1

605 41 12
                                    

*bruk..brukk*
"Adui...perut nie pon satu, malam-malam macam ni lah baru nak meragam."
Azam merungut kerana tidak tahan dengan perutnya yang meragam tengah2 malam macam ni. Baginya perut meragam pada tengah malam adalah mimpi buruk untuknya kerana tandas yang begitu jauh dari rumahnya.

"Adik! Dik! Ooo..Adik!" azam mengoncang adiknya yang sedang terlena dibuai mimpi.

"Bangunlah, temankan abang pergi tandas jom." mengoncangkan lagi adiknya supaya bangun menemaninya.

"Hurm." jawab Ali adiknya.

"Bangunlah cepat." Semakin kuat goncangan Azam yang tidak tertahan.

"Yelah-yelah." Ali terus bangun kerana tidak tahan dengan goncangan abangnya itu.

Mereka berdua terus melalui pintu belakang dan menuju ke tandas yang jaraknya hampir 100meter jauhnya. Azam yang tidak tertahan terus berlari sambil menarik adiknya tanpa memandang ke belakang.

"Arghh." Azam melepaskan nafas leganya apabila dapat melepaskan hajatnya.

"Adik, ko ada lagi kan dekat luar." jeritnya bagi memastikan adiknya masih menemaninya.

"Ye!"

Tiba-tiba lampu tandas itu berkelip-kelip agak lama. Dan azam merasa seperti merasa seram sejuk dan bulu roma temgkuknya seperti menegak.

"Adui.. Kenapa la pulak lampu ni." azam merungut di dalam hati.

Medongak-dongak ke atas untuk melihat keadaan lampu. Dalam berkelip-kelip lampu itu, azam seperti melihat sesuatu di dinding, iaitu di bahagian lubang diantara atap dan dinding, terlihat seperti rambut panjang yang menjulur.

"Adui! Apa pulak lah ni." ia berkata kerana ketenangannye diganggu gugat.

Azam hanya membuat tak tahu sahaja. Tetapi bukan setakat itu sahaja ia diganggu.

Tiba-tiba
*kihkihkih*
Terdengar dari luar seperti seseorang ketawa mengilai yang agak menyeramkan.

"Adik! Janganlah buat aku macam ni!" ia berkata dengan nada agak geram sambil mengetap gigi.. (Memerut). Bunyi hilaian tadi menjadi senyap.

*dreet..dreet*
Bunyi handphone yang disilentkan berbunyi. Handphone yang diletakkan di kayu dinding zink itu di ambil..

Abang, kami tidak jadi balik malam ni. Kereta abah tidak boleh start tiba-tiba kat rumah nenek ni.- Ali

'Kejap-kejap, kalau ni Ali yang mesej aku, siapa pulak yang tadi aku kejut dan aku heret sampai ke sini?' Azam berfikir.
Baru teringat yang ahli keluarganya telah pulang kekampung petang tadi.

Dia yang masih memerut membuka pintu sedikit untuk melihat siapa yang menemaninya. Tapi tidak terlihat sesiapun di luar.

Apabila azam mahu menutup pintu itu kembali terlihat seperti bayangan yang melintas sepantas kilat.

Azam yang perasan akan hal itu, terus menutup pintu dengan sepantas kilat dan menguncinya, sambil menyambung aktivitinya dengan perasaan berbelah bagi sama ada mahu meneruskan atau berlari masuk rumah.

*dung..dung..dung*

Bunyi seperti orang melompat-lompat atas zink di bumbung tandas itu.

*hehehe*
Bunyi seperti bayi ketawa kedengaran di atas bumbung.

"Mak!" Azam menjerit di dalam hati dan badannya sudah terketar-ketar kerana takut.

Dengan segera ia mencebuk membersihkan bontotnya walaupon perutnya masih mahu mengeluarkan segala isi di dalam perutnya, azam tidak peduli, lalu memakai seluar dan membuka pintu perlahan-lahan. Tapi tiada apa-apa.

Dia menyuluh-yuluh sekitar dengan menggunakan torchlight handphonye sekeliling. Tiada apa terlihat, tiba-tiba, di suatu celahab pokok ia melihat ada mata merah yang memandannya dengan pandangan seperti mahu terkamnya.

Tanpa berfikir panjang, Azam terus berlari sambil menoleh-noleh kebelakang untuk memastikan mata yang melihatnya tidak mengejarnya. Tapi malang baginya 'benda' itu mengejarnya sambil berbunyi

*kkruk..kkruk..*
Bunyi babi itu yang mengejarnya sampai ke pintu rumah.

"Fuh!" Azam lega kerana sempat menutup pintu sebelum babi itu masuk ke rumahnya.

"Azam~~" kedengaran suara yang sayu-sayu memangil namanya, membuatkan adam terduduk. Lalu memeluk lututnya dan mensebamkan mukanya ke lutut.

*kihkihlihkih* bunyi hilaian yang semakin menjadi-jadi dan diiringi bau yang amat busuk menusuk ke hidungnya.

'Adui..kata orang kalau bau busuk maknanya dekat, kalau bau wangi maknanya jauh' dia berfikir.

'Habiz la kalau aku kali ni.' Ia berkata-kata lagi di dalam hati

"Eeeeuuu apa bau busuk ni!" kedengaran suara seseorang yang sengau kerana menutup hidungnya.

Azam mengangkat mukanya, sambil memandang-mandang ke sekeliling mencari arah mana datangnya suara tadi.
Dan ia melihat ada seorang perempuan yang menutup hidungnya dengan muka yang pucat,bibir yang pecah-pecah dan berdarah ada di sebelahnya yang masih memandangnya.

"Aaargghhh!" Terjerit azam melihat perempuannya sehingga membuatnya terdorong ke selah kirinya.

"Wei! Ko berak dalam seluar ekh!" kata perempuan itu apabila dapat melihat seperti kesan terkencit di tempat duduk azam tadi.

Azam memandang perempuan itu takut-takut dan mengalihlan kan pandangan juga ke arah tempat duduk dia tadi. Basah.

'Jadi yang bau busuk tadi bukan hantu? Tapi aku?' ia berkata-kata dalam hati.

Perempuan tadi terus mendekatkan mukanya ke arah Azam dengan muka yang menyeringai dan menunjukkan taringnya yang berkilau.

"Adui! Busuknya ko ni!" perempuan itu berkata lagi dan terus menghilang dari pandangan Azam. Dia terus terlentuk di situ juga.

Keesokkan harinya

"Ya Allah! Anakku..." mak som menjerit apabila melihat anaknya terbaring di dapur dengan wajah yang naik biru.

Sejak hari itu Azam demam selama seminggu dan di beransur pulih apabila di bawa berjumpa dengam bomoh kampungnya.

Bomoh itu kata semangatnya hilang sebab kene tegur dengan benda halus itu yang jadi macam ni.

#anda rasa ok x cite ni? Ke tergntung?
#abaikan typo

TandasWhere stories live. Discover now