"Aduh!!! Panasnya!!" Amylea menjerit halus selepas didapati seseorang melanggarnya dan tertumpahkan kopi yang masih panas di bajunya. Aduilaa. Takkan baru sampai dah kena nasib malang kot?
"Eh, Malaysian?" Mamat yang terlanggar Amylea tadi mengangkat muka untuk melihat muka manusia yang berasal dari negara lahirnya itu,tetapi kaku apabila mata bertentang mata.
"Omaigawd. Bakri?!!" Sekali lagi suara Amylea naik satu oktaf. Terkejut dengan perjumpaan yang sangat tak dijangka.
"K..kau sape? K..kau kenal aku ke? Aku tak kenal kau pon..." Tergagap-gagap Bakri menyoal kembali Amylea. Ah sudah, kantoi habis dengan minah kpoppers nie.
"Tak payah cover malu laa Bakri oii. Macam aku tak kenal kau. Hahaha! But seriously, i met you here? In South Korea?" Amylea tergelak besar. Sangat tak disangka, Bakri ada di sini.
"Kenapa? Salah ke aku datang sini??" Bakri agak bengang dengan gelak tawa Amylea. Macam sinner sangat je dia sampai takleh datang Korea ni.
"Hey,remember what you said to me? 'alah,minat sangat dengan retis Korea tu. Da laa plastik lebih,lembik,semua nak lipsync,bajet menari cool,rambut karat,pucat' "ajuk Amylea,mengingatkan kembali kisah mereka setahun lalu.
"Aku datang nak holiday laa bongok. Bukan nak tengok retis-retis plastik tu."
"Alah. Ye laa tu. Tu tshirt kau tu,terpampang F(X). Amenda tu?? Eleh. Holiday konon." Bakri tercengang. Dia memang lupa terus t-shirt yang dipakainya itu ialah t-shirt F(X). Ah kantoi.
"Haa, tu lah. Dulu mengutuk sangat. Sekarang kan dah kena. Baru padan muka." Amylea sambung ayatnya.
Bakri hanya menggenggam penumbuknya.
YOU ARE READING
Jodoh dari Korea
RomanceAlkisahnya apabila kau jumpa kawan kau yang anti kpop kat Korea Selatan, pakai baju salah satu group wanita dari sana. Apa kau rasa? kelakar? Dikhianati sebab selama nie kau yang duk bergaduh dengan dia 24 jam tanpa henti sebab kau peminat kpop? or...