Ahmad sangat mencintai Rokiah. Dan di awal percintaan, Ahmad sering mengalah dengan mengaku dia adalah fans kelab bolasepak paling sayur di Malaysia dan kelab-kelab antarabangsa. Semuanya kerana cinta.
Suatu hari, menjelang hari pertunangan mereka, Kiah mengupdate status facebooknya dengan membangga-banggakan team bolasepak negeri kelahirannya yang power. Ahmad berasa lain macam hari itu. Perasaannya seperti dirobek-robek. Sudah lama dia bersabar dan memperolok-olokkan dirinya sendiri demi Kiah. Dan demi cinta.
Ahmad cuba menahan sabar di depan kekasihnya yang dicintai namun gagal. Kiah bijak membaca body language. Dia meminta Ahmad berterus terang namun Ahmad berkeras mahu teruskan pertunangan.
Selepas hari pertunangan, Ahmad baru tersedar dia telah melakukan kesilapan besar dalam hidup. Mereka berpisah dan Ahmad mengambil keputusan mengahwini wanita yang sama minat kelab bolasepak dengannya. Dan di hari pernikahan Ahmad, Kiah membaling suar di hadapan masjid.
Bersambung..