II

183 19 6
                                    

El sedikit tersentak apabila satu susuk gadis tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Melihat gaun putih yang dipakai gadis itu, El tahu bahawa itulah roh yang dilihatnya di luar makmal tadi. Tag nama yang tergantung di tepi meja bedah dibacanya. "So, nama kau Melati."

Dia menyelak kain yang menutupi jasad Melati. Luka di perut Melati lebih mengayat hati berbanding kesan torehan pada mukanya. El memejam matanya. Begitu kejam pembunuh kali ini. Melati pula lebih suka menunduk sejak tadi.

Perutnya dibelah oleh pembunuh sehingga ke kemaluan menggunakan senjata tajam. Tapi kenapa? El memandang Melati. "Ceritakan apa yang dah jadi." Arah El. Serta merta, suasana di sekeliling El berubah. Dia kini berada di sebuah rumah teres mewah. El mengikut roh Melati yang kini sedang menuju ke tingkat atas rumah tersebut.

Mereka tiba di satu bilik. Melati terus menunjuk ke satu arah apabila dia dan El masuk ke bilik tersebut. El fokus terhadap situasi di depan matanya. Satu pasangan sedang bertikam lidah di dalam bilik itu. Pertikaman lidah itu berlaku antara Melati dan seorang lelaki yang diakui Melati sebagai suaminya. El memerhatikan perut Melati yang sedikit buncit. "Kau mengandung ke?" Tanya El. Melati mengangguk.

El melepaskan keluhan berat. Sungguh dia kasihankan gadis di hadapannya ini. Tiba-tiba suaminya berlari ke dapur. Melati menuruti langkah suaminya. Langkah Melati terhenti apabila suaminya keluar dari dapur dengan membawa sebilah pisau. Pisau tersebut kemudiannya dihala ke lehernya. Sebaik sahaja melihat perlakuan suaminya, Melati cuba menghalang. Namun, malang tidak berbau. Suaminya bertindak agresif dengan menolaknya menyebabkan pisau tersebut menoreh mukanya.

Melati tercampak sehingga terhantuk pada dinding. Darah mula mengalir di kakinya. Suaminya mula tidak keruan apabila Melati sudah tidak sedarkan diri. Nadi Melati diperiksanya dan dia menjadi takut apabila tiada sebarang denyutan. Demi memastikan Melati betul-betul mati, dia mengelar leher Melati sedikit demi sedikit sehingga tulang kelihatan. Jasad Melati yang tidak bernyawa tersadai longlai di dinding itu.

Setelah beberapa minit, suaminya bagaikan tersedar bahawa isterinya sedang mengandung. Dia membelai perut Melati sambil menangis teresak-esak. Pisau di atas lantai diambilnya. Dia membelah perut Melati dan cuba mengeluarkan anak mereka. Dia berjaya. Janin kecil itu dipeluknya kemas dalam dakapannya.

Suasana berubah menjadi malam. El menutup hidungnya apabila bau busuk sudah mula merebak dalam rumah tersebut. Suami Melati mengambil satu plastik beg besar berwarna hitam dan memasukkan mayat Melati ke dalam beg itu. Dia mengambil balang kaca bersaiz sederhana besar dan memasukkan janin anaknya ke dalam balang tersebut. Dia menuju ke tingkat atas dan memasuki sebuah bilik bacaan.

Peti peribadi miliknya dibuka. Dia menyimpan balang kaca itu ke dalam peti besi itu. Pisau yang digunakannya untuk membunuh Melati diletakkan sekali di dalam peti itu sebelum peti itu dikunci semula. Kemudian, dia berlari ke tingkat bawah. Mayat Melati diletakkan ke dalam but kereta. Dia sempat membersihkan sisa darah Melati sebelum meninggalkan rumah itu.

Suasana bertukar lagi. El memerhatikan keadaan sekeliling dan mendapati mereka berada di sebuah hutan rekreasi awam, tempat mayat Melati ditemui. Suami Melati mengeluarkan mayat Melati dari but kereta bersama penyodok. Dia mula mengorek tanah. Sebaik sahaja lubang yang dikorek dirasakan cukup dalam, dia mencampakkan mayat Melati ke dalam lubang itu. Bahagian kepala Jessi sedikit terdedah. Sebaik sehaja dia hendak menimbus semula lubang tersebut, dia menjerit apabila mata Melati terbuka dan merenung tajam kearahnya.

Suami Jessi bertindak agresif sekali lagi dan menghentam muka Melati dengan penyodok yang dipegangnya. Yakin bahawa Melati sudah mati, dia meneruskan kerja menimbus lubang itu. Dia beredar setelah kerjanya selesai.

Mereka kembali ke ruang makmal. "Aku akan cuba sedaya upaya sehingga kes kau dapat diselesaikan. Aku akan pastikan suami kau dapat balasan yang setimpal." El berkata membuatkan Melati tersenyum pilu.

Melati mengangguk perlahan sebelum menghilang. El memeriksa bahagian muka Melati. Dia kemudiannya pergi ke rak fail yang menyimpan rekod mengenai jenis senjata yang digunakan berdasarkan luka. Fail berlabel 'Knife' diambilnya.

Satu persatu diselaknya. Cuba membandingkan luka di leher, muka dan perut Melati dengan contoh luka yang terdapat dalam fail itu. "Exactly macam yang dia cerita. Luka disebabkan pisau dapur. Uish. Senang betul kerja aku." El berbisik perlahan.

Mulut Melati yang sedikit terbuka diperiksanya. Tepat seperti jangkaannya. Terdapat serpihan besi yang termasuk di celah mulut Melati. Fail 'Shovel' dicapainya. "One more time. Macam yang dia cerita. Ini serpihan penyodok dan lukanya padan dengan jenis luka yang disebabkan penyodok." Ujar El sendirian.

Telefon bimbit dicapainya. Dia mendail nombor ketua pasukan forensik yang menyiasat kes ini, Inspektor Ashraf. "Hello? Saya Medina Elena, doktor patologi yang membuat pemeriksaan terhadap mayat Puan Melati." El memperkenalkan diri sebaik sahaja talian bersambung. Kemudian, dia terus menerangkan hasil pemeriksaan yang dijalankan pada mayat Melati.

Pintu rumah teres mewah diketuk Ashraf berkali-kali. Sebaik sahaja pintu dikuak, seorang lelaki muncul di hadapannya. "Encik Ryan?" Tanyanya dengan tegas. Lelaki tersebut mengangguk dengan laju. "Adakah betul anda merupakan suami kepada Puan Nur Melati?" Tanya Ashraf lagi. "Ya, saya suaminya,"

"Mayat isteri encik dijumpai tertanam di sebuah kawasan rekreasi. Kami datang untuk membuat pemeriksaan dalam rumah ini. Encik merupakan salah satu suspek utama dalam kes ini. Sila beri kerjasama." Ashraf berkata.

***

Sorry gais. Short and late update. I'm so sorry

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 27, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mata KetigaWhere stories live. Discover now