Bab ~ 23

572 30 0
                                    

Hari Kedua~

Taeyon dilayan seperti tuan puteri. Ini yang membuatkan taeyon berasa seperti dikongkong..Apa yang dia mahu lakukan sendiri pasti orang baekhyun melarangnya.Taeyon duduk di atas sofa, menyandarkan diri sambil memeluk tubuh.

Baekhyun pula menghampiri taeyon dan mengajuk cara taeyon.

Taeyon menjeling tajam.
Baekhyun ketawa.

"Waeyo?marah?" tanya baekhyun mencuit hidung taeyon.

"Boleh tak kalau saya nak buat kerja tu sendiri.Saya nak minum pun orang awak tolong tuangkan." Adu taeyon.

"Kamukan tuan puteri, tuan puteri mana boleh buat kerja."

"Tapi saya masih pembantu Putera Jun. Jadi biar saya yang buat semua kerja tu."
bentak taeyon.

"Betul tu baekhyun,lain kali kau yang kena buat kerja tu bukan orang² kau." Kai Tiba² mencelah.

Taeyon telah mengetahui hububgan kai dan sulli.Permulaannya taeyon terkejut tapi lama² taeyon memahami..akhirnya sulli tidak mudah jatuh cinta pada lelaki yang pertama kali dia berjumpa,sudah ada kai di samping.

"Tengok aku..semua kerja aku buat,betul tak chagi."sambung kai.

"Yelah tu."sulli tidak membantu.

"Tak semua." Sambung sulli sambil mengoyangkan jari telunjuk ke muka kai.

Kai mengusap belakang lehernya sambil tersengeh.

"Tuan Putera,boleh tak kalau tuan Putera gunakan bahasa biasa..tak perlu berbahasa formal." Tegur sulli beranikan diri.

"Dari kecil saya diajar begini."

"cuba." Kata taeyon.

"Baiklah.Saya cuba. "

Taeyon tersenyum lalu,mencari kelibat Rookies,sejak semalam lagi taeyon tidak nampak Rookies.

"Mana Putera Jung? " soal taeyon.

"Ouh.Hyung?Hyung demam ada dalam bilik." Terang kai.

"Jinjja?"taeyon berlari ke atas menuju ke bilik Rookies.

Hati Baekhyun timbul rasa cemburu.Taeyon lebih mengambil perhatian dan ambil berat terhadap Rookies daripada  dirinya.'tak boleh jadi ni.'

Di dalam bilik Rookies~

Taeyon membuka pintu tanpa mengetuk dahulu.Mata taeyon tertumpu pada susuk badan seseorang yang sedang terbaring dengan kain basah di atas dahinya.Taeyon menghampiri.

"Kau okey?" tanya taeyon prihatin.

"Dah nampak aku terbaring okey lagi ke? " perli Rookies.

Taeyon tersenyum."yelah."

"Dahaga?" Soal taeyon lagi.

Rookies menganguk.Taeyon mengambil kain basah itu diletakkan semula kedalam bekas yang berisi air.Kemudian, dia  membantu Rookies Supaya duduk.Bantal ditegakkan untuk menyelesakan Rookies Setelah selesai,taeyon menyampai gelas di sebelah katil.

"Suapkan aku,sakit ni." Kata Rookies lemah.

"Ehh² sakit buat cara sakit.Walaupun aku tak Suka kau, kau patut berterima kasih dengan aku."

" Banyak cakap pula kau ni,dulu seratus patah aku tanya, sepatah kau bagi . "

"Setiap orang boleh berubah."

"Berubah untuk diri sendiri atau untuk misi...atau untuk orang lain? " Rookies mula mempamerkan wajah kecewa dan sedih,dia tahu selama ni taeyon tidak pernah menyukainya . Rookies fikir dia punya harapan tetapi harapannya songsang ke tepi.Baekhyun telah mendapat harapan itu.
Tapi dia perlu tahu benar atau tidak taeyon menerima baekhyun secara rela atau hanya kerana misi?

Spy in Love (complete)Where stories live. Discover now