Aku,Myra dan Iffa ialah kawan rapat.Segala masalah kami,kami kongsikan bersama.Tak ada rahsia langsung antara kami.Myra,seorg yang ceria dan periang manakala Iffa pula ialah seorang yang agak penakut tetapi dalam masa yang sama dia amat sukakan cabaran.Kami bertiga telah pergi ke sebuah hutan yang agak terpencil untuk berkhemah dan itulah perkhemahan kami yang terakhir..
Flashback,
"Woi Myra cepatlah sikit.Kita dah nak sampai dah ni".Lantang benar jeritan Iffa.Jeritan kegembiraan kerana telah pun berjaya sampai ke tempat yang dia idam-idamkan sekian lama.Tempat itu sunyi sepi dan jarang dikunjungi orang.Aku pun tak tau kenapa tetapi menurut kata orang-orang sekeliling yang tinggal berdekatan dengan tempat itu,ada satu makhluk yang akan memakan sesiapa saja yang masuk ke hutan itu.Bagi aku itu semua karut.'Mesti mereka semua ni dah terpengaruh dengan Novel Margasatwa karya Saidee Nor Azam tu'.Detik hatiku.Aku memggelengkan kepalaku perlahan.
Myra terkial2 mahu menapak kerana jalan di hutan ini tak rata dan banyak akar2 kayu berselirat.Kalau salah langkah mahunya dia tersembam jatuh.Myra mengerling sekilas ke arah Iffa yang sudah jauh ke depan.Langkahannya laju dan langsung tak punya masalah.Myra mengeluh panjang dan meneruskan kembali langkahnya yang terhenti tadi.Aku pula hanya membuntuti mereka berdua.Penat? Tak usah cakaplah.Peluhku ini rasanya kalau ditadah mahu berbotol2 jadinya.Aku mengesat peluh yang melekat di dahi.'Fuhh panasnya hari ni' akalku berbisik.mataku kusepetkan ke arah matahari yang memancar terang di sebalik pokok2 renek yang kian tua itu.
Setelah berhempas pulas meredah semak samun dan merelakan darah kami digigit oleh nyamuk hutan yang lapar,akhirnya kami telah pun berjaya sampai ke tengah hutan.Air terjun di kiri kami menghembuskan hawa sejuk yang sukar untukku ungkapkan.Nyaman badanku rasanya.Burung2 yang berkicauan menyambut kedatangan kami ke hutan itu.Tanpa berlengah lagi kami pun mulai memasang khemah masing2.Aku mencadangkan agar khemah kami dipasang secara berdekatan.Manalah tau kalau bahaya datang.Tambahan pula kami ni semuanya perempuan.Jadi senanglah untuk kami berawas kalau ada apa2 yang berlaku.
Lebih kurang dalam pukul 6.00 petang semuanya telah kami selesaikan.Badanku mulai melekit.Jadi kami bertiga mengambil keputusan untuk mandi dahulu.Aku meminta Myra menemaniku mencari kayu api yang akan digunakan untuk memasak setelah selesai mandi nanti.Myra hnya mengangguk.Aku khuatir juga mahu meninggalkn Iffa seorg diri di tengah hutan begini.Tambahan pula hari sudah semakin senja tapi Iffa menyakinkan aku bhwa tiada apa yang berlaku.Aku hnya mengangguk walaupun jauh di sudut hatiku meminta agar aq duduk saja disini menemani Iffa.
Setelah mengenakan baju yang bersih dan baru,aq dan Myra bergerak ke kanan hutan.Iffa aku tinggalkan dengan suatu perasaan yg sukar untukku ungkapkan.Aq menoleh seketika ke arah Iffa yang ketika itu membelakangi aku.Tiba2 saja perasaan sayu menusuk-nusuk di hatiku.
Aq bagai dapat merasakan bahawa ini adalah kali terakhir aq dapat melihat wajah Iffa.Segera aq abaikan perasaan yang bertandang itu dan kembali fokus ke depan.Myra memandang wajahku.Dia bagaikan terperasan sesuatu.
"Ina,kau ni kenapa,macam sayu je aq tengok dari renungan mata kau tu?"Aku cuba mengukirkan senyuman yang semanis mungkin ke arah Myra.
"Aq ok je Myra.Kan ke aq senyum ni."
"Ye la tu kau ok.kita ni dah kwn lama.bknnya baru kwn sehari dua tau.ckaplah apa masalah kau?manalah tau kot kot aku boleh tolong?"
