Sebuah kereta putih mewah menyusup masuk ke kawasan tempat meletak kereta di sebuah universiti. Kereta tersebut diparkir dengan baik.
Pintu kereta dibuka di semua bahagian dan terdapat beberapa kaki yang sedang melangkah keluar daripada kereta itu.
Seorang namja bernama Hwang Zi Tao yang dipercayai mempunyai sifat agak keperempuanan menuju ke pintu masuk universiti tersebut dan terserempak dengan sekumpulan pelajar lelaki yang terkenal di sekitar universiti itu.
Tao terpesona melihat sekumpulan pelajar lelaki itu lebih lebih lagi ketuanya iaitu, Kim Namjoon atau nama samarannya Rap Mon.
Tao mengusik bahu V yang asalnya juga daripada sekumpulan pelajar lelaki itu. V menepis geli. Manakala rakan-rakan yang lain ralit mengusik Tao yang tidak berkelip memandang Rap Mon.
"Abaikan la dia." V berkata malas sambil beredar daripada situ diikuti rakan-rakannya yang lain.
Tao yang matanya can't take off daripada melihat Rap Mon perlahan-lahan terlanggar dinding. Rap Mon dan rakan-rakannya yang lain mentertawakan Tao.
***
Ms. Kyujin mengemas meja kerjanya. Dia memeluk buku panjang hard cover sambil berjalan ke arah Hye Ra yang sedang ralit membuat kerja.
"Esok jangan datang kerja lagi ya?" kata Ms. Kyujin sambil menyerahkan sampul yang mengandungi wang kepada Hye Ra.
"K-kenapa puan?" soal Hye Ra pelik sambil menyambut sampul itu dari tangan Ms. Kyujin. Hye Ra baru sahaja kerja di kafe itu.
"Ye lah, siang aje kan? Malam awak bekerja seperti biasa. Kata nak sambung belajar kan?" ujar Ms. Kyujin.
"Terima kasih puan." kata Hye Ra tersenyum lebar sambil menunduk-nunduk. Dia membelek-belek sampul itu.
"Kau kenapa happy semacam je ni? Baru dapat gaji ke?" salah seorang rakan sekerja Hye Ra menyoal sambil melihat-lihat apa yang dibelek oleh Hye Ra.
"Ehem. Apa lagi buat dekat situ? Pergi sambung buat kerja." Ms. Kyujin berdehem membuatkan Hye Ra dan rakannya itu menyambung kerja semula.
***
"Hai! Nyah, aku nak pinjam buku semalam." Tao seperti biasa dengan sifat keperempuanan dia.
"Ah tak boleh." jawab salah seorang rakan perempuan sekelasnya.
"Kedekut siak kau." Tao memukul bahu perempuan itu tanda protes dan terus mengambil tempat duduk.
Kelas itu sangat serabut dengan para pelajar yang nakal. Lebih lebih lagi Rap Mon dan rakan-rakannya. Bebola kertas bertaburan di atas lantai juga mereka yang lakukan. Dicampak-campak ke arah pelajar lain.
Hyunji yang tadinya menyanyi-nyanyi menggamitkan suasana di dalam kelas tiba-tiba sudah terlentok di atas meja. Jin, salah seorang daripada geng Rap Mon yang mempunyai idea nakal menggumpal kertas dan membalingkannya ke arah Hyunji yang sedang tidur.
"Baby I'm so lonely lonely lone.." Hyunji tiba-tiba terbangun dan tiba-tiba sahaja menyanyi lagu dari kumpulan 2NE1 dan terhenti kerana menyedari dia mengigau.
Kelas sunyi automatik kerana nyanyian Hyunji tadi. Semua yang berada di dalam kelas mentertawakan Hyunji yang syok sendiri itu. Hyunji malu dan kembali meletak kepala di atas meja.
"Hehei. Aku tak tahu la apa nak jadi dengan budak perasan tu. Dah la duit album keluar duit sendiri. Lepastu ada hati tu nak tiru lagu 2NE1 tu." Rap Mon perli Hyunji yang duduk di hadapan mejanya.
"Hei! Mengata! Wah. Manja betul mulut kau tu? Hm ala baby. Rap Mon, semalam kan Hyunji buat show kan, penuh satu shopping complex." Hyunji bangkit dan terus memusingkan badan kebelakang menghadap Rap Mon.
YOU ARE READING
"Help Me"
Misterio / SuspensoKim Namjoon atau nama yang biasa dipanggil oleh rakan-rakannya iaitu Rap Mon. Anak kepada seorang pemegang syarikat terbesar di Seoul yang belajar di sebuah universiti di kota itu. Dan juga merupakan ketua kumpulan di dalam kalangan rakan-rakannya. ...