Part 4- Taman

287 32 2
                                    

Jungkook termenung di balkoni rumah mereka. Fikiran nya jauh melayang. Perasaan serba salah bertandang di dalam hatinya untuk menculik yeoja itu. Dia masih mempunyai perasaan ingin tahu mengapakah Kai ingin mereka berbuat demikian? Dia juga ingin mengingati semula wajah siapakah yang iras dengan Hyera.

"Jungkook! Jauhnya termenung.." Sergah V lalu mengambil tempat disebelahnya.
"Aku tak tahu lah. Yeoja tu macam baik sangat. Macam hyper sangat." Jungkook meluahkan perasaannya kepada V.
"Siapa? Park Hyera?"
"Yelah. Kau tahu tak asal Kai nak kita culik dia?" Soal Jungkook yang cuba mengorek rahsia daripada V.
"Setahu aku, halaboeji dia orang kuat dalam jawatan polis ni. Tapi halaboeji dia sekarang terlantar dekat hospital." Terang V.
"Ohh..so, kau tak tahu lah asal Kai suruh kita culik dia?" Soal Jungkook lagi.
"Nope. But Jungkook. Kau kena ingat, kau tak boleh terjatuh cinta dengan dia. Kalau tak mati kau Kai kerja kan!" Pesan V.
"Aishhh Arrasso!" Balas Jungkook lalu masuk ke biliknya.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

"Tuan, kami dah dapat tahu nama group anak-anak buah Kim Jongin." Kata seorang polis wanita kepada Jungmin dan Chen yang sedang sebuk memeriksa file.
"Jinjja? Awak dapat tahu dari mana?" Soal Jungmin.
"Anggota kita masih menjalankan siasatan terhadap mereka. Ni maklumat-maklumat mereka tuan. Saya minta diri dulu." Polis wanita itu menghulurkan sebuah file berwarna hitam kepada Jungmin.
Jungmin melihat Chen. Chen mengangkat keningnya.
"Tunggu apa lagi. Buka lah. Aigoo.." Chen menggeleng kepala melihat rakan nya tu. Jungmin tersengih (bayangkan je yang Jungkook sengih tapi dalam keadaan matured sikit XD)

--

"Bangtan Boys? Culik? Apa yang oppa merepek ni?" Soal Hyera kepada Jungmin(anggap kan je Jungmin ni muda. Umur dia 22 tahun. So,ok kan pnggil oppa? Yaa author tahu merepek XD manada polis 22 tahun dah jadi tuan. Huuhu..author di dalam dunia sendiriii. Wokehh! Back to the story~~) mereka kini sedang berada di ward Tuan Park Jinyoung.
"Yaa..memang nampak merepek. Tapi oppa nak pesan. Jaga diri Hyera baik-baik. Kemungkinan salah seorang ahli BTS ni sekolah dengan Hyera. Lagipun Tuan Park dah amanahkan oppa untuk jaga Hyera. Ya?" Kata Jungmin dengan lembut. Gadis yang bernama Park Hyera ni memang agak keras kepala sikit.
"Halabeoji, halabeoji jangan risau. Hyera boleh jaga diri Hyera sendiri. Halabeoji tu kena jaga kesihatan. Hyera sayang halabeoji sangat sangat.." Hyera mengucup dahi Tuan Park iaitu halabeoji nya.
"Jungmin oppa, Hyera mintak diri dulu eh? Ada hal sekejap. Tolong tengok kan halabeoji tau. Annyeong." Pesan Hyera kepada Jungmin.
"Nae annyeong." Jungmin menghantar Hyera sehingga ke pintu. Kemudian dia duduk di atas sofa yang telah disediakan. Dia sedang termenungkan sesuatu.

"Jungkook. Bila hyung boleh jumpa Jungkook? Hyung rindukan Kookie yang dulu. Hyung harap sangat dalam kes kalini Jungkook tak terlibat. Kookie tak rindu hyung ke?"

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

"*batuk macam dah nak mati XD* yahh!! Siapa sebut sebut kutuk kutuk nama aku nii?!" Jungkook yang sedang minum air hampir tersembur airnya akibat batuk tadi.
"Girlfriend kau lah tu." Usik Jhope.
"Hambar~" Jungkok bingkas bangun dan mencapai cap nya.
"Haa.. Nak pergi mana pulak tu? Kau ni memang tak boleh duduk diam-diam eh dekat rumah?" Bebel Jin persis mak tiri bila tengok Jungkook nak keluar rumah.
"Ishh! Aku nak jalan-jalan kat taman je."
"Jungkook! Aku nak follow!" Jimin terus berlari ke arah Jungkook.
"Apa-apa jelah." Balas Jungkook yang malas nak layan.
"Kajja!"

Di taman

"Lalalalalalalalalalalala~" Jungkook rasa annoying dengan suara sumbang milik Jimin ni. Tak sangka perangai diorang berubah 360 darjah bila takde tugas.
"Jungkook! Aku nak beli ais krim kejap. Tunggu tau!" Jerit Jimin. Jungkook hanya mengangguk kan saja. Jungkook pergi mengambil tempat di suatu bangku. Dia mengeluarkan headphone merah nya dan memasang lagu Dope.
Jungkook memandang sebelah kanannya. Ada seorang yeoja yang sedang leka bermain game.
"Ehermm.." Mula dah drama si Jungkook ni. Yeoja itu rupa-rupanya..

"Jungkook?!"
"Hyera?!"

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Jungkook. Headphone di kepalanya diturunkan.
"Tak nampak aku tengah masak?" Balas Hyera dengan jelingan.
"Aduh kau ni. Kau datang sorang ke apa?" Soal Jungkook lagi.
"Ada je beruk-beruk tu main rollerskate." Balas Hyera sambil menunjukkan tiga orang lagi kawannya. Jungkook tergelak kecik bila Hyera sebut beruk.
"Kenapa kau tak join?" Banyak pulak tanya si Jungkook ni.
"Tak ah. Buat malu je kalau jatuh." Balas Hyera. Matanya masih pada screen telephone. Takut nak buat eye contact.
"Jungkookie~ nah ais krim untuk kau~" datang pulak Jimin si penyibuk.
"Tak nak lah. Kau makan lah sensorang." Jimin mencebik. Mata Jimin tertancap pada Hyera. Seperti sedia maklum, BTS memang dah cam muka mangsa mereka. Jadi haruslah Jimin berlakon untuk mengelakkan syak wasangka nya.

"Park Hyera!" Baru Jimin nak menghulurkan tangannya kepada Hyera, ada yang memanggil.
"Yow!" Balas Hyera.
"Jom balik!" Ajak Nani.
"Arrasoo!"
"Annyeong. Jungkook..and .."
"Jimin." Balas Jimin sambil tersengih.

"Kook. Dia tinggal dekat-dekat sini je kan? Lagi senang kerja kita." Ujar Jimin.
"Yup. Dah lah aku nak balik." Jungkook terus bangun meninggalkan Jimin.
"Yah jjangkaman!"

--TBC--

[H] KILLER +bngtnWhere stories live. Discover now