Unexpected 1

770 37 13
                                    

Adlina menggigit bibir perlahan. Tak guna betul boleh kalah osom dengan Yusof Nazmi tadi!Terpaksa lah dia panjat pagar untuk elak masuk sekolah sama sama dengan Nazmi.Dah berapa kali dah dia kantoi masuk sekolah pada waktu yang hampir sama dengan Nazmi. Pengawas dan pengawal pun dah syak sesuatu antara mereka ni. Ye lah,kalau dah setiap hari datang sama lewat. Tak timbulkan curiga tu namanya?

Dia memejam mata sambil membaca bissmillah dalam hati. Nasib baik lah pakai seluar track kat dalam.Kalau tak...Alamatnya free show la jawabnya.Dia mencuri pandang ke pondok pengawal,Nazmi masih lagi berurusan di pagar sekolah. Padan muka dia jugak! Walau tak payah panjat pagar,tetap kena tulis nama dekat pengawas. Tu lah,bangun lambat lagi.Bawak motor pun slow je. Eh tapi kalau laju,dia jugak yang aku cepuk puas puas.

Tiang pagar digenggam perlahan. Dalam tempoh lima belas saat,dia sudah selamat mendarat ke tanah. Eh,selamat ke? Kaki terhentak kuat,bergegar seluruh badan.Paling terasa gegarannya tu,dekat lutut lah. Adeh,sakitnya.Dia mengambil beg yang dicampak ke tanah tadi.

Elok sahaja dia mengangkat kepala,Ustaz Syarizal dah berdiri di hadapanya.Pergh,ustaz ni ada power teleportation macam Kai exo tu ke? Tiba tiba muncul depan ni.Nasib lah Adlina muda lagi,kalau tak, mau pengsan sebab jantung berhenti berdenyut.

Ustaz memandang nya dengan muka pelik campur muka takjub campur muka 'wow first time aku tengok perempuan buat macam ni,apa dia fikir dia Superwoman?'.Adlina terus berdiri di situ kaku macam orang lilin dalam muzium.

"Kamu ni,dah lupa ke pagar sekolah dekat mana? Ke kamu rabun tak Nampak mana satu pagar sekolah?" Sinis sekali bunyi nya. Aduh,mati la nak. Ni dikira kesalahan berat juga kan? Mau kena denda cuci tandas seminggu ni.

"Sa..saya.."Aduh,sejak bila aku kena penyakit gagap ni?

"Saya apa?!"Terhinjut bahu Adlina mendengar ustaz menyergahnya.

"Saya tanak kena denda ustaz!Sebab tu panjat pagar ni ustaz!" Adlina menutup mulutnya.Aduh lancang sungguh mulut aku ni. Aku cili juga karang.

Ustaz menarik nafas dalam. Macam macam betul lah ragam budak budak sekolah ni.Dapat juga penyakit gila sebab stress terlebih ni karang.

(&)

Adlina mengaminkan doa setelah doa selepas membaca Alquran dinyanyikan bersama.Alquran dicium perlahan sebanyak tiga kali.Dia mengangkat kepala dan dilihatnya ustaz Sharizal dah berdiri di pentas dewan hendak menyampaikan taklimatnya. Dia menelan air liur.Kelat.

Setelah mukadimah ustaz yang panjang lebar berakhir.Bermula lah cerita yang buat Adlina panas bontot di situ. "Ustaz ni kadang kadang rasa bangga betul dengan bakat sukan pelajar pelajar sekolah Agama Menengah Klang ni.Sampai ustaz rasa macam,Wow,takjub betul !" Selepas itu,riuh satu dewan dengan tepukan tangan yang membingitkan telinga. Aish budak budak ni,pantang betul kalau dipuji.

"Tapi,masalahnya kamu ni,menyalah gunakan bakat. Kalau ye pun gian sangat nak lompat pagar.Tunggu lah hari sukan. Ni yang kamu pergi lompat pagar sekolah ni dah kenapa?Perempuan pula tu? Dengan pakai kain sekolahnya.Cuba kalau tersangkut dekat mana mana? Mau cedera pastu bermalam dekat hospital 3 hari 3 malam."

Adlina menghela keluhan berat.Baik punya perli ni,terus masuk dalam hati.Straight to the point,No belok belok at all.Sudah la ustaz, cukup tarbiah sentap daripada kakak kakak usrah yang betul betul mengubah hati tu.Jangan Ustaz tambah lagi.

"Kamu kena ingat,tak perlu lari dari mana mana denda kalau kamu bersalah. Allah tu maha melihat.Semua benda awak buat dia Nampak. Saya tak mahu dengar lagi kes pelajar panjat pagar ke panjat tembok ke panjat apa apa benda yang boleh dipanjat.Kalau betul nak memanjat.Ha,pergi panjat tangga kejayaan sana.Fahimtum?(Kamu semua Faham tak?)"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Unexpected FateWhere stories live. Discover now