TOK.. TOKK..
Ketukan di pintu, berkali-kali bunyinya. Cuma, suara aje yang tak terkeluar untuk mengarahkan si pengetuk untuk masuk. Tak ada semangat. Entah semangat apa yang dirinya cari, dia sendiri pun pening. Masih tiada klu akan apa yang dia mahukan.
Semuanya tidak jelas.
Kabur!
"Ya Allah.. Dee.." panjang umur. Dari tadi dia dengar bunyi ketukan itu, cuma menanti si gerangan pengetuk masuk sahaja. Seperti yang dia agak. Pasti ibu yang masuk.
Irdeena yang terbaring mengiring diperhati Sari dalam diam. Kepalanya cuma menggeleng melihat keletah si anak. Sudah masuk dua tahun. Dua tahun terperap begini tanpa sedikitpun mahu luangkan masa di luar.
Apa nak jadi dengan anak daranya yang seorang ini? Dia sendiri buntu mahu mencari jalan penyelesaiannya.
"Dee.. Bangun. Mandi." pinggul si anak ditepuk halus. Masih lagi kaku seperti sebelumnya. Langsung tak tercuit dengan tepukan itu.
"Dee.."
"Hmm.." begitu malas kedengaran dari suara itu.
"Mandi, sayang oi!" suaranya sengaja ditinggikan sedikit. Bercakap dengan Irdeena sekarang, kena ada tengking-tengking sikit, baru nak dengar. Bukan macam dulu-dulu.
"Dah mandi." halus dan lembut saja dari caranya menyahut kata itu. Sari pula diam membatu di sebelah anak. Inilah saban hari rutinnya. Tahu gerakkan anak dari tidur dan sediakan makanan buat si anak. Hanya itu saja yang dia tahu.
Sekarang pun, anaknya sudah tidak bersosial. Suka menyendiri dan hilang sudah sikap peramah dalam dirinya.
Dalam sekelip mata hilang!
"Huh.." terhela satu nafas panjang dari bibirnya.
"Sampai bila, Dee? Sampai bila nak macam ni?" Irdeena yang membelakangi si ibu, ketap bibir. Telinganya rasa bagaikan mahu digam saja supaya pekak!
Tahu sangat dari nada itu. Itu pastinya ibunya mahu karang ayat-ayat sadis. Pastinya ada sesuatu yang ibunya mahukan darinya.
"Sampai bila nak terperuk dalam bilik ni? Buat-buatlah pergi keluar ke dunia luar sikit. Pandang sikit dunia ni macam mana?" giliran Irdeena hembus nafas. Hembusan nafas itu agak kasar seterusnya tiba-tiba suasana bertukar sunyi. Irdeena jongket kening. Ibunya merajukkah? Terasa dengan hembusan nafas kasarnya tadi kah?
Err.. Dia bukannya sengaja tadi, sebenarnya.
"Ibu dah daftarkan Dee masuk universiti." bulat mata Irdeena tatkala itu pantas tubuhnya berdiri tegak memandang si ibu. Kini, mata mereka bisa bertentang dengan bebas tanpa dilitupi sebarang penghadang. Wajah putih bersih Irdeena ditatap Sari sayu.
Sudah jauh benar perubahannya.
Rambut kusut masai. Sekali imbas, dia dapat agak rambut itu pastinya berbau dan dapat dia lihat rambut itu sedikit keras. Wajah itu pula pucat benar. Macam orang tak makan setahun. Tubuh pula keding sungguh. Langsung tak ada isi. Memang orang nak tengok pun langsung tak dapat tenangkan mata dan bahagiakan jiwa.
Lahai...
"Kenapa ibu buat macam tu? Dee tak nak!" kata putus sudah diberikan.
"Dah dua tahun kamu berhenti belajar. Sekarang sambung balik. Jangan nak tangguh-tangguh lagi. Kawan-kawan kamu semua dah masuk tahun dua. Kamu? Baru nak masuk asasi?" Irdeena mencebik. Apa dia peduli semua tu?
"Ibu cakap aje buat muka."
"Dee tak nak belajar lah."
"Habis nak buat apa? Nak toreh getah? Ke nak tambat lembu tu?" Irdeena tahan nafas sesaat.
YOU ARE READING
M.E.M.O.I.R
RomanceSuka tak seharusnya memiliki. Sejauh manakah kebenarannya? Menjadi miliknya yang sudah lama aku idamkan ataupun mempunyai seseorang yang mampu membuatku selesa. Yang mana satu? Sesungguhnya aku keliru..