II

190 9 0
                                    

Beberapa Minggu telah belalu,di tengah hari ini Myuhib dan Alife baru sahaja pulang dari pasar dengan membawa beberapa bag kertas berisi makanan dan bakul berisi alatan dan bahan memasak.Sedang mereka berjalan,tiba-tiba mereka ternampak anak gadis kecil yang comel,tapi comot membawa seguni besi buruk.Guni tersebut hanya diheret sepanjang jalan.Gadis bergaun koyak rabak kaki tak beralas ini tak habis-habis menjerit "Besi untuk dijual!Besi untuk dijual!"Gadis bertunuh kecil itu berjaya menarik perhatian Alife sedangkan orang disekelilingnya hanya buat tak tahu.

"Jom..."Myuhib mula berjalan.

"Tunggu"Lantas Myuhib mula berhenti berjalan.Myuhib melihat Alife yang pandang gadis kecil tersebut dengan penuh kasihan.

"Kenapa ni?"Tanya myuhib.

"Tunggu jap.."Alife berjalan kearah budak perempuan tersebut!Dalam masa yang sama,beberapa pegawai peronda dengan lembing mereka datang pada gadis tersebut.Mereka ketawa-ketawa sambil menyepak-nyepak guni yang diheret tu.

"Hei,budak...Apa ko buat ni ha?"Lantas salah satu dari peronda itu sepak guni tersebut dengan kasar,akibatnya separuh dari besi dalam guni itu berterabur.Alife yang datang kearah perempuan itu menghentikan langkahnya.Lantas Myuhib datang berbisik kepada Alife,"hoi,tolong la dia!"

"Tunggu..."Alife jawab dengan tenang.

Kemudian pegawai lain merampas guni tersebut dan terbalikkannya,semua besi didalamnya habis keluar berterabur,lalu guni tersebut dengan kasar dicampakan kepada muka gadis itu.Kemudian saat guni itu sedang menutup wajah gadis kecil itu,seorang peronda tendang mukanya pula.Kerana badannya yang kecil,gadis itu hilang keseimbangan dan akhirnya jatuh.

"Hahaha!!"Mereka gelak besar lalu beredar dari. situ.Lantas Alife berlari anak mendapatkan gadis itu,diikuti dengan Myuhib.

"Kamu oke?"Tanya Alife sambil membantu gadis kecil itu untuk bangun,guni yang ada pada mukanya pula turut dialihkan.

"Saya tak pape..."Gadis itu jawab dengan senyuman yang sangat manis,Alife berasa sayu.

Kemudian dia kutip besi-besi buruk itu,beberapa saat kemudian dia beredar.

"Terima Kasih abang..."Gadis itu melemparkan senyuman manis,lalu dia pergi.Orang-orang disitu kembali melakukan hal masing-masing.

"Kau patut bertindak tadi...Bodoh la ko ni!"Marah Myuhib,namun dia hanya berbisik.

"Tak...aku akan ambil tindakan..."

"Tapi sasaran dah terlepas!"

"Tak...aku ingat..."

Itulah Dagger,sekali dia nampak sasaran,sampai mati dia ingat!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di waktu malam,peronda-peronda yang buat hal tadi mnelalui salah satu lorong gelap.mereka hanya bersembang kosong dan ketawa kuat-kuat.Mujurlah tiada orang,jadi tiada yang terganggu.Dalam mereka bersembang dengan rancak,tiba-tiba satu lembaga yang datang dihadapan mereka menghampiri dengan berjalan.Mereka senyap sebentar.

"Siapa tu...?"Salah satu pegawai menyoal.

Semakin lama wajah Dagger kelihatan-dia pakai topeng-.

"Kau...?"

"Aku Dagger..."

"Apa...?Apa kau nak!?"

"Aku nak ajar korang...."

"Ajar...?"

"Ingat tak pompuan yang korang aniaya siang tadi?"

"Tch...apa masalah ko sial!!"

DAGGERWhere stories live. Discover now