1

602 33 0
                                    

Jihyo memeluk ayahnya dengan gembira selepas ayahnya memberi Jihyo sebuah kedai yang baru. Ianya murah bagi ayahnya kerana ayahnya adalah seorang jutawan yang terkenal di seluruh dunia.Ibunya pula adalah seorang artis yang popular.Ibunya sedang sibuk dengan persembahan dia di merata tempat.Walaupun umur ibunya sudah berada dalam lingkungan 40-an,ibunya masih kelihatan cantik dan mempunyai suara yang merdu.

Umur Jihyo sudah mencecah 20 tahun.Jadi,ianya tidak susah bagi Jihyo untuk meminta sesuatu daripada ayahnya macam selalu.Apatah lagi jika hari jadinya,hadiah selalu diterima.Pintu kedai itu dibuka oleh Jihyo.Ianya sudah disiapkan dengan perabot-perabot yang berjenama.Dinding pula berwarna merah jambu dan ungu cair yang membuatkan kedai itu kelihatan menarik.Ada tempat permainan bagi kanak-kanak juga.Kaunter pula mempunyai tempat letak kek cawan yang cantik dan comel.

Senyuman langsung tidak pudar pada bibir Jihyo.Kedai yang diidamkan olehnya sudah tercapai.Sejak umurnya 5 tahun,dia mula berminat dengan membuat kek cawan dan menjualnya.Dia suka memberi ibu bapanya merasa kek cawannya selalu.Sampai buat kek cawan ciptaan sendiri.Ada pelbagai corak yang dia boleh buat.Semuanya sudah biasa baginya. Maklumlah...Dia sudah membuat kek cawan selama 15 tahun.Mana orang kata bukan Pro?

"Baiklah...Nanti appa cari pekerja pula.."kata Tuan Song lalu menepuk bahu Jihyo.Jihyo melemparkan senyuman yang manis pada appanya.

"Gomawo,appa...Cantiklah tempat ni!!!"ujar Jihyo dengan nada suka.

"Flight appa akan berlepas pada pukul 10 pagi ni...Sekarang dah pukul 9 pagi jadi appa kena bergerak sekarang...Annyeong,Hyo...Take care~"Tuan Song mencium dahi Jihyo sebelum beredar dari situ.

Jihyo mengukirkan senyuman yang pahit. Memanglah dia bertuah menjadi anak jutawan dengan anak artis tetapi kasih-sayang dia tidak pernah cukup.Bagi hadiah sudah melebihi kehendaknya.Dia cuma mahu kasih-sayang tetapi dia tahu ibu dan ayahnya sibuk dengan pekerjaan mereka sendiri.Jihyo hanya rela dengan nasibnya.

Kedai kek cawan milik Jihyo belum dibuka lagi. Jihyo sedang sibuk membuat adunan kek cawan di dalam dapur seorang diri.Pekerja yang dikatakan oleh ayahnya masih belum datang. Dia amat benci jika pekerja dia datang lewat.

KRING!!!

Loceng pada pintu kedengaran.Jihyo segera keluar dari dapur.Mukanya ada tepung dan pewarna sedikit.Ianya sudah biasa.Dia mahu bekerja keras jadi terpaksalah ada comot sedikit.Penat dia membuat kerja.Sekarang dia sudah membuat 40 kek cawan.

Mata Jihyo tertumpu pada muka pintu.Ada seorang lelaki memakai mask berserta cermin mata hitam.Lelaki itu memandang Jihyo membuatkan Jihyo terkaku.Lelaki ini pekerja dia ke?Kenapa sampai pakai mask dengan cermin mata?

"Awak pekerja saya ke?"soal Jihyo sambil berjalan ke arah lelaki itu.

"Ada apa kat sini?"soal lelaki itu tanpa menjawab soalan Jihyo.

"Kek cawan..."jawab Jihyo dengan nada yang tenang.

"Saya nak kek cawan red velvet.."kata lelaki itu lalu duduk di meja berhampiran.

