Tepat pukul 6.30 pagi, murid - murid perempuan di hostel itu berebut - rebut mahu mandi dahulu. Yasmin hanya sabar menunggu Najwa yang sedang mandi. Yasmin tahu sikap Najwa yang suka tidur itu. Tetapi pada hari ini rajin pula Najwa bangun awal pagi.
Sudah 15 minit Najwa mandi. Yasmin sudah bosan menunggunya. Biasanya, Najwa akan mandi selama 10 minit sahaja. Berkerut dahi Yasmin memikirkan Najwa yang sikapnya sangat pelik pada hari ini.
Sudah 20 minit Najwa mandi. Di belakang Yasmin pula ada lagi 2 orang yang ingin mandi. Yasmin mengambil keputusan ingin menjenguk Najwa dari atas. Apabila Yasmin menjenguknya dari atas, tiada seorang pun yang mandi di dalam.
Yasmin demam seminggu. Dia dibawa pulang ke rumah. Semenjak itu, Yasmin amat fobia apabila mahu mandi di tandas.
YOU ARE READING
Tandas
HorrorKisah pendek yang menceritakan sebuah tandas hostel yang menyimpan banyak memori hitam di dalamnya.