Janji

2.7K 44 1
                                    

"Banyak kerosakkan ni Haji. Bumbung tu dah bocor, kena ganti baru ji, kos bukan banyak pun, anak Haji kan kerja bagus kat KL tu, mintak pada dia ji. Saya boleh bagi harga terbaik kalau haji nak ubah suai bahagian dapur ni semua"

Begitulah kata-kata Samad, tukang rumah yang baru usai melihat dan menilai kerosakkan bumbung dapur rumah Haji Malik. Benar anak Haji Malik mempunyai pekerjaan yang bagus cumanya dia sendiri yang berasa segan untuk meminta pertolongan dari anaknya itu. Malah dia sendiri seakan tidak mahu mendengar rungutan anaknya seperti yang biasa dia dengari tatkala menelefon minta wang tambahan.
"Bagi aku fikir dua tiga hari dulu ye Mad".

Itu saja yang boleh dikatakan oleh Haji Malik sebelum membuat apa jua keputusan.

Dua tiga hari yang diminta oleh Haji Malik untuk berfikir kini telah mencapai tempoh lebih seminggu. Sambil minum kopi pekat yang dibancuh sendiri, Haji Malik memandang ke arah bahagian bumbung dapur, bocor sana sini. Dia menarik nafas panjang. Teringat dia pada perbualan antara dia dan anaknya di telefon kelmarin.
"Ayah, nanti saya balik bila tak sibuk. Itulah, ayah pun satu, saya nak buatkan akaun bank tak mahu, kan dah susah bila nak duit kena balik kampung. KL Bagan Datoh ni bukan setengah jam perjalanan tau. Saya bukannya naik kapal terbang, kena memandu, leceh macam ni bila ayah tak mahu dengar nasihat anak. Buat akaun bank, buat akaun bank, ishh susah."

Malam yang sangat panjang buat Haji Malik, hujan turun begitu lebat lantas menyebabkan kebanjiran di dapurnya akibat bumbung yang bocor. Ditadahnya air yang mencurah itu dengan baldi dan besen namun kebocoran bukan pada satu tempat sahaja. Haji Malik terkenangkan sesuatu, hujan semakin lebat hatinya sayu.

"Nanti, Zi dah jadi doktor di Kuala Lumpur, Zi buatkan dapur baru untuk rumah ni, kita letak lantai marmal, dapur tanam."


PutihWhere stories live. Discover now