Part 2

112 8 2
                                    

2 jam berlalu. Akhirnya pembedahan berjaya. Alhamdullilah, semua mangsa selamat. Keluarga mangsa sudah dikhabarkan tentang berita ini.

"Yeah, ah yeah, ah yeah. Selesai satu kerja. Syukur pada-Mu ya Allah. Kau selamatkan hamba-Mu dan memberi mereka peluang kedua. Nak rehat kejap la," aku mengucapkan syukur ke hadrat ilahi.

Memang selepas pembedahan, aku mesti kena makan. Makanan of course nasi. Mana boleh makan benda ringan. Tak kenyang! Atau paling kurang pun, laksa. Dua tu je yang boleh mengenyangkan aku.

Pembedahan memang mengambil masa yang lama. Ada lapan jam. 12 jam pun ada. Memang jadi doktor ni agak memenatkan. Tapi gembira sebab dapat tengok orang sihat balik.

~ You can touch, be my girl, you can fly, let me love,love you tonight ~

Ringtone henfon ku berbunyi. Cepat² aku mengangkat telefon tanpa melihat nama pemanggil.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummussalam, ya Amar. Ada apa?"

Oh Amar rupanya.

"Pembedahan berjaya ke?" Soalnya.

"Alhamdullilah, berjaya. Keluarga mangsa pun dah di beritahu tadi," jawabku sambil mengemas barang yang berselerak di atas meja.

"Oh, syukur ya Allah. Awak nak pergi makan ke?"

"Of course lah!" Ada ke patut dia tanya aku soalan camtu? Dah sah sah la aku lapar. 2 jam oi bertarung selamatkan nyawa orang. Sapa tak penat + lapar right?

"Hehehe. Turunlah bawah. Saya tunggu. Jom saya bawak awak makan laksa," pelawa Amar.

My gosh! Laksa?

"Okey, awak tunggu 5 minit, saya sampai,"

Aku mematikan bualan selepas menjawab salamnya. Uishh, laksa kau! Feberet aku tu!

Selesai menukar pakaian, aku keluar dari bilik aku menuju ke lift. Bilik pembedahan dibawah sekali. Bilik doktor semua kat atas.

Semasa perjalan ke lift, aku bertembung dengan keluarga mangsa. Kemalangan ini jenis langgar lari. Memang tak dapat nak kesan la siapa dalangnya.

Aku senyum pada keluarga mangsa. Tiba² seorang pakcik lengkap berpakaian pejabat datang ke arahku. Nampak macam muda je. 50-an mungkin.

"Terima kasih doktor selamatkan anak saya. Kalau bukan kerana doktor, tak tahu la macam mana," rintih pakcik itu.

"Jangan berterima kasih kepada saya 100% pakcik. Pertolongan saya ni hanya 10% sahaja. Ini semua kerja Allah. Syukur lah Dia bagi anak pakcik peluang kedua," aku cuba untuk merendah diri.

"Yelah nak. Alhamdulliah. Terima kasih lagi sekali," ujar pakcik itu lagi. Aku mengucapkan sama² sambil tersenyum.

Di bawah...

"Awak lambatt!" Marah Amar. Duh, lambat 30 saat je pun. Aisey, susah bila dapat bakal suami macam ni.

"30 saat..."

"Sangat berharga!"

"Yelahh, jom la makan. Saya lapar. 2 jam oo duk dalam bilik tu. Perut asyik bunyi je tahu! Sampai nurse Aimi pun tegur! Awak apa tahu. Kerja awak kat pejabat je," haa, kan dah kena. Aku lihat Amar tersenyum. Alahai, boleh senyum lagi erk?

"Hahaha, takde la saya marah awak. Marah manja je tu. Jom la makan, saya berlanja. Kesian sayang saya ni, macam zombie kelaparan dah haa," Amar cuba memujuk. Pujuk? Puihh, kutuk k kutuk. Tapi, part 'berlanja makan' hakak tak kuat la. Akhirnya aku menerima ajakkannya.

Amar senyum lebar. Dapat juga buat aku gembira selepas 2 jam aku terperuk dalam bilik bedah.

Amar buka pintu keretanya untuk aku. Aku masuk tanpa banyak soal. Dah banyak kali juga aku naik kereta paling mahal didunia ni.

Amar nak bagitahu sesuatu, tapi tak sampai hati nak lukakan hati perempuan yang sangat baik macam Afnan ni. Baik, polos je. Jujur sangat orangnya. Untunglah otak geliga, dapat jadi doktor.

'Ya Allah, tolong aku, aku tak kuat nak sampaikan berita ini kepada dia dan keluarganya. Berikan aku kekuatan...' rintih Amar dalam hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Love My StalkerWhere stories live. Discover now