Kau dan dia di dalam dilema lautan bicara tak terluah.
Lalu segaris senyuman dan pandangan makna terjatuh di lantai.
Tak siapa sedari malah nak mencari.
Kau terus tersenyum mengharap satu anugerah kefahaman menjentik tangkai hatinya.
Dia pula membutakan hati mendongak langit kelam dan mungkin juga mengira sejarah hitam.
Lalu cinta ini tergantung bagai mayat si fulan penentu kematian dirinya.
Sungguh perit hakikatnya.
Cinta.
YOU ARE READING
Cinta Mati
PoetrySepenuhnya aku keluar dari kepompong hitam lalu hembusan angin halus menusuk hati. Belum pun sempat aku menebar sayap bahagia, aku kembali menoleh lubuk derita. Kerana apa? Kerana kau ada di situ. Memerhati dan memegang tali perasaan ini. Sampa...