JANJI KITA

42 0 0
                                    

Suasana kelihatan mendung, semendung hati dia. Sedih barangkali. Dia berjalan menyusuri laluan kecil untuk sampai kesatu destinasi.

"Assalamualaikum, Syu oii syu"
"Walaikumusalam, ehh kamu ziyad, masuklah ke atas syu ada tidur kamu kejutlah dia, macam tak biasa pula kan " kata makcik Rahimah kepada ziyad.

"Terima kasih makcik" ziyad berlalu ke bilik syu meredah masuk.

Kelihatan seorang anak dara berumur 21 tahun nyenyak tidur menghabiskan sisa cuti untuk bekerja keesokan harinya.

"Syu, bangun aku ada cerita ni" kata ziyad.
"Ishh ! Gangulah kau ni aku nak tidur tak senang"

Terpisat-pisat syu menonyoh mata, apabila terpandang susuk tubuh ziyad, bulat mata syu memandang ziyad. Ziyad hanya menayang sengehan kepada syu.

"Oii ! Kau gila apa redah masuk bilik aku. Keluar ! Keluar !. Syuhada menghalau ziyad.

Huh, selamat aku pakai cukup kain, hantu punya mamat ni. Sesedap jus asam boi dia je masuk bilik aku. Ngomel syuhada sendirian.

Selepas sepuluh minit

"Ha, yad. Kenapa nak jumpa aku, esok tak boleh jumpa ke. menganggu aku nak tidur betullah dihari yang indah ni tau."

Erkk, ziyad menggaru kepala yang tidak gatal sambil memandu. "Kau syu cakap slow-slow lah boleh tak macam tikus makan keju lah" gurau ziyad.

Setelah melilau mencari tempat untuk berbincang, ziyad memberhentikan kereta di tepi tasik berdekatan perumahan mereka.

"Apa masalah kau yad sampai tak nyempat bawa aku ke sini. Meh habaq kat cheq, cheq dengaq mana tau cheq boleh tolong ka"

"Haha, gelak ziyad. Amboii dah keluaq loghat utara noh." Ziyad tersenyum melihat syuhada.

Syu memandang pelik melihat ziyad. "Kau kenapa yad senyum-senyum kat aku. Aku tampar kang".

"Kerja kau nak tampar orang je kan". Tapi tak apa aku suka. Kata ziyad di dalam hati.

Mereka berjalan lalu duduk,menghadap tasik.

Ziyad melepaskan keluhan. "Aku sebenarnya syu dapat tawaran belajar dekat UK".

"Wah, yad bestnya. Baguslah lepas ni aman dunia aku tau. Tak da orang kacau". Haha

"Aku backhand jugak kau ni, mulut longkang lah. Aku tak nak pergi, nanti rindu lah kat kau sapa nak luku kau nanti".

Ziyad memandang ke arah tasik melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t

"Bro, peluang jangan lepaskan mana tahu balik nanti kau boleh belikan aku kereta Audi kt aku kan". Haha

"Woii ! Mangkuk, aku pergi sana belajar bukan kerja cari duitlah sengal"

Ziyad dan syuhada terdiam seketika.

"Nur Ammara Syuhada" pangil ziyad.

Ehh, ngigau apa mamat ni pangil nama penuh aku. Syuhada bermonolog di dalam hati.

"Hmm, knpe"

"Aku sayang kau Nur Ammara Syuhada"

Bulat mata syuhada memandang ke arah ziyad. Seketika ada perasaan halus menusuk hati syuhada.

"Kau dengar tak apa aku cakap syu".
Termenung pulak dia ni, Hai syu dah sampai London ke?" ziyad menampar lembut pipi syuhada.

"Adoi sakit lah kelubi. Suka suki keledek kau je tampar aku"

Ada sahaja pergaduhan yang tercetus antara mereka. Bak kata Makcik Rahimah macam anjing dan kucing pantang berjumpa.

"Muhammad Ziyad Luthfi, aku sayang kau juga" kata syu sambil memandang ziyad.

Ziyad terkejut lalu tersenyum.

"Syu, kau kena janji dengan aku lepas aku habis belajar kita kahwin. Kau tunggu aku tau"

"Aku janji yad tapi kau kena tunaikan janji ni, kalau tak aku bakar kau". Sengeh syuhada

"Haha, garangnya sayang aku ni. Aku takkan sia kan semuanya"

"Janji" kata syuhada
"Janji" kata ziyad

Mereka berpimpin tangan mengecapi bahagia.

#Maaf jika hambar

JANJI KITAWhere stories live. Discover now