"Myra,aq ok je la.dah dah jom.Cepat cari kayu api tu cepatlah kita boleh balik khemah.aq risaulah nak tinggalkan Iffa tu sensorg kat tengah hutan ni."Ujarku sambil menapak ke depan.Myra membuntuti aq tanpa ada soal jawab lagi.Sementara itu di khemah mereka,Iffa melingaskan matanya ke kiri dan kanan.Ditinggalkan keseorangan begini membuatkan dia berasa seram dan takut.Iffa cuba mengurangkan rasa takutnya dengan bermain game 'Bounce 2'.Bersungguh2 dia main game tu sehingga tak sedar bahawa ada sepasang mata sedang memerhatikannya di sebalik pokok.Mulut Iffa berdecit tanda bengang kerana telah 2 kali berturut turut dia kalah dalam permainan itu.Iffa menekan butang stop playing dan dia terus mengeluarkan kamera digital yang popular pada masa kini.Dia berselfie dengan begitu khusyuk sekli.Tergerak di hatinya untuk merakam video dirinya ketika berseorangan begini.Ketika minit yang ke 30,tangannya telah direntap dengan kasar dan diseret menghala ke pepohon hutan yang merimbun.Iffa menjerit nyaring.Kameranya terlepas dari tangan.Kelibatnya menghilang di celahan pepohon.
Aku tersentak kerana deria pendengaranku telah menangkap suara Iffa menjerit!!
"Wehh Ina,kau dengar tak apa yang aku dengar?"Soal Myra kepadaku.
"Dengar.Jom cepat.Kita usha Iffa.Aq risau kalau apa2 jadi kat dia nanti"
Aku terus saja meluru ke arah khemah kami dengan menjinjing seberkas kayu.Myra membuntuti aku.Mataku melingas mencari Iffa.Dia tak kelihatan di mana2.Aku cemas.Myra juga.Aku mengintai Iffa didalamnya tetapi tak kelihatan bayangnya langsung.Myra menjerit memanggil namaku.Aku berlari ke arah Myra hingga hampir tersungkur aku dibuatnya.
"Wehh,ni kamera Iffa.Dia ada rakam videolah.Masih berjalan lagi durasinya tu.Macam mana nak tengok kalau macam ni?"
"Tekan la stop ngok"Aq menunjal kepala Myra.Dia hanya tersengih.
Aku dan Myra menonton video yang dirakam oleh Iffa tadi.
Pada mulanya tiada apa yang mencurigakan tetapi pada saat yang ke 30 aq melihat tangan Iffa ditarik kasar dan kameranya tercampak ke bawah.Jeritan Iffa kuat sekali.Aq melihat ada satu kelibat memakai baju hitam,serba serbi hitam menyeret Iffa hingga hilang di sebalik pokok.Aq memandang ke arah pokok tersebut.Myra memandang wajahku.Bagaikan memahami maksud pandangan aku itu,dia bangun,Aq juga bangun. Kami berjalan ke arah pokok tersebut dan aku menyelak dedaunannya.Masyaallah,Aku menekup mulut.Myra pula terus terduduk.Retina mata kami melihat satu mayat terkujur kaku.Darah bergelimpangan di sana sini.Ususnya terkeluar dan aku merenung wajahnya,dari matanya semacam satu perasaan takut datang mengundang.Beliakkan matanya menggambarkan bahawa dia sedang berada dalam kesakitan yang amat sangat.Itu Iffa.Mayat Iffa.Aku menanggis sambil memangku kepala Iffa.Iffa adalah sahabatku yang paling akrab kalau nak dibandingkan dengan Myra.Myra masih lagi terduduk.Kali ni dia menekup wajahnya.Mungkin takut melihat cara kematian Iffa yang agak mengerikan itu.
Aku segera menelefon pihak polis.Myra mengemas barang2nya dan Iffa.Aku menutup mayat Iffa menggunakan kain panjang.
Pihak polis pun tiba tak lama kemudian.Dan aku serta Myra disoal dengan bermacam2 pertanyaan.
Aku jawab dengan rasa sedih dan kehilangan.Ya,aq telah pun kehilangan seorang sahabat yang aku sayangi dan yang paling akrab denganku.Aku sering merenung gambar Iffa,dan air mataku luruh bagaikan hujan.
Kini aq sudah serik untuk berkhemah.Myra juga begitu.Sehingga saat ini,aq masih tertanya2 siapakah insan yang memakai pakaian serba hitam yang menarik tangan Iffa serta membunuhnya ketika itu?
Hanya Allah yang tau...
YOU ARE READING
Thriller
Mystery / ThrillerBunuh? Setiap waktu ada saja kes bunuh terpapar di tv kan? Mengerikan dan menakutkan. Sesuatu yang dinamakan darah turut keluar dari liang tubuh ketika dibunuh. Kisah ini akan memaparkan tentang kes bunuh yang berlaku dan ini mengikut imaginasi penu...