Part 1: Sekolah baru

121 6 2
                                    

"WADA!" jerit ibuku.

Terus aku terjatuh dari katil.
'Aduhhh sakitnya pinggang aku!'kata aku. Aku pun mengurut sedikit pinggangku. Selepasku berasa lega, aku pun menyahut panggilan ibu tadi.

"Ya ibu?"soalku.

"Kamu tak nak pergi sekolah ke? Hari ni kan first day kamu sekolah kat sekolah tu?Takkan lupa kot?"sindir ibu.

'Ehh? Sekolah? Semalam hari Ahad kan.. hari ni mestilah hari...

"Alamak! Sekolah!" Aku mengambil tualaku dan berlari masuk bilik air.

'Bengap nya kau ni pada! Macam mana lah kau boleh lupa nak kunci jam semalam!' marahku kepada diriku.

'Fuhhh nasib aku abc hari ni' ngomelku.

Hari ni first day aku kat sekolah baru. Aku terpaksa pindah sekolah sebab papa aku pindah tempat kerja. Bukan sekolah je pindah,dengan rumah2 sekali aku pindah. Aku pon tak tahu papa kerja apa sebab tukar tempat kerja macam tukar baju. Tapi ni baru first time aku pindah sekolah sebab selama ni papa je yang pindah-memindah ni.

Apabila aku dah siap pakai baju, aku pun mencapai cermin mata berbingkai besarku. Sebenarnya, aku bukannya rabun pun. Cuma aku nak elakkan diri aku dari fitnah manusia je. Yelah, papa aku orang korea, ibu aku orang melayu dan aku banyak mewarisi muka ayahku. Mana tak cantik,kan?

Selepas aku sudah sedia untuk ke sekolah,aku pon dengan lajunya menuruni tangga. Sikit lagi je nak jatuh. Sebenarnya, aku ni orang kaya tapi aku dari kecil sudah diasuh supaya tidak bermegah-megah. Aku juga malu hendak mengatakan yang aku ni anak Tan sri. Masa aku tulis nama pon aku tak tulis Tan sri.

Aku mengucup tangan ibu dan papa dan melangkah ke pintu.

"Ehh Wada! Kamu tak nak makan ke??"tanya ibu dan menghulurkan wang belanja kepadaku.

"Tak pelah lah ibu. Wada dah lambat ni"jawabku dan menyambut huluran ibu.

"Kamu tak nak papa hantar ke??"tanya papa.

"Tak pelah papa. Wada boleh naik motor je"

"Kamu tahu ke jalan ke sekolah kamu tu??"tanya papa lagi.

"Tahu"jawab ku sepatah.

"Elehh gedik je lebih kau ni. Pegi je lah dengan papa. Mengada-ngada"adikku mencebik.

"Ehh lantak aku lah. Yang kau sebok sangat ni pasal?"balas ku kasar.

Adekku menjelirkan lidahnya. Aku pula mengepal penumbuk seperti ingin menumbuknya.

"Ehh dah la tu.. bergaduh tu ada pulak masa"

"Kbye, ibu,papa, adek. Assalamualaikum!"kataku. Aku ni memang seorang budak yang kecoh.

Baru aku hendak menghidupkan enjin motorku, ada seekor kucing mendekatiku.

"Meow"

"Ehh shadap! (nama kucing nie shadap~T_T~) kau lapar ke?? Kau mintak kat ibu makanan ehh?? Aku dah lambat nak pergi sekolah ni" kataku sambil mengusap badan Shadap.

"Meow" seperti mengerti percakapanku,Shadap pun pergi ke pintu belakang untuk mencari ibuku.

Aku tersenyum sambil menghidupkan enjin motorku. Selepas itu, aku pon memecut ke sekolahku.

*hiii... sila lah vote! Jangan lupa comment tau! Sayang korang! Muahhh!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 24, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia aku punya!Where stories live. Discover now