Part 1

20 2 0
                                    

"Dah tau diri tu tinggi, janganlah duduk tengah jalan! Huh!" dengus Eqa. Dia mahu segera pulang kerana dia berasa sangat letih. Sudahlah tadi kena perli dengan boss, ada orang halang laluannya pula sekarang. Memang "angin kus-kus"nya sudah tibalah nampaknya.

Apabila tiba di rumah sewanya, Eqa segera menghempaskan diri ke katil. Dia tertidur sehingga waktu Maghrib. Nasib baik dia dah solat Asar. Apabila azan Maghrib berkumandang, dia bingkas bangun dan solat. Dia memang jenis yang menyegerakan solat. Oh, Eqa bekerja di sebuah butik terkenal,Butik Hijabistar.

Nasib baik esok cuti, dapatlah dia berehat sepuas hatinya. Malam itu, dia mengemas biliknya yang sudah seperti tongkang pecah. Dia tergesa-gesa ke tempat kerjanya sebelum ini. Maklumlah, butiknya itu membuat potongan harga 80 peratus. Memanglah orang berpusu-pusu datang kannn.

Dia melipat, mengemas dan meletakkan t-shirtnya ke dalam almari. Dia menyusun buku kuliahnya di atas meja. Dia men"vakum" biliknya. Dia berkongsi rumah dengan 2 orang sahabatnya iaitu Anis Zalikha dan Ina Imanina. Mereka sahabat sekuliahnya. Sekarang tengah cuti tapi dia tak balik sebab nak kerja kat situ jugak. Dia tunggu cuti semester nanti baru balik.

Tiba-tiba, emaknya menelefon.

"Hello, assalamuallaikum Qa."

"Waalaikumsalam mak. Kenapa mak telefon ni?"

"Balik ye esok. Mak nak bincang sesuatu"

"Bincang pasal apa mak?"

"Kamu balik aje"

Kemudian, talian terputus. Esok dia cuti, bolehlah. Dia mengemas beg dan segera pulang ke rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan. Dia menaiki skuternya. Dia sampai ke rumahnya pada pukul 8 pagi.Eqa menelefon emaknya. Dia membuka pintu dan...


Bla Bla BlaWhere stories live. Discover now