Rahsia

542 11 3
                                    

Aidil melonggarkan ikatan tali leher rona perak berkilat yang berada di lehernya dari pagi. Dia buka butang kemeja merah padamnya satu persatu. Dia letakkan kunci keretanya di atas almari, tempat biasa dia simpan kunci-kuncinya. Dia terus masuk ke dapur dan membuka peti sejuk. Dia mengeluarkan sebotol air 7up. Cawan yang tersusun di atas almari dicapai dan diisikan dengan air 7up. Dia meneguk air itu perlahan-lahan supaya dapat dibasahkan tekaknya yang kering itu. Api dapur dihidupkan. Dia mengeluarkan sekeping gambar dari dalam poketnya dan diletakkan di tepi dapur. Gambar Aleya dan Norman. Heh. Norman....

******

Aku dah cuci gambar yang kau minta hari tu.

Tunggu aku kat Starbucks Times Square. Jam 1 petang.

Kau belanja. - Azman

Sms yang baru masuk itu berjaya mengejutkan Aidil yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Aleya, isteri kesayangannya masih lagi lena dalam tidurnya. Aidil menggosok matanya sambil mengeliat. "Tak reti tidur ke apa si Azman ni? Ah..." ucap Aidil dalam nada mengantuk. Dia sungguh tak suka tidurnya diganggu, lebih-lebih lagi gara-gara satu sms di awal pagi. Hampir saja dia campak telefon bimbitnya ke dinding kerana bunyi deringan yang berkumandang di tepi cuping telinganya tadi.

Aidil hanya melihat isterinya yang sedang tidur itu. Sesekali dia mengusap perlahan pipi Aleya. Dia mengucup dahi Aleya sebelum bangun dan terus pergi ke bilik air. Dia menjeling ke arah jam yang tergantung di dinding. "Dah pukul 7 pagi rupanya..." kata Aidil lalu mencapai tuala yang tertera logo kelab bola Liverpool FC. Hari ini hari Isnin dan dia harus ke pejabat.

Selesai sahaja dia membersihkan diri, dia terus menyarung kemeja rona merah padam yang sudah diseterika malam sebelumnya dan dia memadankan kemejanya itu dengan tali leher berwarna perak berkilat yang menjadi kegemarannya. Hari ini sememangnya satu hari yang penting. Segala-galanya bakal dia akhiri hari ini.

Sebelum keluar dari rumah, dia membetulkan tali leher. Aidil memang mementingkan kekemasan diri. Dia mahu sentiasa kelihatan segak apabila keluar dari rumah. Kemeja yang sudah diseterika, nampak segak bila dipadankan dengan seluar slack hitam yang disekalikan dengan tali pinggang kulit berwarna hitam. Tidak perlu kepala tali pinggang yang besar, cukup sekadar ia berbentuk logo "AD" yang membawa maksud Alain Delon, jenama kegemaran Aidil.

Dia menekan butang lif dan sambil itu membetulkan butang lengan bajunya. Aidil lebih gemar membutang lengan bajunya. Dia hanya akan melipat lengan baju jika dia memakai kemeja yang lebih kasual. Hari ini dia berpakaian formal. Tinggal di rumah tingkat 15, dia sudah biasa dengan kelambatan lif di kondominiumnya. Pernah juga dia menghantar surat aduan kepada pejabat pengurusan, tapi masih tiada apa-apa tindakan. Lif masih lambat dan kadang-kala rosak.

Pintu lif terbuka dan di dalamnya ada seorang gadis, berdiri di hujung sebelah kanan lif. Dia sedang memeluk beberapa buah buku dan Aidil ternampak tulisan "Matematik Tambahan SPM". Pelajar sekolah, mungkin. Aidil masuk dan menekan nombor "1". Lif mula bergerak perlahan-lahan. Ah, masih tiada tindakan yang diambil.

Tiba di tingkat 1, Aidil terus pergi ke keretanya yang diparkir di kotak bertanda "WXJ 5791" dengan tulisan berwarna kuning. Dia masuk ke dalam kereta Toyota Camry berwarna hijau tua nya dan terus menghidupkan enjin. Tingkap kereta diturunkan sehingga bawah. Dia mengeluarkan sekotak rokok Dunhill dari poket seluarnya. Dia mengetuk-ngetuk kotak rokok itu sebelum mengeluarkan sebatang rokok lalu membakarnya

RahsiaWhere stories live. Discover now