BILA KULI JADI ARTIS BAB 1,2,3

529 8 0
                                    

BAB 1

"Selamat datang ke Pizza Star."

Suara Ika yang datang dari arah muka pintu restoran membuatkan Yuri memandang sekilas.Kelihatan gadis itu membuka pintu dengan senyuman lebar hingga ke telinga. Senyuman plastik yang sentiasa dilemparkan kepada semua pelanggan restoran setiap kali gadis genit itu menjadi host atau dengan kata nama lain,penyambut tetamu.Dua pemuda yang berumur dalam lingkungan 30 an,berkulit gelap dan bermisai melihat Ika daripada atas hingga ke bawah dengan senyuman gatal.

"Boleh saya tahu,encik berdua hendak makan di sini atau ingin bungkus bawa pulang ke rumah?" Ika lembut bertanya.Dua pemuda tadi tersenyum miang.Itu adalah dialog yang akan diungkapkan oleh seorang host setiap kali pelanggan menjejak masuk ke restoran.

"Kalau abang nak bungkus cik adik yang comel ni untuk dibawa pulang ke rumah boleh tak?"

Pertanyaan biadap salah seorang daripada pemuda itu membuatkan telinga Yuri berdesing. Mujurlah dia berdiri tidak jauh daripada kawasan pintu hadapan Pizza Star.Jika tidak mahu Ika terkulat kulat sendirian di situ.Segera saja kaki menapak ke arah sahabat baiknya itu.Tangan digenggam menahan geram.Dasar lelaki gatal.Tak boleh nampak perempuan. Budak mentah macam Ika pun hendak digodanya!

"Maaflah encik,restoran kami ni ada khidmat bungkus makanan je,bukan bungkus orang. Kalau encik berkehendak begitu, pergi cari dekat restoran lainlah.Itu pun saya tak jamin ada atau tidak.Kita berada di Malaysia.Sebuah negara Islam yang tidak mengamalkan permedagangan manusia."

Tercengang seketika kedua pemuda itu apabila Yuri tiba-tiba saja menyampuk bicara mereka..Mereka memandang jelik gadis cantik persis tomboy yang sedang berpeluk tubuh itu sebelum mendengus kecil.Terganggu dengan kehadiran Yuri.Baru hendak mengayat pekerja pizza yang setahun jagung itu.Ada pulak yang kacau daun! Setelah merasakan aura membunuh daripada sepasang mata gadis tomboy itu,kedua pemuda itu tersenyum sumbing.Mungkin menyedari kebodohan sendiri atas kepincangan menggunakan lidah yang dikurniakan.Atau mungkin takut dimaki oleh gadis di hadapan mereka.Ika hanya tersengih-sengih. Sudah mengagak Yuri akan membahasakan kedua pemuda tidak tahu adab itu. Terus saja Ika membawa dua pemuda itu ke meja kosong berdekatan memandangkan mereka berdua tidak ingin membungkus makanan untuk di bawa pulang.

"Cool lah lu beb,ayat power habis!" Farah yang sedari tadi memasang telinga di kaunter juruwang,segera saja menerpa dan memaut bahu Yuri.

"Biasa jelah beb." Yuri menjawab malas sambil melemparkan senyuman senget.

Farah,gadis yang kerap berselendang, tersenyum lebar seperti kebiasaan.Yuri sudah masak benar dengan perangainya. Sama saja dengan Ika.Ceria memanjang.Entah petua apa yang digunakan dua gadis itu sehingga setiap hari mereka bisa tersenyum ceria menghadapi kerenah pelanggan yang pelbagai ragam.Jika diikutkan angin Yuri,mahu gulung tikar restoran itu.Mereka berdua memandang perkarangan luar restoran daripada pintu berkaca lutsinar dan Yuri terdengar Farah mengeluh kecil.

"Kau tak bosan ke beb kerja dekat sini?" Pertanyaan Farah tidak sedikit pun mengejutkan Yuri.Sering kali pertanyaan begitu ditanyakan oleh semua teman rapat yang sama bekerja di Pizza Star.Renungan mata Farah yang mengenakan kanta lekap bewarna kelabu itu Yuri pandang dengan satu keluhan panjang.

"Bosan.Tapi kita tiada pilihan lain selain daripada bekerja di sini. Sekarang bukan senang nak dapat kerja."

Yuri membetulkan topi di kepala yang menutup rambut pendek paras bahunya.Jawapan sama yang Yuri berikan kepada Farah setiap kali soalan itu diajukan.Gadis yang tua dua tahun daripadanya itu mengangguk kecil.Sudah setahun Yuri bekerja di Pizza Star Kota Tinggi,Johor sebaik saja mendapat keputusan SPM.Keputusan peperiksaan Yuri bukanlah teruk sangat tetapi Yuri tidak terpilih untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA).

BILA KULI JADI ARTISWhere stories live. Discover now