Hantu Mystery

2.8K 78 12
                                    

Pintu rumah dibuka. Ali memberi salam namun tak dijawab. Kemudian dia ke luar rumah untuk menutup tingkap rumahnya dan mengangkat kain jemuran yang sudah kering. Dia perhatikan keadaan luar rumahnya. Tiada apa yang ganjil, lalu dia mengunci pagar dan pintu rumahnya dan kembali masuk ke rumah.

Selesai mandi dan sembahyang asar, Ali terus melayan smartphone. Kali ni dia lepak di ruang tamu. Dia tidak mahu peristiwa seram berulang.

Azan maghrib berkumandang. Ali terus berhenti daripada hiburan duniawi dan terus mengambil wuduk untuk sembahyang. Selesai beribadah, Ali pergi ke dapur untuk menjerang air. Tiba-tiba, dia terhidu satu bau.

......bong.....!

Satu dentuman yang kuat yang datangnya dari luar rumah. Bau itu semakin kuat. Kucing peliharaan Ali habis lari bertempiaran di luar rumah. Riuh bunyinya. Bergaduh ke apa ni?

......prap....!

Ali membuka tingkap dapurnya. Kelihatan kucing-kucingnya sedang bersembunyi di bawah kerusi. Tiada pula yang bergaduh? Tapi Ali perasan, yang kucingnya seperti berada dalam ketakutan. Takut dengan apa?

"Bunyi kuat tadi datang dari kucing aku ke? Dah kenapa kucing aku menyorok pula ni? Bau apa pula ni? Kuatnya..."

Ali memerhatikan keadaan sekelililing di luar rumahnya. Risau juga dibuatnya kalau ada orang asing kat kawasan rumahnya.

".....kok kok kok......!"

Ayam pula yang berbunyi. Dapat dilihat kebanyakan ayam yang bertenggek di atas pokok mangga tu habis kesemuanya berterbangan. Semuanya lari bertempiaran dan berkokok tak henti-henti. Pelik. Kucing menyorok, ayam pula bising.

"Hish, ada orang ke ni? Nak mencuri ke apa ni? Baru pukul 8 malam. Mana pula lampu suluh ni?"

Bau tadi semakin kuat. Ali menyuluh lampunya ke arah pokok mangga. Dia hanya berani suluh dari dalam rumah je. Beberapa ekor kelawar sedang berkeliaran di luar rumah. Kemudian, dia ternampak seperti ada sepasang mata yang berwarna merah jelas kelihatan sedang memerhatikan dia dari pokok mangga itu.

.......prap....!

Dengan pantas, Ali menutup tingkap dapurnya. Bunyi ayam semakin kuat. Kasihan pula kalau tak ditolong ayam ni. Tolong? Nak tolong ayam dari apa sebenarnya? Benda apa yang kacau ayam ni?

Ali cuba beranikan diri untuk membuka tingkap semula. Kali ni, kedengaran pula bunyi kuat datangnya dari arah pokok mangga. Kelihatan beberapa dahan pokok telah jatuh dan banyak daun berguguran.

"Eh? Kenapa pokok mangga tu bergoyang? Aku tengok tak ada angin kuat pun? Hish... Ni bau apa ni? Macam pernah ku bau sebelum ni?"

Pelik. Ganji. Aneh. Bagaimana pokok mangga tu boleh bergoyang dengan sendiri? Ali tutup semula tingkap dapurnya.
Keadaan dirumah kembali sunyi sepi. Bau tadi juga hilang.

"Hm... Tadi tu macam mata kan? Haha mata ayam ke? Hm...mata ayam warna merah ke? Hish... Imaginasi aku je kot." Ali menyoal dirinya.

"Mana pula abang dengan mak ni, dah nak masuk waktu isyak pun tak balik lagi. Aku dah lapar ni. Takut pon ada. Seram der seorang je kat rumah ni. Dah macam-macam bunyi aku dengar." Kesian si Ali. Terpaksa merungut tanpa teman.

Air yang dijerang tadi sudah masak. Ali terus membuat air Milo panas. Lebih baik mengisi perutnya yang kosong tu sementara tunggu mak balik. Kemudian, dia ke ruang tamu dan melayan semula smartphone nya.

Tok! Tok! Tok!

Pintu rumah diketuk. Terkejut Ali dibuatnya. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Ali mengintai dari tingkap sebelum membuka pintu.

MalamWhere stories live. Discover now