bab 7

115 5 0
                                    

*keesokan harinya*

Izara berasa berat hendak membuka matanya kerana semalaman dia menangis.

Hari ini, dia berharap semua itu hanyalah mimpi malangnya dia sedari itu realiti.

Dia bergegas menyiapkan diri dan keluar rumah tanpa pengetahuan mamanya dan terus berjumpa dengan sahabatnya.

*di sebuah cafe*

"Weh aku takut lah zara akan marah kita nanti" kata Hanis

"Wei aku lagi macam nak terkencing dah ni takutnya"kata Damia dengan diselitkan lawaknya.

Mereka berdua seperti cacing kepanasan walaupun cafe itu mempunyai air-cond kerana tak senang duduk.

"Ha wei tudia" tunjuk Damia ke arah Izara yang dalam perjalanan dengan muka marahnya

"Weh kenapa muka dia centuuu" hanis seperti hendak menangis ketakutan.

*Sebaik sahaja izara duduk.*

"Weh sori weh" "wei aku tak berniat nak cakap tu" "nanti kita belasah je Mia tu" "we ko ok tak ni" " maafkan akuuuu" "wei sorry"

"Diam!"izara meninggikan suara.

Hanis dan Damia serentak menutup mulut mereka dengan tangan.

Suasana kembali dia sepi

"Aku tengah serabut ni"Izara memecah kesunyian

"Ha asal"

"Aku .... aku ... aku em ... akuuuu" izara tidak dapat menghabiskan ayat.

"Rileks wei bawak bertenang. Tarik nafas lu" kata Damia

Izara diam sebentar. Dia mengumpul tenaga untuk berkata kata.

"Aku akan berkahwin"kata Izara laju dengan satu nafas membuat Hanis dan Damia terlopong.

"Asyyy..." "tak, bukan dengan Asyraff." Pantas Izara memotong percakapan Damia.

Sekali lagi membuatkan Hanis dan Damia terlopong.

"Aku kena paksa kawin dengan orang lain" kata Izara

"Kau dah terlannnj" Damia tidak dapat menghabiskan kata katanya kerana terkejut.

"Tak! Bukan!" Kata izara separa menjerit.

"Ayah dah deal nak luaskan syarikat keluarga aku dengan kawan mama aku, aku taktahu siapa dia, aku baru dapat tahu malam tadi"terang izara.

Hanis dan Damia tidak tahu reaki yang perlu dibuat.

"Ko dah bagitahu Asyraff?" Tanya hanis

"Belum, aku tak ready"

"Weiiii bila ko nak kena kahwin ni?" Tanya Damia cemas.

"Sebelum cuti sekolah ni tamat" kata Izara hampa

Sekali lagi hanis dan damia terlopong nasib sahaja tiada lalat masuk

"Weh minggu depan....."kata hanis

"ya minggu depan. Aku mintak maaf aku kena pergi" kata Izara

Memang hari ini hari "melopong sedunia" kerana hanis dan damia masih terlopong.

Izara Iman mendiamkan diri didalam kereta. Memikirkan apa reaksi Asyraff jika dia akan berkahwin. Air mata mula laju seperti air terjun mengalir di pipi izara. Dia masih tidak percaya.

*lagu selena gomez memecah kesunyian*

Izara iman mendapat call daripada mamanya. Dia tidak menjawab panggilan tersebut.

*beep beep*

Mamanya menghantar teks

Izara kat mana sayang, mama risau, kenapa tak angkat call mama? Zara marahkan mama ke?

Izara kemudiannya menangis. Dia berasa bersalah terhadap mamanya. Dia memandu keretanya pulang ke rumah.

"Zara dah bal...."katanya terhenti. Matanya seperti digam kearah seseorang.

"Ayah..."izara berlari bersalaman dengan ayahnya.

"Ayah tak bagi tahu pun nak balik" izara pura pura merajuk.

"Ayah balik ni sebab..."Encik Ahmad memandang isterinya.

Izara memandang mereka berdua. Izara seakan memahami lalu dia tersenyum tawar. Dia tidak mahu merosakkan mood ayahnya.

Once mine , Forever mine .Where stories live. Discover now