja. Isya menggeleng.

***********************************

Sis mintakk maaf sbb lama xupdate cite dan abaikan typo-typo tu semua.. hihi

----SILA TINGGALKAN KOMEN----

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

C.I.N.T.AWhere stories live. Discover now