BAB 1

20.2K 332 6
                                    




                  KAU TETAP JODOHKU


Sepasang mata dibuka kecil kemudian dirapatkan semula. Belum bersedia menjamah segenap cahaya yang mula memenuhi ruangan bilik tidur itu. Tangannya meraba mencari telefon pintar miliknya. Jam yang tertera pada skrin telefon dipandang lama.

10.00 A.M.

Matanya dikatup semula. Otaknya ligat memikirkan apa yang patut dia lakukan pada hari cuti sebegini.

Outing!

Yes, jom kita keluar.
Azim bangkit dari katilnya dan segera menuju kebilik mandi. Come on, masa cuti jangan disia-siakan.



"Weh bro, jom ah ikut aku keluar. Ambil angin sikit." Azim menghampiri Niel sebaik sahaja keluar dari bilik mandi.

"Nak pergi mana bro? Lain macam je pula kau harini. Bukan biasanya hari cuti macam ni kau terperap kat rumah je ke?" Peliklah Azim ni. Dah la dengan tuala separuh bogel datang kat aku. Kalau ye pun pakailah baju dulu.

"Mana-mana jelah. Jomlah alang-alang tu kita lunch sekali kat sana. Pavi ke Alamanda ke. Jom." Ajak Azim bersungguh. Dia pun tak tahu dari mana datang angin dia nak keluar berjalan hari cuti macam ni.

"Okay ah. Kau siaplah dulu. Naik segan aku tengok kau macam ni. Sexy betul Zim. Aku takut nanti aku tergoda pulak." Akhirnya Niel bersetuju. Memang dari awal pagi lagi dia dah bersiap untuk keluar tapi tiba-tiba Azim ajak teman dia, haaa bolehlah. Ada jugak kawan berborak.

"Sengal. Hahaha tunggu aku jap." Azim menampar lengan Niel lalu berlari ke bilik untuk bersiap. Lets go!

•••


"Hai Iffa, jom kita keluar pergi Pavi ke Alamanda ke. Dah lama kita tak jumpa kan. Ajak Alise dengan Nad sekali."

"Hai Aira. Haaa boleh jugak. Lagipun aku bosan duduk kat rumah sorang. Siaplah, sekejap lagi aku datang ambik kau. I'll be there in 30 minutes. Okay?" Riang suara Iffa dihujung talian. Laju jee setuju. Bertuah dapat kawan macam ni.

"Alright faa. See you! Bye." Aira mematikan talian untuk segera bersiap.


***


Tiba sahaja di Pavilion, Azim dan Niel pantas berjalan mencari tandas. Daripada tadi dok tahan nak terkucil.

"Bro slow sikit. Aku penat la jalan laju macam ni. Tu lah kau, siapa suruh tak buang air dulu sebelum keluar. Ish!" Niel membebel panjang.

"Aku tak tahanlah. Tadi kat rumah rasa okay jee. Aircond kuat sangat agaknya. Cepatlah!" Azim lantas menarik tangan Niel untuk sama menyainginya. Lambat betul mamat ni jalan. Adoii

Bukk!!

"Oh mak kau! Ehh maaf cik, saya tak perasan ada orang dekat belakang saya" Azim kalut meminta maaf kerana terlanggar seorang gadis dibelakangnya. Sibuk sangat tarik tangan Niel sampai terlanggar orang kat belakang. Salah kau lah ni Niel oii.

"Eh takpe takpe." Gadis itu menjawab ringkas. Azim sepertinya mengenali suara ini. Ahhh takde, aku nak buang air dulu.

"Weh Aira, kau okay tak?" Tiga rakannya segera mendapatkan Aira. Risau.

"Aku okaylah. Kena langgar sikit je." Jawab Aira tenang. Pandangannya masih lagi tidak ditoleh memandang orang yang melanggarnya.

"Niel, say sorry to her for me. Aku betul tak tahan ni. Aku pergi dulu." Azim pantas berlari menuju ke toilet. Kalah Usain Bolt.

KAU TETAP JODOHKUWhere stories live. Discover now