Bab 1

45 2 0
                                    

Harini merupakan hari weekend yang bermaksud adalah hari untuk bermalas-malasan sedunia setelah 5 hari bekerja tanpa henti.

"Televisyen sudah dipasang, makanan dan minuman telah terhidang di atas meja. Kerusi yang empuk sedang menantikan kehadiran tuannya. Semua sudah beres." Sempat dia membuat beberapa semakkan senarai yang telah dirancang dari awal khas untuk dirinya.

Ain melabuhkan punggungnya di atas sofa berwarna hitam yang empuk itu. Alat kawalan jauh yang berada pada tangannya ditekan untuk memilih siaran yang menarik. Dipilih rancangan drama korea yang telah menjadi kegemarannya sejak dulu lagi. Matanya sedikit pun tidak beralih dari kaca televisyen.

Tiba-tiba deringan telefon bimbit bergema satu bilik minta diangkat.

"Ish, ada je orang yang dengki dengan aku. Memang tak boleh tengok aku senang."ngomel Ain kerana tidak betah diganggu.

Ain yang sedang duduk di ruang tamu menonton televisyen bangkit ke kamar tidurnya lalu mencapai telefon yang terletak di atas meja belajar.

"Hello." Ujar Ain setelah mengangkat panggilan tersebut.

"Hello, Ain. Ini aku, Aimy."

"Hah, Aimy. Kenapa call aku malam-malam buta ni?"

"Malam apanya? Maghrib pun belum. Itu la kau lain kali jangan suka makan kepala ikan. Tengok apa dah jadi dekat otak kau. Muda-muda dah mereng sebab tak boleh nak bezakan siang dan malam. Kesian pula aku tengok kau ni."

Jawab Aimy yang bengang terhadap rakannya yang sorang itu.

"Ala kau ni pun satu. Benda lawak kau kata aku mereng. Benda mereng kau kata aku lawak. Mana satu sebenarnya ni?"

Ain pula mengadakan sesi soal jawab.

"Lawak hambar kau ni takkan berjaya buat aku gelak. So, kembali kepada topik yang asal. Minggu depan kau cuti tak?"

"Tak. Kenapa? Tapi kalau nak ambil cuti boleh je. Takde hal."

"Aku ada sekeping tiket pergi balik ke Korea 5 hari 4 malam tapi malangnya aku tak dapat pergi sebab ada hal. Lengkap dengan hotel dan kenderaan. Kau nak?"

"Apa? Bercuti dekat Korea? Gile la kalau aku tak nak." ujar Ain dengan perasaan yang berbunga-bunga apabila mendengar perkataan Korea.

"Aku cakap je. So kau comfirm nak tiket ni? Aku terpaksa bagi dekat kau sebab kalau aku jual dah sah-sah la kau tak nak. Lagipun aku ada urusan penting nak dibuat." Balas Aimy yang merupakan rakan Ain sejak sekolah menengah.

"Hamboi kau. Sedap ye mengata aku. Ni ikhlas ke tak nak bagi?" Bibirnya sudah dimuncungkan sedepa memang kelihatan mirip sekali seperti tapir jadian.

Aimy yang berada di dalam talian sudah ketawa terbahak-bahak kerana dapat membayangkan wajah Ain pada saat ini.

"Kau tak payah nak buat muka. Petang ni aku singgah rumah kau nak bagi tiket ni. Kau jangan pergi mana-mana pula."

"Baiklah."

Setelah talian dimatikan Ain melompat-lompat keriangan kerana akhirnya dia dapat melawati ke tempat yang memang sudah lama dia impikan dan akhirnya saat itu telah menjadi realiti.

◆◇◆◇◆◇

"Assalammualaikum, Ain!"

Kedengaran suara orang membeli salam dari luar.

"Waalaikumussalam. Sekejap."

Ain bangkit daripada duduk lalu beralih untuk membuka pintu. Kelihatan Aimy sedang berdiri sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 27, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Chinese or Korean Boy?Where stories live. Discover now