BAB 2

21 0 0
                                    


DUNIA Yang MAHA GILA

Sedang berjalan di tengah bandar di kaki-kaki lima dihadapan pejabat-pejabat milik toke-toke besar di yang memperdagangkan pernigaan mereka di seluruh pelusuk dunia dan negara, aku melihat banyak belon-belon seolah meraikan sebuah majlis yang keraian.Di depan sedikit ada orang sedang bermain gitar yang sedang memainkan lagu dari nyanyian Allayarham Sudirman yang bertajuk Disini Lahirnya Sebuah Cinta.Wali berjalan kedepan sedikit ada orang sedang mencedokkan nasi dan lauk kedalam pinggan plastik untuk diberikan pada sesiapa yang rasa berkeinginan untuk makan,ternyata memang ramai yang ingin makan masakan kari ayam dari Ane itu yang memang dah dikenali dengan kari ayamnya yang pekat.Perut Wali memang terasa lapar sesampainya dia di kaki lima itu, tapi Wali menahan lapar buat seketika untuk melepaskan hajat janji rakan aku yang ingin makan bersama aku sekejap lagi.Wali berjalan lagi kedepan untuk melihat sebuah pesta yang juga ramai orang yang berkerumun di hujung kaki 5 yang berhampiran dengan bangunan Hotel Tune.

Gula, garam diedarkan pada yang beratur menunggu giliran untuk mengambil bahagian keperluan masing-masing.Wali memerhatikan keadaan itu agak-agak habis sebatang rokok untuk dihisapnya, dia terus berpatah balik ke tempat rakannya berjanji untuk menunggunya di tempat tadi.Dalam perjalanannya menuju ke sana, dia memerhatikan ada sekelompok masyarakat cina sedang berbual-bual bersama seorang lelaki melayu yang rakan mereka juga.Di depan itu ada kari ayam pekat yang Wali sendiri tak tahu akan kepekatan kari ayam itu,tiba-tiba Wali di pelawa untuk mengambil nasi yang telah di hidangkan itu oleh Ane itu.Wali sebenarnya segan samaada di boleh ke ambil makanan tu? Di takut die terambil hak orang lain,berkali-kali dia minta kepastian dari Ane yang betol kah yang dia boleh menyantap juadah itu.

"Adik marilah sini ambil nasi ni....adik sudah makan belom?" tanya Ane pada Wali yang sedang berkeliaran melihat keadaan dan suasana.

"Boleh ke saye ambil nih?"
"Betol ke nih?"
Balas Wali yang masih tertanya adakah dia layak untuk memiliki makanan itu.

"Tidak mengapa adik..ambil saja...semua orang boleh makan ni,nanti sekejap saya kasi tambah sayur" balas Ane pada Wali.

"Ok ...baik...terima kasih banyaklah" wali mengambil nasi itu danterus cari tempat duduk.

Dia duduk di sebelah abang yang macam gelisah dari tadi dari makan sampaikan die merokok asih nampak gelisah sahaha,ruoenya die menunggu kawan die mengambil nasi bungkus yang lain untuknya.

"Ade lagi ke nasi kat sane tu?" Tanye abang gelisah tu pada kawan dia yang sedang menghulurkan nasi 2 nasi bungkus padanya.

"Adelah...banyak lagi tubkat sana..ko pegi lah ambil lagi" jawab kawanya.

"Eh..malulah aku..tadi aku dah ambil dah....kang aku ambil lagi kang tak pasal aku kene halau dengan budak yang jage barisan tu" balas abang gelisah tu sambil gelisah yang tak sudah.

"Banyak tak nasi tu?"
"Ade lagi ke?"
"Pergilah ambil lagi" sapa Remi pada Wali dan Abang Gelisah tu.

Wali terpinga-pinga siapa budak bernama Remi ini,kenapa die bersungguh menyuruh kite ambil nasi bungkus yang diberi secara percuma itu dgn kuantiti yang tak munasabah yang mampu di makan oleh Wali dan Abang Gelisah itu. Tapi Abang Gelisah itu malu dalam mahu,akhirnya die ambil juga nasi bungkus buat kali ke 3 selepas diminta rakannya mengambil untuknya 2 bungkus sebentar tadi.

