Keajaiban Mimpi Khadijah

225 5 2
                                    

Khadijah R.A terkenal sebagai seorang wanita yang memiliki tekad, integriti dan keinginan luhur, memiliki perasaan yang sangat sensitif, berwawasan luas serta tercipta dalam karakter yang cenderung kepada agama, kesucian dan kemurnian. Hingga beliau dikenal di antara para wanita suku Quraisy sebagai Tahirah (Wanita suci).

Khadijah R.A sering mendengarkan fatwa-fatwa dan kisah-kisah daripada anak bapa saudaranya Waraqah bin Naufal tentang agama dan para Nabi. Tekad dan impiannya terbentang di langit tertinggi penuh kemuliaan. Suatu kemuliaan yang tidak dapat dicapai oleh wanita mahupun lelaki di masa sekarang ini.

Suatu ketika di malam yang sepi dan gelap gelita, Khadijah R.A beranjak ke tempat tidur untuk beristirahat setelah sebelumnya didahului dengan bertawaf mengeliling kaabah. Dalam tidurnya tersebut yang sangat lelap, dia mengalami suatu mimpi yang luar biasa.

Di dalam mimpinya tersebut, dia menyaksikan seakan-akan matahari yang sangat besar jatuh dari langit dan tepat berada di rumahnya, sehingga seluruh sisi rumah dipenuhi dengan cahaya yang sangat terang. Kemudian sinar tersebut menyebar ke seluruh penjuru rumah. Sungguh ini merupakan suatu mimpi yang ajaib sekali gus penuh keindahan.

Lalu Khadijah R.A terbangun dari mimpinya, dan melihat ke setiap sudut rumah dengan terengah-engah dan perasaan terkejut bercampur dengan kekaguman. Ternyata, hari masih malam dan kegelapan malam masih menyelimuti seluruh kota Mekah. Namun hati, fikiran dan perasaannya masih dipenuhi dengan cahaya di dalam mimpi tersebut yang menyelimuti seluruh penjuru sisi rumahnya dan seluruh penjuru sekitar.

Ketika waktu subuh tiba, Khadijah R.A terus bergegas pergi menuju rumah anak bapa saudaranya, Waraqah bin Naufal untuk menceritakan tentang mimpi yang baru sahaja dialaminya tersebut. Dengan harapan, dia dapat menjelaskan tentang erti dan tafsir dari mimpi agung yang dialaminya.

Khadijah R.A terus menemui Waraqah bin Naufal ketika dia sedang membaca lembaran yang tengah dipegangnya. Ketika mendengar suara Khadijah R.A, Waraqah bin Naufal merasa terkejut dan terus bertanya, " apakah kamu Khadijah Tahirah?" Beliau menjawab, " ya, aku Khadijah". Dengan penuh terkejut dia berkata,"apa yang membawamu datang ke sini pada pagi buta seperti ini?".

Lalu khadijah R.A terus duduk dan menceritakan tentang mimpinya yang baru dialaminya tersebut kepada Waraqah bin Naufal secara lengkap dan terperinci, tanpa ada sedikit bahagian yang ditinggalkan.

Mendengar huraian dan penjelasan Khadijah R.A tersebut, wajah Waraqah bin Naufal terus tampak berbinar penuh kebahagiaan dan keceriaan. Kemudian Waraqah bin Naufal berkata kepada Khadijah R.A, "berbahagialah wahai anak bapa saudaraku, jika mimpi yang kamu alami tersebut memang benar, maka bererti Allah akan memasukkan cahaya kenabian ke dalam rumahmu dan dari rumahmu akan keluar penutup para Nabi dan Rasul."

Mendengar penjelasan Waraqah tersebut, Khadijah R.A terkejut dan sejenak terdiam terpaku. Kebahagiaan mulai menjalar ke seluruh tubuhnya sambil membaca cahaya cerah harapan dan kegembiraan. Sejak itu Khadijah R.A menjalani kehidupannya dengan tekad dan impian yang penuh terbentang, terpesona dengan mimpi yang telah dia alaminya tersebut. Khadijah R.A sangat penuh berharap agar mimpinya tersebut dapat menjadi kenyataan dan menjadi sumber kebaikan bagi manusia sekali gus merupakan sumber cahaya bagi dunia. Dari dalam hatinya penuh terpancar pelbagai kebaikan dan kebahagiaan.

Apabila ada seseorang daripada pembesar Quraisy datang untuk melamarya, tetapi dia selalu membandingkannya dengan mimpi yang pernah dialaminya tersebut dan penafsiran daripada mimpinya sebagaimana yang disampaikan oleh anak bapa saudaranya Waraqah bin Naufal. Namun hingga ketika itu, dia belum menemukan adanya seseorang yang melamarnya sesuai dengan perwatakan yang diperolehi dari dalam mimpi tersebut.

Beliau pun sentiasa menolak lamaran mereka dengan penuh halus dan kelembutan, sambil menyatakan dia belum mahu untuk berkahwin. Khadijah R.A selalu merasakan bahawa takdir indah Ilahi akan ada bersamanya, namun dia belun mengetahui siapa dia yang dimaksud dalam mimpinya. Namun dia sangat yakin, bahawa kebahagiaan dan ketenteraman akan masuk ke relung hatinya yang paling dalam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.AWhere stories live. Discover now