PART 16

315 23 1
                                    

Wendy turun ke bawah dan menyertai minum petang keluarganya dan tetamu mereka, V.

"Thank you auntie, uncle sebab bagi saya tumpang duduk sini," V memulakan perbualan.

"Aihh it's okay. Kalau nak jadi suami Wendy pun auntie lagi suka," air teh yang diminum oleh Wendy sudah selamat sampai ke muka Mingyu. Wendy terlalu terkejut sehingga tersembur air ke muka abangnya.

Mingyu hanya memandang Wendy dengan pandangan kau-nak-mati-ke-dik. Puan Son dan Encik Son sudah menghamburkan gelak mereka. V hanya menahan gelak sahaja takut-takut Mingyu terasa.

Wendy sudah pun gelak sehingga jatuh kerusi. Mingyu mengambil peluang dengan mengeletek adik kesayangannya itu. Begitulah mereka setiap hari. Seperti Encik Crab dan Planton. Bergaduh memanjang tapi saling menyayangi.

Bila Wendy sedih atau sebagainya, abangnya yang berboxer pink *opps* tulah yang memujuk nya. Dia akan memujuk adiknya, memeluk dan mencium kepala adiknya itu supaya tenang

V kemudiannya berasa sedikit cemburu dengan keakraban mereka sekeluarga. V terkenangkan ibu kandung dan tirinya. Dia juga rindu appanya, tetapi appanya sentiasa sibuk dengan bisnesnya.

"Yahh minie mouse kamu mari sini! Jangan nak lari. Amboi sedap hati sembur air teh kat muka kacak oppa ya. Mari sini!" Mingyu sudah mengejar Wendy yang lari darinya.

"Werkk taknak oppa boxer pink kok kok kok," Wendy mengejeknya.

V meletakkan cawan yang dipegangnya. Dia menyertai mereka dengan cuba menangkap Wendy. Wendy terjerit kecil dan lari dari mereka. Puan dan Encik Son hanya tergelak kecil melihat telatah mereka berdua. Sejak V datang dari tadi, rumah mereka sudah hinggar binggar seperti pasar malam. Mereka suka akan suasana itu.

Tanpa mereka sedari, ada seorang lelaki yang baya umur ayah Wendy sedang memerhatikan mereka.

'Huh, kau boleh bahagia ya selepas kau kecewakan anak aku. Takkan tak serik lagi lepas aku bunuh Sulli. Nak aku bunuh perempuan tu pula. Kau tunggu,' bisik lelaki itu di dalam hati. Dia kemudiannya beredar selepas dapat maklumat dari konco nya bahawa V ada di sini.

Malam.

Wendy mengajak V untuk buat kerja sekolah bersama memandangkan V tidak hadir tadi dan mereka sekelas. Jadi apa salahnya jika mereka belajar bersama.

"V yaaa. C'mon. Jomlah belajar dengan saya. Boring belajar seorang diri," Wendy memujuknya dan menunujukkan muka aegyonya.

"Ishh awak ni. Yalah. Mari belajar," V mengalah. Dia masuk ke bilik Mingyu dan ambil alat tulis dan buku belajarnya. Baju dan barang yang diperlukannya sudah diambil petang tadi bersama Mingyu. Dia mencapai telefon bimbitnya. Mahu lihat jika ada pesanan masuk.

Wendy dan V duduk di depan tv. Mereka belajar sambil mengunyah kudapan yang Wendy ambil dari dapur. V membuka WhatssApp nya. Berderet pesanan masuk dari group BTS. Dia sudah dapat agak kenapa mereka menghantar pesanan setelah lama mereka tidak tegurnya.

JIMIN

"V yahh mana kamu. Hyung minta maaf sebab abaikan kamu. *emoji crying*"

RAPMON

"V baik kamu jelaskan siapa bodyguard kat luar. Dia kata kamu yang upah. Palli!"

JIN

"V jangan tinggalkan hyung dengan monster kat sini *emoji shock*"

SUGA

"V tak swag lah kamu tinggal kami macam ini. Hyung rasa bersalah pula bila abaikan kamu."

JUNGKOOK

"Hyung balik lah. Siapa yang nak buat bising dengan saya,"

J-HOPE

"V, siapa yang nak teman saya makan *sad emoji*" *makan je hobbie ni*

V sebak selepas membaca pesanan mereka. Tapi dalam masa yang sama dia berasa geli hati. Siapa suruh tidak pedulikan dia. V sudah gelak besar bila membayangkan keadaan mereka semua dalam dorm. Baru sehari. Belum setahun.

Wendy yang pelik dengan kelakuan V yang dari tadi gelak terbahak-bahak menegurnya.

"Awak ni, kejap normal kejap abnormal. Ok tak ni. Ke nak saya panggil doktor alien suruh pulihkan awak?" Wendy berseloroh.

V menghentikan lawaknya selepas diperli oleh Wendy. Dia membetulkan posisi duduknya. Dia cuba membuat muka serius di depan Wendy untuk menutup rasa malu.

Wendy pandang V dengan pandangan yang lain. Dia sebenarnya gembira bila dapat tahu yang V tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Dia juga gembira bila dapat melihat senyum dan tawa V *ehh geli pula author ayat camni rasa nak sondol je diri sendiri*

"Yahh saya tahulah saya alien paling kacak. Jangan pandang lama-lama. Nanti saya prank awak lagi," V mengugut Wendy. V rasa gugup sebenarnya bila di pandang sebegitu.

"Ishhh berani kenakan saya. Kalau awak nak tahu saya Princess kat rumah ini. Oppa hanya maid saya. HAHAHAHAHA," Wendy mengutuk abangnya. Belum beberapa saat, abangnya sudah turun dengan membawa pistol mainan yang dari mana entah dia curi. Dia buat-buat mahu menembak adiknya. Wendy melarikan diri dan bersembunyi di belakang V.

V berpura-pura cuba melindungi Wendy di belakang seperti Wendy itu permaisuri dan dia adalah pengawal.

"Berani kamu lindungi pesalah. Mari saya tembak kamu dulu," Mingyu melepaskan picu dan bunyi yang agak aneh keluar. Merek terdiam sebentar. Ketawa mereka meletus akhirnya selepas mendengar bunyi itu.

"HAHAHAHA oppa mana oppa curi benda ni. Kalau bunyi bang bang takpe jugak. Ini bunyi, FIRE FIRE POW POW. Apa tu. Hahahahaha," muka Wendy sudah merah akibat gelak terlampau lama.

Mingyu hanya mencebikkan muka dan berlari naik atas. Malu agaknya.

Wendy dan V meneruskan kerja sekolah mereka bersama. Kadang-kadang kepala mereka terlentok kerana letih bermain. Selepas itu mereka akan ketawa kerana muka lawak V. Dan mereka akan berhenti sebentar bermain telefon.

Selepas 3 jam belajar bersama. Mereka naik ke bilik masing-masing. Mereka sempat mengucapkan selamat malam kemudian masuk ke dalam bilik.

TBC~~

//weird boyf// + kthygWhere stories live. Discover now