Part 2

14 1 0
                                    

Dia membuka pintu dan...

"Surprise! Eqa, mak tak sangka kau balik cepat.." kata emaknya, Puan Sabihah.

"Terima kasih mak." ucap Eqa.

Dia terlupa yang hari itu hari lahirnya. Ish ish ish, nyanyuk betul Eqa ni.

Dia balik hari kerana dia perlu bekerja esok. Nasib baik dia dah kemas bilik dia siap-siap. Dengan berat hati, dia meninggalkan rumah tempat dia membesar itu. Sampai di rumahnya, dia membasuh dan mengeringkan baju kerjanya. Tempat kerjanya ada uniform tersendiri. Dia menggosok bajunya dan menggantungkannya di penjuru bilik bersama tudung. 

Dia bekerja seperti biasa selama 6 hari. Hari cuti, dia tidur dengan nyenyak sekali. Satu malam, dia mengingau makan kuih Almond London.

"Haa banyaknya. Sedapnya! Nak lagi!"

Kawan di sebelah biliknya iaitu Anis hanya pelik mendengar dia mengingau.Bulan Ramadhan belum mula lagi, dah mimpi pasal raya?

Ramadhan lagi seminggu kot. Dia terdengar lagi Eqa mengingau, kali ni, tentang baju kurung 'peplum' pula. Haih.. Nafsu Eqa ni...




Bla Bla BlaWhere stories live. Discover now