Jihyo dan Kai mula mengemas kedai itu bersama-sama.Kai langsung tidak reti mahu bergaul.Mulut Jihyo sahaja yang selalu berbunyi.Sembang sana sini.Langsung tidak reti duduk diam.Kalau kat rumah,dia seorang diri.Kalau nak cakap pun terpaksa cakap dengan anak patung kegemarannya.Bila ada sesiapa,24 jam bercakap.Langsung tak reti penat.
Kring!!!
Loceng pintu berbunyi menandakan ada orang masuk ke dalam kedai.Kai tergesa-gesa mengambil topi chef dan memakainya.Muka orang itu pun tidak mahu dilihatnya supaya identiti dia tidak terbocor.Jihyo melihat pada muka pintu.
Ada seorang yeoja berambut pendek dengan pakaian blaus dan miniskirt berdiri di muka pintu.Apabila dia ternampak Jihyo,dia melambai tangan ke arah Jihyo.Jihyo agak terkejut tetapi dia cuba membuat muka suka.
"Hai,Aunty Yeseul..."sapa Jihyo dan berjalan ke arah perempuan itu.
"Hai,Hyo...I bought for you an apron..."kata Yeseul,maksunya.
Han Yeseul adalah maksu Jihyo walaupun Yeseul sebaya dengan Jihyo.Yeseul cuma berminat dengan Paksu Jihyo iaitu Song Jongki.Memang ramai minat dia.Umur Paksu dia pun baru 25 tahun.Siapa yang tidak minat?Mukanya yang tampan,kepandaian dia,kerja dia...Semua mesti hebatlah!!
"Aunty Yeseul baru balik dari America ke?"soal Jihyo kepada Yeseul.Yeseul baru sahaja kahwin dengan Jongki.Sudah macam 16 tahun mereka bersama.
"Baru balik dari honeymoon..Aunty beli ni untuk Hyo tau.."jawab Yeseul dengan suara lunaknya. Jihyo hanya tersengih sahaja.
Kai yang berada di dapur mula rasa bosan.Dia curi-curi lihat Jihyo dari pintu masuk dapur.Dia terkejut apabila ternampak Yeseul.Bertambah kejut lagi apabila Jihyo memanggil Yeseul Aunty.Dia tergelak kecil tetapi dia cuba menahan gelaknya.
'Perempuan ni muda ke?'ujar Kai dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yeseul baru sahaja pergi.Selepas Kai terdengar pintu ditutup,dia mula ketawa dengan kuat.Jihyo yang berada di kaunter hanya mampu mengeluh sebelum pergi ke arah Kai.Hati dia mula berasa geram.Jarang sangat...Maksu sama umur dengan anak buah dia.
"Buat kerjalah!!!Buka tergelakkan orang!!" marah Jihyo kepada Kai lalu memuncungkan mulutnya.Kai masih ketawa sambil menggaul adunan tepung.
"Dia tu siapa?"soal Kai selepas dia menenangkan diri daripada ketawa.
"Maksu aku..."jawab Jihyo lalu dia duduk di atas kaunter.
"Muda gila maksu kau..."puji Kai dan memandang Jihyo.
"Sebaya dengan aku...Umur dia 20 tahun.."jelas Jihyo dengan monyok.
Kai hanya mampu tersenyum.Dia melihat pada jam tangannya.Jarum pendek ditunjukkan ke arah nombor 4 manakala jarum panjang menunjukkan pukul 6.Maksudnya ianya pukul 4.30 petang.Dia berada di sini sejak 12 tengah hari.Pada pukul 5 dia ada latihan menari.Tiada masa untuk sambung buat kek cawan.
Kai mula berhenti melakukan perbuatan dia tadi dan berjalan ke arah sinki.Dia membasuh tangan sambil bersiul.Jihyo pula hanya melihat perbuatan Kai dan mengeluh.Dia tahu Kai perlu pergi sekarang.
"Annyeong,Cutie~"Kai mencuit pipi tembam milik Jihyo sebelum beredar dari situ.
Muka Jihyo merah padam menahan perasaan malunya.Dia menyentuh pipinya dan tersengih seorang diri.Rasa seronok dan suka mula menyelubungi hati Jihyo tetapi Jihyo cuba ketepikannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ianya sudah pukul 6 petang sekarang.Bakal pekerja Jihyo belum sampai lagi.Jihyo hanya mampu mengeluh halus.Sekarang adalah masa untuk dia pulang.Dia mengambil beg sandang berwarna ungu dan berjalan keluar dari kedai. Dapur sudah lama dikemasnya.Nasib baik dia rajin kalau tidak,mesti dapur tu tinggal bersepah.
Pintu kedai itu dikunci oleh Jihyo secara berhati-hati.Dia berjalan seorang diri ke rumahnya. Ianya jauh sedikit.Dia ingat nak tumpang teksi tetapi teksi tidak muncul-muncul di jalan itu. Jadi dia hanya mampu berjalan kaki balik ke rumahnya.
Muka Kai mula dibayang-bayang olehnya. Senyuman terukir di bibirnya.Teringat pula dia bila Kai cuit pipinya.Tidak pernah teman lelakinya buat begitu padanya.Tiba-tiba telefon dia berdering.Dia melihat ID dahulu.Tertera 'Kkamjoong' pada skrin.
Jihyo mula berasa hairan.Siapa pemilik nama ni?Kawan dia?Mana ada nama gelaran macam ni.Dia menjawab panggilan itu.Entah-entah tu orang yang dia tidak ingat.
"Yobusseyo?"-Jihyo
"Annyeong,Cutie~"-???
"Nugu?"-Jihyo
"Ni Kai..."-Kai
"Kai?Macam mana awak dapat nombor saya?"-Jihyo
"Magik.."-Kai
"Mesti awak curi-curi ambil phone saya..."-Jihyo
"Pandai..."-Kai
"Hehehe...Awak dekat mana?"-Jihyo
"Baru nak balik..Awak dekat mana?"-Kai
"Tengah jalan balik..."-Jihyo
"Sendiri?"-Kai
"Yelah...Mana ada orang nak teman.."-Jihyo
"Kenapa tak suruh saya je?"-Kai
"Awakkan practise..."-Jihyo
"Apa-apa sahajalah..."-Kai
"Saya dah sampai rumah..."-Jihyo
"Kejapnya..."-Kai
"Beberapa km je.."-Jihyo
"Berlagak...Awak lari ke jalan?"-Kai
"Terbang..."-Jihyo
"Awak ni...Betul-betullah..."-Kai
"Hehehe...Jalan..."-Jihyo
"Lain kali lari...Biar awak tak nampak gemuk.."-Kai
"Kai...Dahlah...Bye...Esok datang tau..Pukul 10 pagi...Awak busy tak esok?"-Jihyo
"Esok saya ada rancangan After School pukul...3 petang..."-Kai
"Bolehlah tu kiranya?"-Jihyo
"Boleh..."-Kai
"Bye..."-Jihyo
"Bye............"-Kai
Kai memuyuskan talian meninggalkan Jihyo yang asyik tersenyum seorang diri.Jihyo membuka pintu pagar lalu masuk ke dalam.Pintu pagar berkunci sendiri.Jihyo hanya perlu masuk ke dalam rumah sahaja.
~Bersambung