Bab 1

133 2 0
                                    

"Mama!!!" Bergegar jugalah banglo milik Tengku Iskandar dengan Tengku Maryam Nur. Pagi-pagi lagi Arra dah menjerit.

"Anak abang tu dah kenapa? Awal pagi dah terjerit-jerit," bebel Tengku Maryam. Tangannya yang tadi lincah menceduk nasi terhenti begitu sahaja tatkala terdengar jeritan puteri tunggalnya.

"Adalah tu benda yang membuatkan Arra tu excited sangat." Tengku Iskandar menyambung kembali suapan nasi nya yang terhenti sebentar tadi.

Kelihatan Arra menuruni anak tangga sambil berlari dan ketawa. Tak sabar rasanya hendak dia sampaikan berita gembira itu.

"Mama, papa... Guess what?" Arra memandang kedua ibu bapanya dengan sengihan yang melebar.

"What Princess?" Soal Tengku Iskandar sambil melihat wajah puteri tunggalnya itu.

"Tengku Arra Aibella telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis essay Bahasa Inggeris!" Masih segar dalam ingatannya akan panggilan yang diterimanya pagi tadi. Sungguh dia bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya.

"Really? Congratulations Princess! Princess nak pergi mana cuti ni? Mama dan papa bawa Princess melancong," kata Tengku Maryam. Dia meneliti wajah puteri tunggalnya itu. Betapa bangganya dia dikurniakan seorang puteri yang cantik jelita dan bijaksana. Acapkali telinganya mendengar pujian orang terhadap anaknya di luar sana. Tengku Arra Aibella mudah sahaja mendapat perhatian daripada orang ramai.

"Hmmm... Arra nak pergi Paris boleh tak mama?" Arra memandang wajah ibunya dengan penuh harapan.

"Boleh sayang. Tetapi, Princess harus janji dengan mama. Princess akan buat sehabis baik dalam SPM nanti," kata Tengku Maryam.

"Yeay! Sayang mama!" Jerit Arra lantas mengucup pipi ibunya.

"Mama je? Papa tak?" Soal Tengku Iskandar.

Arra ketawa girang sebelum beralih kepada bapanya. "Of course Arra sayang papa juga," kata Arra seraya memeluk bapanya.

"Oh ya! Arra nak call Alana lah. Arra naik atas dulu ye mama, papa?" Arra memandang ke arah kedua-dua ibu bapanya.

"Princess, breakfast lah dulu," kata Tengku Maryam.

Arra tersengih- sengih menarik kerusi sebelah ibunya. "Mak Jah mana mama?" Soal Arra memandang sekeliling.

"Mak Jah balik kampung. Anaknya nak memperkenalkan calon suami kepada Mak Jah," kata Tengku Maryam.

Arra hanya mengangguk tanda faham.

Oopss!! Philophobia!!!Where stories live. Discover now