Bab 1
IRFAN Thaqif, seorang jejaka yang tampan, bergaya, segak, anak kepada Shahrul Lutfil, pemilik beberapa francais HABIB dan Toh Mei di Malaysia. Sebut sahaja Irfan, seluruh pelajar seuniversiti kenalnya, termasuk pelajar junior. Sesiapa lihatnya pasti akan cair. Menantu idaman kepada mak cik-mak cik, suami idaman kepada mana-mana gadis. Ibunya orang Arab manakala bapanya Melayu-Cina.
Irfan berjalan dengan laju memandangkan dia sudah akhir untuk ke kelas. 'Pasti si Janggut tu bebel,' fikirnya. Gedebuk!
"Argh! Tak ada mata ke? Orang sudah lambat ke kelaslah!" marahnya. Dia terus berlari.
Eryna mendengus. Dari dulu dia menyampah dengan sikap sombong Irfan. 'Suka hati dia je langgar orang, suka hati dia je marah orang!' kutuk Eryna dalam hati.
"Ery..." tegur seorang pemuda. Eryna mengangkat kepala. "Ril."
Aril menghadiahkan senyuman. Dia membantu Eryna mengutip kertas yang bertaburan.
"Siapa buli awak? Beritahu saya."
"Bukan dibuli. Dirempuh je."
"Siapa?"
"Troublemaker tu la."
Aril mengangguk-angguk tanda faham. 'Troublemaker' adalah gelaran yang diberi Eryna kepada Irfan.
"Banyaknya kertas awak."
"Saya fikir nak binding kertas ni semua. Minggu depan mesti dah hantar."
"Awak ada kelas ke nanti?"
"Pukul 3 petang nanti. Kenapa?"
"Oh. Awak serahkan kertas ni semua, nanti saya tolong binding."
"Tak apalah. Saya akan print sekali lagi. Awak tak ada kelas ke?"
"Tak. Saya nak ajak awak makan tengah hari."
Eryna melihat jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 1 petang.
"Boleh juga."
Mereka berdua berjalan beriringan. Aril menatap wajah Eryna. Comel. Matanya bulat, pipi tembamnya kemerah-merahan, bibirnya basah merah jambu. Namun, Eryna Qaisara adalah Miss Nerdy dan Miss Brutal. Dia digelar Miss Nerdy kerana dia rajin belajar dan ulat buku. Miss Brutal pula kerana dia garang mengalahkan singa, cepat marah dan mulut tiada insurans.
"Oi, kenapa renung saya macam tu?" tegur Eryna sambil menampar lembut pipi Aril.
Aril tersipu-sipu malu. Dari dulu lagi dia ada hati dengan Eryna, namun dipendamnya sahaja. Bimbang persahabatan mereka akan terputus.
Eryna ketawa. "Gedik," bisiknya perlahan.
Bulat mata Aril. "Apa awak kata? Ulang sekali lagi."
"Haha... nothing."
"Ery..."
"Saya kata awak gedik. Tu je."
"Apa? Gedik?"
Eryna mengangguk. Wajahnya selamba.
Aril menarik hidung Eryna. "Eee... banyak cakap betul...!" ujarnya.
Eryna menepis tangannya. Dia kemudian ketawa. Aril tersenyum, senang hati.
====
MARINA memaut erat lengan Irfan.
"You... lusa kita akan bernikah, kan?" soalnya manja.
Irfan mengangguk. "Kalau boleh, I nak kahwin sekarang jugak."
YOU ARE READING
Cinta Plastik
Teen FictionEryna dan Irfan, saling bermusuhan sesama sendiri. Pengantin perempuan melarikan diri? Eryna yang menggantikannya? Mereka berjanji akan bercerai selepas berkahwin selama setahun. Bagaimanakah kesudahan cinta mereka yang bermula dari sebuah penipuan...