Aku sedar aku bukan yang pertama
Aku tak pernah lupa kedudukan aku dimana
Aku degil kerana apa
Aku melangkah jauh dgn selamba
Bila tiba masa
Aku tunduk tak mau angkat kepala
Bukan takut dgn dunia
Tapi aku kian terluka
Bila aku rasa aku tak berguna
Di mata mereka
Silap aku tetap nyata
Apa yang patut aku kata
Aku tak punya siapa
Sudah letih mungkin juga
Tapi setiap kali aku surrender
Aku akan kata "TAK APA"
Bila ada air jernih di muka
Aku jadi tertanya tanya
Adakah aku hanya mampu berkata kata
Kerana aku jatuh tersungkur sedih hiba
Aku sudah beri apa saja
Bukan aku berkira
Tapi soal yang aku punya
Kau tak faham tak apa
Sebab aku tak pernah paksa
Kini aku menunggu masa
Menentukan segala
Aku tak lagi berdaya
Dunia seakan gelap tanpa cahaya
Telah hilang semuanya
Yang tinggal bersama hanyalah dosa