Episod 1

183 6 1
                                    

HUJAN yang lebat di luar sana, langsung tak sedari olehnya. Bergegas kaki berlari keluar. Mahu pulang cepat-cepat. Bimbang sekali jika dirinya basah kuyup nanti. Tak suka bila dirinya terkena hujan. Lantas, segala buku-buku dikemasnya lekas.

Tangga beberapa tingkat ditempuhi dengan penuh tenaga. Sambil tangan membimbit beberapa buku di tangan, sambil itu jugalah sempat lagi sebelah tangannya menggagau sesuatu di dalam beg. Mencari payung.

Cari punya cari tapi tak juga jumpa.

Diri mulai cemas.

Alamak!

Mana payung?

Spontan kaki berhenti di luar perpustakaan. Melilau mata mencari keberadaan payungnya di dalam beg itu. Buku-buku yang dibimbitnya tadi diletak ke tepi. Fokus pada beg nya ketika ini.

"Payung!! Mana payung!!" cemas tak terkata. Ketika tangan mencari, minda cuba dikerah mengingati di mana letaknya payungnya itu.

Sebelum dia bertolak ke sini tadi rasanya di sudah siap-siap bersama payung sekali. Letaknya sekali dengan begnya. Tapi entah ke mana menghilangnya. Tapi...betul ke payungnya ada sekali bersama begnya?

"Mak! Dee pergi dulu!" beg atas kabinet ditarik selamba. Masa dia ke pintu, rasanya ada bunyi jatuh. Jadi..

Irdeena kaku sendiri. Sudah mendapat jawapan yang dicari-carinya selama ini. Tahulah dia di mana letaknya payung itu. Alahai..

Langkah seterusnya menjadi longlai. Nampaknya terpaksalah dia tunggu hujan berhenti dulu. Entah bila nak berhentinya? Punggung dengan selamba dilabuhkan di bangku di kaki lima berdekatan dengan halaman sekolah.

Mata hanya buang pandang ke depan. Dari situ kelihatan ada beberapa pelajar lelaki yang bermain dalam hujan. Irdeena cuma menggeleng dengan keletah mereka. Sesekali telinganya ada mendengar namanya diseru oleh sekumpulan lelaki itu untuk turut serta tapi dia hanya buat bodoh. Gila nak main sekali?

PAPPP...

Irdeena terpaku seketika. Bunyi dentuman pintu locker berdetum itu begitu menarik perhatiannya. Lorong kaki lima yang menempatkan segala locker-locker para pelajar diintipnya sekilas. Kosong. Cuma..

Ada satu pintu yang sudah terbuka dan terlihat ada satu tali yang berayun sendiri. Sepertinya ada seseorang yang baru mengusik barang itu. Irdeena kecilkan mata. Kalau diamatinya benar-benar itu seperti locker dia!

Membulat matanya setelah dipastikan akan kebenarannya. Tatkala itu, laju saja kaki menghayun langkah ke situ. Tibanya dirinya di situ, dia tergamam sendiri.

Payung.

Dan..nota!

Sekeping nota yang sedikit lusuh ditarik keluar.

SAYA DI SINI.. AKAN SELALU ADA.

UNTUKMU..

Irdeena kaku sekejap. Tangannya terasa seakan menggeletar sedikit tika membaca isian nota itu. Mulutnya tak terbuka mahupun terkeluar sebarang suara. Ayat di atas kertas tersebut dibacanya sekali lagi.

Tiba di hujung ayat pada nota itu tiba-tiba ada satu suara bergema.

"Da.. Dee.. Duuu? Jantungku berdegup keranamu.."

Sekali lagi suara itu bergema. Irdeena kemam bibir. Kepalanya tercari-cari dari mana suara itu datang. Namun tidak dia ketemu, di mana datangnya suara itu.

"My Irdeena?"

"Allah.." nafas diatur  dengan tenang semula. Dia perlu tenang dalam menghadapi hari-hari seperti ini. Kaki mula menjarakkan diri dari lockernya. Dia tidak mahu diganggu kelak dia akan merana nanti.

Ingat, Irdeena. Itu cuma anganan kau saja.

Ya. Itu hanya anganannya saja.

"Dee!!" kuat dan makin kuat. Irdeena tundukkan wajah. Suara itu begitu nyaring menusuk ke dalam telinganya. Pergilah!!

"Dee..." suara itu bertukar sayu pula. Irdeena gigit bibir. Dia ingin lari. Mahu jauh dari semua ini! Lalu, diangkat kakinya berlari keluar. Tangga ditempuhinya satu persatu. Hujan akan diredahinya juga. Rasa hatinya begitu menginginkan untuk bersendiri ketika ini.

Dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain, tiba-tiba dia dikejutkan dengan terjahan satu suara dari sebelahnya.

"Dee!!" suara itu menjerit marah. Irdeena yang terkejut dengan terjahan suara kuat itu tidak dapat mengimbangi tubuhnya. Lantas, akhirnya tubuh itu jatuh mencium lantai. Seterusnya..segalanya tampak kabur pada pandangannya.

DAN KINI...

Di sini dia berada. Sebuah tempat yang begitu asing dari dunianya. Bukan lagi bayangan si dia yang akan menjelma. Sesuatu yang menggembirakan buatnya kerana dirinya tidak lagi diganggu seperti dulu. Namun...

Memori tetap memori. Yang indah dan pahit akan selalu ada dan akan senantiasa tersemat di dada. Untukku kembali ke masa silam itu mustahil namun... untuk mengharapkan sebuah keajaiban terjadi di dalam kehidupan mungkin tidak mustahil.

Mengharapkan satu nyawa untuk dihidupkan kembali itu dikira tidak mustahil?

Irdeena hanya mampu tersenyum.

Siapa tahu, kan?

VROOMM....

Satu tren perlahan-lahan mula berhenti. Saat itu, kakinya benar-benar berhenti tepat di hadapan pintu. Bersedia untuk memasuki tren ke arah destinasi yang ingin dia tuju. Tika itu, perlahan-lahan pintu yang memisahkan antara dua tempat terbuka.

Kepala diangkat perlahan-lahan.

Saat itu..Irdeena angkat muka. Dari bawah hingga ke atas, segalanya sempat matanya merakam akan imej itu. Dan ketika ini, tak berkelip matanya merenung satu tubuh di hadapannya ketika ini.

Si dia sedang tersenyum manis.

"Hai, Dee.."

Irdeena kaku.

"Qusyi.."

Ah..

~'Sesungguhnya aku tahu yang aku sangat-sangat merinduinya..'~ IRDEENA


M.E.M.O.I.RWhere stories live. Discover now