Wali bertanyakan pada Abang Gelisah itu siapakah gerangan Remi yang namanya disebut-sebut secara berhati-hati dari awal lorong sehingga ke pertengahan lorobg dimana tempat dia makan itu.Akhirnya Abang gelisah memberitahu pada Wali yang Remi itu adalah orang yang akan membeli nasi yang di jual dari gelandangan kepada bos Remi itu sendiri. Wali bertanyakan lagi berapakah nilai duit yang boleg didapati dengan harga sebungkus nasi itu yang mampu mereka peroleh hasil dari jualan balik pada pihak Remi pulak?.

"Alaaaahhh...boleh lah dapat macam gaji mingguan,sebab bukan semua orang nak jual pun,cume beberapa orang yang nak jual sahaja" jawab Abang Gelisah

"Abis tu macam mana dengan cara bayaran dibuat?"tanya Wali lagi

"Ikut minggulah....kiteorang ni ade yang simpan sampai 1 bulan pon ade...cukup bulan kite pon ade gaji jugak macam gomen...hahahahahahahhah..." balas Abang Gelisah bersama rakanya sambil gelak seperti sorang penjawat awam yang bergaji bulanan.

Berderau jantung Wali kerana terkejut sebab terpinga,buta,geli hati dan bermacam-macam perasan yang timbul kerana suasana yang dirasakan itu adalah suasana yang biasa dia lalui tetapi mungkin kerana darjat dan tempat yabg berbeza dia lalui.

Selesai makan nasi, Wali terus minta diri untuk pergi ke tempat dimana rakannya berjanji untuk berjumpa di hujung lorong di hadapan tempat orang sedang mengagihkan pakaian-pakaian yang terpakai kepada gelandangan yang ada.Semasa dalam perjalanan, sambil di tergiang-ngiang dengan gelak suka yang di bualkan tadi bersama Abang Gelisah itu tadi, dia mula terfikirkan adakah ini lorong-lorong plastik yabg hanya tempat lakonan kesusahan atau tempat untuk para Tok Dalang memacakkan watang bayangan pada batang pisang seperti dimainkan dalam persembahan Wayang Kulit yang bermacam watak, ada yang watak ganas,baik,lawak, sedih,pahlawan dan juga watak-watak yang lain.

Bila teringat sahaja kisah wayang kulit, Wali terus berhenti menghukum akan kelakuan setiap manusia yang ada di sekelilingnya pada ketika itu.Maka Wali baru sedar yang mereka semua ada cara mereka untuk meneruskan hidup mereka sendiri,mungkin kerana kebingungan dia sendiri telah perbah mebcampakkan dia kekedalam kesesatan mencari jawapan yang sepatutnya.

"Hoi setan celake, meh sini kau" Wali terdengar suara yang memanggil adakah memanggilnya atau itu suara ilusi khayalannya sahaja.

"Woi pukimak sial....ko pekak ke hape sial"

"Oooiihhhh....kau sial lakhanat aku ingat sape panggil aku tadi" Balas Wali pada rakannya yang dia sudah berjanji untuk berjumpa dengannya di tempat pembahagian pakaian terpakai yang dari tadi rupanya jeritan sial dan setan itu untuk dia rupanya.

"Ko nak kemane menonong je jalan terus je sampai xperasan aku kt depan ko ni tadi, panggil nama xdengar tu yang dapat setan aku panggil baru ko denga" balas rakannya....

"Weh...ko dah makan belom....jom makan, aku lapalah ni" tanya Bidin pada Wali.

" aku dah makan tadi....aku makan makanan yang orang nk kasi kt gelandangan tadi....sedap jugak karinye.....tapi dh habis..tadi aku taknak, dah pakcik tu pakse aku amek, aku sambalah..hehehe" balas Wali.

"Kepale jubo lah ...abis tu ko dh kenyang xnak pg makanlah nih?..hmmmm jom lah teman aku je" rungut bidin sambil memujuk untuk ditemanini.

"Ok gak...banyak bende aku nk kongsi dgn ko cerita ni, bukan nk menjoyah pon....sekadar nak menkepoh..hahahhha" Balas wali tanda setuju untuk teman Bodin makan bersama.

....Sedang makan dan habis bercerita...

" oooo....patutlah Saat Misai cakap mereka ni ada dunia mereka sendiri, dan kita disini sebagai penyambut mereka atas dasar cinta" rumus Bidin

"Hmm betollah.....xleh kita nk menghukum orang sesuka hati...mereka tahu kenape mereka buat begitu...bukan mencuri pon" balas Wali.

"Yelah....hmmm ok lah Li....chow jom...esok kerja" pinta Bidin

" Haah....jom...."

wallWhere stories live. Discover now