"Awak pekerja saya ke pelanggan saya ni?"soal Jihyo yang berada di dalam keadaan bingung.

"Pelanggan..."jawab lelaki itu dan menggeleng kepalanya.

"Kalau macam tu...Kek cawan red velvet belum dibuat lagi..."kata Jihyo membuatkan lelaki itu tergelak.

Lelaki itu bangun dan berjalan ke arah Jihyo. Muka lelaki itu dekat beberapa inci dengan muka Jihyo.Jantung Jihyo berdegup dengan kencang.Tidak pernah dia berada di dalam situasi ini.Pernahlah ada teman lelaki tetapi tidaklah sampai dekatkan muka dengan mukanya.Teman lelaki dia pun tidak buat apatah lagi kalau orang yang dia tak kenal.

"Mana dapur?"soal lelaki itu bersahaja.

"Dekat situ.."jawab Jihyo dan menunjuk dapur pada lelaki itu.

Lelaki itu masuk ke dalam dapur lalu membuka mask dan cermin matanya.Jihyo cuba bertanya soalan pada lelaki itu tetapi lelaki itu tidak mengendahkan soalannya.Jihyo cuba bertenang dengan situasi sekarang dan melihat lelaki itu mengambil tepung yang digunakan untuk membuat kek cawan.

Lelaki itu mula membuat adunan tepung kek cawan dengan bersahaja.Seperti Pro bagi Jihyo. Tangan dia bergeraj pantas sepantas kilat.Dia ni pelanggan ke pekerja?Bertambah kusut Jihyo dibuatnya.Kepala yang tidak gatal digarunya. Selepas 1 jam,akhirnya kek cawan itu sudah siap.Hiasan juga telah dibuat oleh lelaki itu.Senyuman terukir di bibir lelaki itu.

"Woah!!!Awak pandai buat kek cawanlah!!! " puji Jihyo sambil menepuk tangan.

"Terima kasih.."kata lelaki itu dan memandang muka Jihyo.

"Awak nak bekerja dekat sini?"soal Jihyo dengan muka berharap.

"Saya ada kerja.."ujar lelaki itu dan tersengih. Kek cawan yang dibuatnya digigit olehnya.

"Awak kerja apa?"soal Jihyo lalu duduk di atas kaunter.

"Idol.."jawab lelaki itu sambil merasa kek cawan yang Jihyo sudah buat.

"Lazatnya awak punya kek cawan..."puji lelaki itu dan mengangguk kepala.

"Terima kasih.."ujar Jihyo sambil menahan perasaan malunya.

"Nama saya Kai...Ahli kumpulan EXO.."lelaki itu memperkenalkan dirinya pada Jihyo sebab dia tahu Jihyo tidak mengenalinya.

"Nama saya Song Jihyo...Anak Diva Korea.."Jihyo pula memperkenalkan dirinya membuatkan Kai tersenyum.

"Saya tahu...Omma awak cantik.."puji Kai dan berjalan ke arah sinki untuk membasuh tangan.

"Awak boleh kerja untuk saya kan?"soal Jihyo dalam keadaan teruja.

"Tapi macam mana dengan schedule saya?"soal Kai seperti seorang idola.

"Awak boleh rancanglah...Macam omma saya... Dia artis tapi pada masa yang sama dia juga chef !!"jawab Jihyo dengan menggunakan nama ommanya.

"Okay...Macam mana dengan pekerja lain?"soal Kai.

"Saya sorokkan identiti awak!!!"cadang Jihyo tanpa memikirkan perkara yang dia buat ini betul atau salah.

"Okay...Kalau identiti saya bocor,awak kena tanggung..."kata Kai dengan nada yang bersahaja.

Jihyo mengangguk tanda setuju.Biarlah dia kena tanggung.Dia suka pertahankan lelaki yang tampan macam Kai.Entah kenapa dia rasa dia pernah nampak Kai.Dia cuba melupakannya.

~Bersambung

Love Me Baby~Where stories live. Discover now