Bab 3: Cinta Harus Dicari

7.7K 233 56
                                    

"Hmm kejuruteraan cinta." Lama Tok Ketua Deraman terdiam selepas melontarkan perkataan itu. Dia berjalan mundar mandir dengan tangan ke belakang. Umar mula menahan sabar. Mujur juga Tok Ketua Deraman merupakan seorang yang sangat dihormati Umar, kalau tidak mungkin tubuh tua itu sudah lama tersembam ke tanah.

"Kejuruteraan cinta ni melibatkan 3 perkara. Pengetahuan, matematik dan pengalaman. Perkara pertama engko perlu tahu ialah cinta itu tak berbentuk. Cinta akan datang dari sudut yang engko paling tidak akan jangkakan. Faham Umar?," tanya Tok Ketua Deraman. Umar hanya mengangguk sambil menyepak semut di hujung kakinya.

"Bagus. Matematik cinta mudah sahaja. Dia suka, engko tak suka, buruk padahnya. Engko suka, dia tak suka, takkan jadi apa-apa. Engko suka, dia pun suka, habis cerita," tambah Tok Ketua Deraman sambil menggulung kembali kain pelikatnya yang hampir tertanggal. Jika kain pelikat itu terlucut ke bawah, maka dikhuatiri nyawa Umar dalam bahaya.

"Dan yang terakhir ialah pengalaman. Engko takkan dapat memahami cinta tanpa mengalaminya terlebih dahulu. Nasihat aku cuma satu Umar, pergilah mencari pengalaman tentang cinta. Pergilah merantau. Engko akan tahu betapa pedih atau indahnya sesuatu percintaan. Bak kata Max Muller "A flower cannot blossom without sunshine, and man cannot live without love."

Tok Ketua Deraman terasa seperti ingin bertepuk tangan. Dia sangat berpuas hati dengan ucapannya tadi mengenai cinta. Ucapan yang diakhiri dengan quote lebih lebih lagi quote dari bahasa inggeris memang mampu menambat hati orang yang mendengarnya. Namun bukan Umar, dia bukan pendengar biasa yang mampu terpukau dengan ucapan Tok Ketua Deraman. 

Umar menerajang pangkin hingga berkecai. Kemudian dia meluru ke bawah rumah Tok Ketua Deraman dan keluar sambil mengheret basikal. "Pinjam basikal, tok!," jerit Umar sambil meninggalkan Tok Ketua Deraman yang sedang terpinga. 

"Basikal akuuu," kata Tok Ketua Deraman sambil melihat kelibat Umar yang semakin jauh dari pandangan. Dia tahu itu mungkin kali terakhir dia akan melihat basikalnya.

Umar mengayuh basikal sambil menjerit. Dia berasa seperti mahu menterbalikkan seluruh kampung. Mengapa cinta harus dicari? Mengapa tiada kedai yang menjual cinta? Bermacam macam persoalan bermain di kepala Umar. 

"Arghhhhhh!!!!," jerit Umar sambil mengayuh basikal.

Sampai sahaja di rumah, Umar mencampak basikal Tok Ketua Deraman ke pangkal pokok langsat. Sepasang sibur sibur yang sedang berehat mati begitu sahaja akibat impak dari perbuatan Umar. Umar kemudian memanjat tingkap biliknya. Sejak kecil, dia sudah mahir memanjat tingkap maka dia mampu melakukannya tanpa sebarang masalah.

Baru sahaja dia hendak membuka almari, kedengaran suara orang bersembang di dapur. Umar berasa pelik. Di rumahnya itu, hanya tinggal dia dan ibunya sahaja. Sepanjang pengetahuannya juga, ibunya tidak memiliki sebarang kawan imaginasi untuk diajak bersembang. Dia meluru ke dapur.

Umar menarik nafas lega bila melihat ibunya sedang bersembang dengan Marzuki. Marzuki sedang menyiang ikan sambil tersenyum melihat kehadiran Umar. "Maafkan saya saudara Umar jika kedatangan saya mengganggu saudara Umar. Kebetulan semasa saya lalu, saya melihat ibu Umar sedang memasak. Malu rasanya jika saya tidak menolong apa yang patut."

"Aik Umar, masuk ikut tingkap lagi ke? Mak tak nampak pulak engko masuk rumah," soal ibunya tiba-tiba. Umar tidak menghiraukan soalan ibunya itu. Dia sedang memikirkan bentuk seksaan yang patut diberikannya kepada Marzuki.


UmarWhere stories live. Discover now