Ini Semua Jam Punya Pasal

3.6K 80 9
                                    

"Please la, Ben!"

Rayuan tu datangnya dari Jam (atau nama penuhnya, Aizam. Cara sebut nama dia bukan jam macam jam tangan tu, tapi "jem" macam Jem and The Holograms). Sesuai dengan namanya, rayuan tu dibuat ketika Ben terperangkap dalam jem masa tengah memandu pulang dari bersarapan bersama kawan baiknya yang dah lama tak jumpa tu.

Kalau aku tau ada motif tersembunyi di sebalik perjumpaan ni, memang aku tak datang! Dengus hati Ben.

Tapi nak buat macamana, dah memang lama sangat tak jumpa si Jam ni. Jam ni junior Ben waktu sekolah asrama dulu. Jam ni selalu kena buli dek kerana kelembutan dia. Ben yang sememangnya tak suka bila orang kena buli, sengaja merapatkan diri dengan Jam – maklumlah, Ben boleh tahan popular kat sekolah. Kalau dah orang berpengaruh berkawan rapat dengan Jam, takde la orang buli dia sangat. Tapi rupanya, Jam tak perlukan bantuan Ben pun. Lepas mengenali Jam dengan lebih rapat, Ben kagum dengan semangat yang ada dalam diri Jam. Atas dasar kagum tu, dia makin rapat dengan Jam.

Hasilnya, Ben juga jadi rapat dengan keluarga Jam. Sebenarnya, keluarga tu bunyi macam besar sangat sebab yang ada cuma mak Jam. Jam ni anak tunggal, maknya pun ibu tunggal dan secara automatiknya, Ben jadi anak angkat tunggal. Memandangkan Ben sendiri takde mak bapak, kasih sayang yang kurang tu dia jumpa dalam diri mak Jam. Jam dan maknya duduk di Johor Bharu, jadi sejak beberapa tahun dulu Ben memang jarang dapat jumpa sebab dia kerja kat KL.

Sampailah si Jam ni datang kerja KL jugak setahun lepas. Itu pun bukan main susah nak jumpa; sibuk memanjang. Thank God for technology – dapat jugak la berhubung melalui WhatsApp dan yang seangkatan dengannya.

"Ben! Dengar tak aku cakap ni? Setuju tak?"

Ben mengeluh sambil mengelus belakang lehernya sendiri (takkan belakang leher Jam pulak!) "Kau tak rasa yang kau akan letakkan aku dalam situasi yang super awkward ke?"

"Sekurang-kurangnya bukan kau yang bakal kena sembur dengan perempuan tu."

"Tu la yang kau dapat kalau main dengan laki orang."

"Hello! Tunang orang, okay? Belum laki lagi."

"Same difference."

Ben dapat rasa Jam usha tajam kat dia. Jangan nak kata kau minat aku lak. Kita ni dah macam adik-beradik, tahu! Incest!

"Kau ni lepas putus cinta dengan si Julia tu, jadi manusia annoying yang berprinsip bukan main eh?" komen Jam.

"Lagi elok daripada jadi manusia annoying yang tak berprinsip kan?"

"Fine! Aku la yang tak berprinsip. Aku la yang horrible. Perampas laki orang. Lagi?"

"Eh, emo pulak. Aku bukan cakap kau la. Aku cakap diri aku yang dulu."

"Oh."

Malu la tu!

"Lagipun putus cinta ni untuk orang yang dah couple. Aku couple pun tak sempat, mana boleh panggil putus cinta," kata Ben, sekaligus terkenang kembali kisah cinta yang tak sempat berputik antara dia dan Julia. Ah dem, ni semua Jam punya pasal! Kan dah bergema lagu Cinta Melankolia dalam kepala aku ni!

"Tapi kau minat dia, dan dia pun ada ala-ala minat kau kan?"

"Ye la kot."

"Couple la tu. Macam kata kau tadi apa... same difference," balas Jam sambil tersengih-sengih. Bangga la tu, bangga!

Ben cuma mengeluh. Dah bertahun dah kes dia ngan Julia tu. Kalau ikutkan, tempoh iddah dah habis. Tapi dia dok frust lagi mengenangkan apa yang mungkin terjadi kalau Liya tak bocorkan rahsia pekerjaan Ben kat Agensi Curi Jodoh pada Julia. Julia pun tak bagi peluang langsung untuk Ben jelaskan apa-apa. Ah, Ben rasa macam mustahil untuk move on. Benda yang dia paling tak suka adalah rasa ralat; memikirkan what could've been.

Off The Top of My HeadWhere stories live. Discover now