3

968 15 1
                                    

Bab 3

ERYNA keluar dari bilik.

"Eh! Sekejapnya?" tegur Puan Kartina.

Eryna hanya mampu tersengih. 'Boleh tahan jugak auntie ni,' fikirnya.

Dia melabuhkan punggung di sebelah Puan Kartina. "Dia mandi."

"Siapa dia?" usik Puan Kartina.

Eryna ketawa. "Janganlah usik dia macam tu. Mereka bukannya kahwin sebab sayang pun," celah Encik Shahrul.

Eryna menyalam Encik Shahrul. Encik Shahrul tersenyum. Tahu Eryna masih kekok dengan mereka. "Maaflah sebab libatkan Eryna sekali dalam masalah ni. Kami dah upah seseorang untuk perhatikan Marina," ujarnya.

Eryna tersenyum simpul. "Eryna belum baca surat tu, kan?" soal Puan Kartina.

"Belum..."

"Teruk betul If," rungutnya. Eryna mengangguk. "Eh! Taklah!" nafinya kemudian. Dia segera menekup mulutnya.

Puan Kartina dan Encik Shahrul tersenyum. "Kamu berdua musuh ke?" soal Puan Kartina.

Eryna menggeleng. "Sebenarnya, kenapa kamu tindih If?" soal Puan Kartina lagi.

"Err... dia tarik saya."

"Kenapa?"

"Dia takut saya terjatuh sebab saya berlari, lambat untuk ke kelas."

Puan Kartina mengangguk tanda faham.

"Hai ma, pa," tegur Irfan. Dia duduk di sebelah bapanya.

"Ya Allah! Lupa pulak mama nak hidang air. Mama pergi ke dapur."

Puan Kartina berlalu ke dapur.

"Papa nak temankan mama kamu," ujar Encik Shahrul sebelum mengekori Puan Kartina.

Irfan dan Eryna membisu. Dua-dua malas hendak bercakap. Telefon Eryna berdering.

"Helo," sahut Eryna.

"Kenapa awak berkahwin dengan Irfan?" soal Aril.

Eryna mengetap bibir. "Nanti saya beritahu awaklah..."

"Saya nakkan penjelasan daripada awak sekaramg jugak."

"This isn't the perfect time, Ril."

Irfan menoleh. 'Ril? Dia bertelefon dengan lelaki?' fikirnya. Tiba-tiba, dia rasa suatu perasaan yang aneh. Rasa hendak marah ada juga, melenting ada juga. Kalau boleh, mahu saja dia suruh Eryna meletakkan telefonnya.

Eryna mengeluh lalu memutus talian. "Menyusahkan betul," bisiknya.

Irfan tersengih-sengih, gembira Eryna memarahi jejaka yang dipanggil 'Ril' itu.

Eryna memandang muka Irfan lalu menjelingnya tajam. Sakit hati melihat Irfan tersengih.

"Minta nombor telefon," pinta Irfan.

Eryna menghadiahkan senyuman. "999."

Senyuman Irfan mati.

"Kau fikir aku nak sangat ke nombor telefon kau?" marahnya.

"Aku tahu kau suka aku, sebab tu kau mintak nombor aku, kan?"

"Aku nakkan nombor kau supaya dapat aku inform hal penting kat kau," tipu Irfan.

Eryna melepaskan keluhan. Dia berpaling, mencari Puan Kartina dan Encik Shahrul.

Dia kemudian memandang Irfan. Mereka mula bertukar nombor.

Cinta PlastikWhere stories live. Discover now