Bab 1

152 2 4
                                    

Januari 2010

"Adra Liyana binti Muhd Adam? Dorm Siti Hajar, tingkat 2 ye"
"Terima kasih Cik" Aku mengambil beberapa helai borang yang dihulurkan oleh urusetia pendaftaran asrama. Ramai betul orang yang daftar asrama.Apa yang best sangat tinggal dekat asrama ni eh? Kalau tak disebabkan ajakan Sarah, aku taknak duduk asrama. Baik duduk kat rumah, lagi best duk celah ketiak mak ayah.Hahaha.

"Rara.. dah selesai daftar?"
"Ya mak. Dah boleh naik bilik dah ni." Mak dan ayah terus balik selepas selesai pendaftaran aku.Kata mak, kalau duduk lama lama kat situ, nanti aku berubah fikiran tak jadi nak duduk asrama. Ayah hanya gelak dengar mak kata camtu . Sedih pulak rasanya nak berpisah dengan mak ayah. hurmm.. Takpelah tiap tiap minggu aku balik rumah. Maklumlah rumah dekat sangat! Nak berdikari punya pasal sebab tu duduk asrama.Hehe..ye ye je Rara.

Aku menuju ke asrama Puteri sambil mengheret beg roda aku. Banyak woo baju aku bawak. Kalau ikutkan aku, satu almari aku nak angkut. Lupa pulak asrama takde lif. Naik tangga la jawabnya. Nak tercabut tangan kaki aku angkut beg besar gedabak ni 'mendaki tangga kejayaan'. Hehe

"Wei Rara!. Kau sampai bila? Sape hantar?" Sarah terus sergah aku dengan mulut becok dia tuh bila ternampak aku tengah mundar mandir cari dorm aku . "Weh Mekcik, kalau ye pun bagi lah salam dulu, tanya khabar aku ke. haih. Mujur tak tercabut jantung hati limpa ak kena sergah dengan kau" Aku kadang kadang panggil Sarah, Mekcik sebab fizikal tubuh badan Sarah yang kecik molek tuh.

"Hehe..Sori sori dear Rara. Dah jom kita masuk bilik kita."
"Kita satu dorm ke? Perghhh. Bagus bagus. Ada jugak kawan satu dorm dengan aku."
"Haah, Aku suruh Zaira letak sekali nama kita mase diorang tengah susun nama ikut dorm."
"Mujur la ada cable , boleh request nak dorm mana, nak duk sebilik nge sape. Kan Sarah?"
"Haah, sebab tu lah kita kena berkawan dengan semua orang. Nanti pape boleh mintak tolong. Tuh pun kalu ada yang sudi la nak menolong. Haha"

****

ORIENTASI.. Perkataan paling aku tak suka abad ini. Nama pun bila mula mula masuk tak kira lah apabila masuk asrama ke, naik tingkatan satu ke atau masuk universiti, mesti dan pasti ada orientasi. Part paling tak suka bila kena joget joget tuh. Hahaha.

"Sarah, kau bosan tak?" Aku cuit pinggang Sarah. Aku dah mula mengantuk. Jadi aku kena bercakap untuk hilangkan mengantuk ni.
"Gila tak bosan? Dahlah kena bangun awal pagi pagi. Kalau la sekarang ni kat rumah....."
"Kau jugak yang mengada ngada ajak aku duduk asrama. Nak berdikari la sangat."
"Hehe. Tahun depan dah nak PMR. Aku duduk rumah tak belajar la. Asyik tidur makan pahtu tidor balik. Hahaha."
"Hahahaha. Aku pun. Yeah, kita geng!" Gelak tawa kami mati apabila kena tegur dengan kakak urusetia.

****

" Sorry bang. Sorry bang. Saya tak sengaja." Nasib tak menyebelahi aku, aku terlanggar orang masa tengah jalan nak pergi kat meja makan dekat kantin. Apalagi, meradang la orang yang aku terlanggar ni. Bukan sengaja pun nak langgar.
"Eh budak. Kau takde mata eh? Jalan tu pandang depan. Ke kau nak ngorat aku?"
"Maaf, saya betul betul tak sengaja." "Sudah la budak pendek. Pi lah main jauh jauh.!"

Budak pendek? Ni dah lebih! Tahulah kau tuh tinggi sayut. Mamat form berapa tah. Bila aku nak mengorat kau! Aku hanya mampu jerit dalam hati je.Lidah aku kaku tak mampu bersuara nak membalas balik kata kata dia. Takut punya pasal. Senior tuh. Kan tak pasal pasal dia ajak geng dia buli aku. Hehe. Ragging dengan budak sekolah tak dapat dipisahkan. Hari hari keluar dalam surat khabar, budak kena buli. Macam macam. Moga aku dijauhkan daripada gegala tak sihat ni. Amin..

"Rara!"
"Ha,, Ye?"
"Kau berangan apa? Aku panggil kau, kau tak menyahut pun."
"Ye ke? Hehe..Sori weh. ada pe?"
"Nak pinjam kerja sekolah semalam. Hehe."

Lamunan aku terhenti apabila Hani jerit nama aku. Peristiwa pagi tadi masih segar dalam ingatan aku. Wajah abang senior tuh bermain main dalam kepala aku. Kenapa pulak aku ingat dia ni? Weh mohon blah la main jauh jauh nuh. Jangan jangan aku dah terkena ubat pengasih dia. Eleh, tuduh aku nak ngorat dia padahal kut kut dia yang sengaja langgar aku sebab nak ngorat aku. Astofirullahalazim Rara! Mengucap Rara. Tak baik menuduh orang tanpa bukti.

****

♪ねえ気づいてる?
Nee kizuiteru?
Hey, have you noticed?
あたしはアップデートしているよ
Atashi wa APPUDEETO shite iru yo
I will UPDATE myself
ちっちゃい心配止まんない
Chichai shinpai tomannai
I still can't stop these tiny bits of worries
けど絶対追いつきたくって
Kedo zettai oitsuki takutte
But I will definitely continue chasing you
早くデートしたい
Hayaku DEETO shitai
I want to go on a DATE right away
いつかベストカップルなれるかな
Itsuka BESUTO KAPPURU nareru kana
And in time we might become the BEST COUPLE♪
#update by Sabao

Aku menyanyi dan menari ikut rentak lagu itu. That's one of my favorite song. Ost dari drama terkenal Jepun "Itazura na kiss". Sarah pulak muncul dan terus menari mengikut rentak aku walaupun dia tak tahu lagu apa yang aku dengar kerana aku pakai earphones. Aku pulak menyanyi slow je sebab malu nanti kalau orang luar bilik dengar. Hehe.

"♪ Na na na na Ganu kite ♪"
"Haha! Sarah..Aku bukan dengar lagu tuh la"
"Eh? Biarlah.. Haha♪ Na na na na Ganu kite ♪" Lantak kau la Sarah. Aku pergi mandi lagi baik.


Secret AdmirerWhere stories live. Discover now