Daerah Asing II

35 1 0
                                    

Daerah asing
Aku semakin berani
Bertatih tatih
Tak lagi memusing kiri
Kanan
Lalu
Cangkung

Daerah asing
Aku semakin berani
Berlari lari
Tak lagi memusing
Kiri
Kanan
Lalu
Cangkung

Daerah asing
Namun tak lama
Aku terpegun kaku
Melihat sepasang berpegangan
Lalu aku
cangkung
berderai
Aku masih di sini
di daerah paling asing

Mataku panas. Pipi dicumbui air masin tak henti henti turun laju perlahan laju perlahan. Entah kenapa hati umpama disiat siat. Cuba melarikan diri melontarkan jasad ke pelosok paling asing. Namun sepasang berpegang tetap buat aku akhirnya cangkung memeluk lutut gigil berderai jatuh. Aneh. Walhal sepasang yang di depan ini bukan siapa siapa. Sakit yang dirasa bukan main main. Sendirian memeluk lutut. Erat. Gigil. Di daerah asing. Titik titik semakin laju. Langit turut sama berderai.

-Apa lagi yang kau mahu?
Jelas satu suara yang sangat dikenali. Lebih tepat lagi, suara aku. Seorang aku. Tanpa segaris senyum tegak berdiri dihadapan.

-Apa lagi yang kau mahu?
Soalan sama yang aku biar sepi. Semakin deras semakin laju.

Daerah asing
Aku sendiri
Terasing
Sendirian

sesiapaWhere stories live. Discover now