Blackswan

10 0 0
                                    

Awak,jom masuk Popular kejap.Nak tengok buku." Fara kelip-kelipkan matanya dan tarik lengan Fuad masuk ke Popular Bookstore.

"Awak! tadi kata nak pergi makan.Jom la makan dulu.Masuk sini nanti-nanti la." Fuad buat muka.Kalau dating dengan minah sorang ni tak sah kalau tak menapak ke kedai buku.

"Alaaa,makan kejap lagi la.Bukan dah kebulur sangat pun.Kalau taknak sukahati la.Tinggal sini.Saya nak pergi sana kejap." Fara tinggal Fuad di ruangan buku-buku motivasi.

"Heisshh budak kecik ni.Jangan lama-lama sangat." Fuad geleng kepala.Fara sudah jauh kedalam tinggalkannya.Fuad pandang kanan,dan dia nampak apa yang dicari-carinya sejak sebulan yang lalu.Buku puisi edisi terbaru penulis yang dikenali sebagai Blackswan.Fuad senyum.Laju dia bergerak kesitu.

Fuad belek-belek buku puisi itu.Dia tak tahu sejak bila dia meminati buku bergenre sebegini,tapi sejak dia terbaca buku penulis ini dirumah sepupunya semasa raya tahun lepas,terus dia tertarik untuk membacanya sampai habis.Siap pinjam bawak balik rumah lagi.Sampai sekarang tak pulang-pulang.Taktau kenapa,tapi dia rasa dekat dengan puisi-puisi penulis ini.

"Hey,awak baca ke buku puisi? Seriously?" Fara pandang Fuad.Niat mahu terkejutkannya,tapi bila terpandangkan buku puisi yang dipegang Fuad,dia yang terkejut.

"Uh huh.Why you looking me like that? Why not.She's a good writer." Fuad pusing belakang.Terkejut dia.Kuss semangat.Tiba-tiba je ada dekat belakangnya.

"Nayyy.Merepek je la.Ramai lagi writer yang bagus.Saya pernah jumpa dia sekali kat Pesta Buku KL.Huh,sombong.Bukan lawa mana pun.Dah la pendek." Fara buat gaya tangan dibahu mata keatas.Omg.

"Seriously? nonsense la.Awak jealous sebenarnya kan?" Fuad menggerakkan keningnya berkali-kali.Eleh.Bajet hensem la konon.

"Eh apehal pulak? takde makna nye nak jealous bagai.Awak pernah jumpa dia ke? Tak kan? jangan nak puji dia lebih-lebih pulak eh." Fara merampas buku puisi yang dipegang Fuad dan membukanya sehelai demi sehelai.Fara tarik nafas menyedut bau buku.Sedap.Sungguh.Boleh khayal dibuatnya.

"Emm,by the way awak patut beli buku puisi ni.Good choice.Bestseller tau." Fara pulangkan buku puisi yang dirampasnya tadi kembali pada Fuad.Heh,dasar.Kata tak suka tapi promote suruh beli.Apa pun tara boleh la.

"Hey,kata writer ni tak best?" Fuad tenung Fara.

"Tak cakap pun tak best.Beli je la.Tak rugi pun." Fara larikan pandangan matanya dari ditenung Fuad.

Fara gerak kekanan,membelakangkan Fuad.Fara senyum sambil belek-belek buku di rak hadapannya.Dalam hati,Fara suka sebenarnya.Sangat.Tapi Fuad tak boleh tahu dialah Blackswan sebenarnya.Masih belum tiba masanya lagi Fuad tahu siapa dia sebenarnya.

26Where stories live. Discover now